thumbnail

Cara Mohon & Semakan Bantuan Prihatin Nasional 2020

Posted by mimisabreena on Tuesday, March 31, 2020





Cara Mohon & Semakan Bantuan Prihatin Nasional 2020 - Credit To : kerjayaharian.com

BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

Ia melibatkan pemberian wang tunai yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.


Berikut adalah info lanjut tentang BPN, kelayakan, serta cara membuat permohonan.

SYARAT KELAYAKAN BPN

Kategori yang layak menerima adalah seperti berikut:

A. Kategori B40

1) Isi Rumah
  • Kahwin atau
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang ada melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020 dan
  • Pendapatan isi rumah adalah RM4,000 dan ke bawah

2) Bujang
  • Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020 dan
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas) dan
  • Pendapatan bujang adalah RM2,000 dan ke bawah

B. Kategori M40

Kategori yang layak menerima BPN M40 adalah pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDNM dengan berstatus seperti berikut:

1) Isi Rumah
  • Kahwin atau
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda berdasarkan data percukaian dan
  • Pendapatan agregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini

2) Bujang
  • Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian dan
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas dan
  • Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)
  • Pembayar cukai yang merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.

JUMLAH BAYARAN BPN YANG AKAN DITERIMA

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah secara one-off seperti berikut:

A. Kategori B40 (Isi Rumah berpendapatan RM0 – RM4,000)
  • Bayaran pertama RM1,000 (April)
  • Bayaran kedua RM600 (Mei)

B. Kategori M40 (Isi rumah berpendapatan RM4,001 – RM8,000)
  • Bayaran pertama RM500 (April)
  • Bayaran kedua RM500 (Mei)

C. Bujang berpendapatan RM0 – RM2,000
  • Bayaran pertama RM500 (April)
  • Bayaran kedua RM300 (Mei)

D. Bujang berpendapatan RM2,001 – RM4,000
  • Bayaran pertama RM250 (April)
  • Bayaran kedua RM250 (Mei)

KAEDAH BAYARAN BPN

A. Kategori B40

Kaedah bayaran BPN B40 adalah seperti berikut:

Pembayaran sekiranya:

1) Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun atau

2) Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional

3) Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)

B. Kategori M40

Kaedah bayaran BPN M40 adalah seperti berikut:

1) Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini yang telah dikemukakan

2) Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah

3) Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.



CARA MEMBUAT PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS PENERIMAAN BPN

Penerima yang layak menerima boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020.

Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:

1) Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan dan

2) Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan

Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:

Bagi yang belum mendaftar atau tiada nama dalam rekod, anda boleh mula membuat permohonan bermula 1 April 2020 di ketiga-tiga laman web di atas SAHAJA.


Berikut adalah kenyataan rasmi Kementerian Kewangan berkenaan Bantuan Prihatin Nasional.



LAMPIRAN: FAQ oleh LHDN

Rujuk lampiran berikut untuk kenyataan penuh daripada LHDN.










 Semoga Bermanfaat

► Klik untuk senarai jawatan kosong

from JAWATAN KOSONG KERAJAAN SWASTA TERKINI MALAYSIA 2020 - 2021 https://ift.tt/2UTuPZE


March 31, 2020
thumbnail

Jawatan Kosong di Easyparcel Sdn. Bhd. – 02 April 2020

Posted by mimisabreena on Sunday, March 29, 2020





Jawatan Kosong di Easyparcel Sdn. Bhd. – 02 April 2020 - Credit To : www.ejawatan.net

Pemohon daripada warganegara Malaysia yang berminat dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan dijemput untuk memohon jawatan kosong di Easyparcel Sdn. Bhd. sebagai :

1. Mobile App Developer
2. Customer Relationship & Retention Specialist
3. Data Analyst
4. Technical Support
5. Internship for Sales & Marketing Students

jawatan kosong kerajaan & swasta 2020

Tarikh tutup permohonan : 02 April 2020
Lokasi : Pulau Pinang
Sektor : Swasta

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai info jawatan kosong yang ditawarkan oleh Easyparcel Sdn. Bhd. ini, sila klik pautan yang disediakan di bawah.

► Klik untuk info lanjut

The post Jawatan Kosong di Easyparcel Sdn. Bhd. – 02 April 2020 appeared first on JAWATAN KOSONG 2020.


► Klik untuk senarai jawatan kosong

from JAWATAN KOSONG KERAJAAN SWASTA TERKINI MALAYSIA 2020 - 2021 https://ift.tt/2Jm0j5l


March 29, 2020
thumbnail

Jawatan Kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) – 10 April 2020

Posted by mimisabreena on





Jawatan Kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) – 10 April 2020 - Credit To : www.ejawatan.net

Pemohon daripada warganegara Malaysia yang berminat dan memenuhi semua info syarat-syarat kriteria yang telah ditetapkan dijemput untuk memohon jawatan kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sebagai :

1. PEMBANTU TADBIR (GRED N17)
2. PENGAWAL KESELAMATAN (GRED KP11)
3. PEMBANTU AM RENDAH (GRED N1)

jawatan kosong terbaru kuis 2020

Tarikh tutup permohonan : 10 April 2020
Lokasi : Selangor
Sektor : Berkanun

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai info jawatan kosong yang ditawarkan oleh Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) ini, sila klik pautan yang disediakan di bawah.

► Klik untuk iklan jawatan kosong seterusnya

The post Jawatan Kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) – 10 April 2020 appeared first on JAWATAN KOSONG 2020.


► Klik untuk senarai jawatan kosong

from JAWATAN KOSONG KERAJAAN SWASTA TERKINI MALAYSIA 2020 - 2021 https://ift.tt/3asFrp4


March 29, 2020
thumbnail

Jawatan Kosong di KLCC (Holdings) Sdn Bhd – 14 April 2020

Posted by mimisabreena on





Jawatan Kosong di KLCC (Holdings) Sdn Bhd – 14 April 2020 - Credit To : www.ejawatan.net

Pemohon daripada warganegara Malaysia yang berminat dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan dijemput untuk memohon jawatan kosong di KLCC (Holdings) Sdn Bhd sebagai :

1. Executive (Audit)

jawatan kosong kerajaan & swasta 2020

Tarikh tutup permohonan : 14 April 2020
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Swasta

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai info jawatan kosong yang ditawarkan oleh KLCC (Holdings) Sdn Bhd ini, sila klik pautan yang disediakan di bawah.

► Klik untuk info lanjut

The post Jawatan Kosong di KLCC (Holdings) Sdn Bhd – 14 April 2020 appeared first on JAWATAN KOSONG 2020.


► Klik untuk senarai jawatan kosong

from JAWATAN KOSONG KERAJAAN SWASTA TERKINI MALAYSIA 2020 - 2021 https://ift.tt/3dGxxum


March 29, 2020
thumbnail

Jawatan Kosong di McDonald’s Malaysia – 19 April 2020

Posted by mimisabreena on





Jawatan Kosong di McDonald’s Malaysia – 19 April 2020 - Credit To : www.ejawatan.net

Pemohon daripada warganegara Malaysia yang berminat dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan dijemput untuk memohon jawatan kosong di McDonald’s Malaysia sebagai :

1. Strategic Insights Manager (Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd)
2. Senior Restaurant Technology Associate (Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd)

jawatan kosong kerajaan & swasta 2020

Tarikh tutup permohonan : 19 April 2020
Lokasi : Selangor
Sektor : Swasta

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai info jawatan kosong yang ditawarkan oleh McDonald’s Malaysia ini, sila klik pautan yang disediakan di bawah.

► Klik untuk info lanjut

The post Jawatan Kosong di McDonald’s Malaysia – 19 April 2020 appeared first on JAWATAN KOSONG 2020.


► Klik untuk senarai jawatan kosong

from JAWATAN KOSONG KERAJAAN SWASTA TERKINI MALAYSIA 2020 - 2021 https://ift.tt/2WRsEbR


March 29, 2020
thumbnail

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) – 24 April 2020

Posted by mimisabreena on





Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) – 24 April 2020 - Credit To : www.ejawatan.net

Pemohon daripada warganegara Malaysia yang memenuhi semua syarat kriteria yang telah ditetapkan dijemput untuk membuat permohonan jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebagai :

1. EXECUTIVE,LEGAL

jawatan kosong kerajaan 2020

Tarikh tutup permohonan : 24 April 2020
Penempatan : Selangor
Sektor : Berkanun

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai syarat dan kelayakan jawatan kosong terkini yang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) ini, sila klik pautan yang dipaparkan di bawah.

► Klik untuk info dan permohonan

The post Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) – 24 April 2020 appeared first on JAWATAN KOSONG 2020.


► Klik untuk senarai jawatan kosong

from JAWATAN KOSONG KERAJAAN SWASTA TERKINI MALAYSIA 2020 - 2021 https://ift.tt/3dBhXA3


March 29, 2020
thumbnail

Jawatan Kosong di Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KoopSahabat) – 23 April 2020

Posted by mimisabreena on





Jawatan Kosong di Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KoopSahabat) – 23 April 2020 - Credit To : www.ejawatan.net

Pemohon daripada warganegara Malaysia yang berminat dan memenuhi semua info syarat kelayakan yang telah ditetapkan dijemput untuk membuat permohonan jawatan kosong di Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KoopSahabat) sebagai :

1.EKSEKUTIF TEKNOLOGI MAKLUMAT (PENGURUSAN SISTEM)

jawatan kosong koopsahabat Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KoopSahabat) 2020

Tarikh tutup permohonan : 23 April 2020
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Berkanun

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai syarat dan kelayakan jawatan kosong yang ditawarkan oleh Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KoopSahabat) ini, sila klik pautan yang disediakan di bawah.

► Klik untuk info dan buat permohonan

The post Jawatan Kosong di Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KoopSahabat) – 23 April 2020 appeared first on JAWATAN KOSONG 2020.


► Klik untuk senarai jawatan kosong

from JAWATAN KOSONG KERAJAAN SWASTA TERKINI MALAYSIA 2020 - 2021 https://ift.tt/2vXqbS7


March 29, 2020
thumbnail

Bantuan RM1,600 isi rumah & RM800 untuk bujang secara one-off

Posted by mimisabreena on Friday, March 27, 2020





Bantuan RM1,600 isi rumah & RM800 untuk bujang secara one-off - Credit To : ejawatankini.com
bantuan prihatin peransang ekonomi

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.

Daripada jumlah ini, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong 2 perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara. Manakala sebanyak RM20 bilion telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.

Pakej PRIHATIN ini akan menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung oleh semua rakyat Malaysia.

Bantuan Prihatin Nasional, iaitu pemberian tunai secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 bilion, dan buat pertama kalinya akan disalurkan juga kepada kumpulan M40. Mereka ini termasuk pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah.

  1. RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020. 
  2. RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.
  3. RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.
  4. RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.

Di samping itu, baki pemberian tunai di bawah program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedang dilaksanakan akan dibayar pada bulan Julai 2020 melibatkan peruntukan sebanyak RM3.2 bilion.

Pelajar institusi pengajian tinggi juga akan menerima bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang yang akan dibayar pada bulan Mei 2020. Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM270 juta kepada pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA dan IPTS.

Begitu juga dengan golongan mudah terjejas seperti warga emas dan kanak-kanak di rumah perlindungan, orang kelainan upaya atau OKU, golongan gelandangan dan orang asal. Kerajaan akan bekerjasama dengan NGO dan usahawan sosial yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan untuk mereka dengan peruntukan sebanyak RM25 juta.

Kerajaan juga bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman untuk tempoh yang sama kepada peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran atau PTPK mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020, dengan anggaran kutipan sebanyak RM149.2 juta. Inisiatif ini akan memanfaatkan seramai 174,500 orang peminjam.

Pada masa ini, mySalam menyediakan manfaat kepada golongan B40 yang dimasukkan ke hospital kerana jangkitan COVID-19. Pesakit boleh menuntut bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari. Sebagai tambahan kepada inisiatif ini, kerajaan bersetuju untuk memanjangkan manfaat ini kepada golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI).

Berikut merupakan senarai penuh bantuan kerajaan
  1. Bantuan RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah.
  2. Bantuan RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan
  3. Bantuan RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah
  4. Bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang kepada pelajar institusi pengajian tinggi yang ketika ini turut terkesan
  5. Bantuan tunai RM500 kepada lebih 1.5 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak. Bayaran akan dibuat pada bulan April 2020
  6. Bantuan RM500 secara one-off kepada lebih 850,000 pesara Kerajaan juga pada bulan April 2020
  7. Penangguhan bayaran balik pinjaman kepada peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020. Inisiatif ini akan memanfaatkan seramai 174,500 peminjam.
  8. Kerajaan akan bekerjasama dengan NGO, persatuan dan usahawan sosial yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan dengan peruntukan sebanyak RM25 juta #prihatinrakyat
  9. Bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari bawah MySalam, turut dipanjangkan kepada golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI)
  10. Pengecualian pembayaran sewa bagi PPR dan Perumahan Awam selama 6 bulan
  11. TNB akan menambah peruntukan RM530 juta untuk diskaun berperingkat. Diskaun 50 peratus kepada penggunaan bawah 200 kilowatt sebulan; 25 peratus antara 201 hingga 300 kilowatt dan 15 peratus bagi 301 hingga 600 kilowatt
  12. Antara pakej khas yang akan ditawarkan syarikat-syarikat komunikasi adalah internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 selama tempoh pelaksanaan PKP

Sumber : kerjakini.com

► Klik untuk senarai jawatan kosong

from JAWATAN KOSONG KERAJAAN SWASTA TERKINI MALAYSIA 2020 - 2021 https://ift.tt/39paW1I


March 27, 2020
thumbnail

Bantuan Prihatin Nasional: Pemberian Tunai Secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 Bilion

Posted by mimisabreena on





Bantuan Prihatin Nasional: Pemberian Tunai Secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 Bilion - Credit To : kerjayaharian.com



TERKINI: Sebanyak RM250 bilion akan disalurkan kepada pakej rangsangan ekonomi yang akan memberi manfaat kepada rakyat malaysia

Daripada jumlah ini, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong


Kerajaan akan menyediakan Bantuan Prihatin Nasional, iaitu pemberian tunai secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 bilion, dan buat pertama kalinya akan disalurkan juga kepada kumpulan M40.

Mereka ini termasuk pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah.

Jumlah bayaran yang akan dibuat ialah:

  • Pertama: RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.
  • Kedua: RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.
  • Ketiga: RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.
  • Keempat: RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.

Di samping itu, baki pemberian tunai di bawah program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedang dilaksanakan akan dibayar pada bulan Julai 2020 melibatkan peruntukan sebanyak RM3.2 bilion


► Klik untuk senarai jawatan kosong

from JAWATAN KOSONG KERAJAAN SWASTA TERKINI MALAYSIA 2020 - 2021 https://ift.tt/3ayTf1r


March 27, 2020
thumbnail

[BANTUAN KHAS] Cara Mohon Bantuan COVID-19 (NADMA)

Posted by mimisabreena on





[BANTUAN KHAS] Cara Mohon Bantuan COVID-19 (NADMA) - Credit To : kerjayaharian.com



AGENSI Pengurusan Bencana Negara (Nadma) mengesahkan hanya pesakit yang dirawat di wad dan dikenakan perintah pengawasan serta pemerhatian bagi kontak Covid-19 yang layak menerima bantuan RM100 sehari melalui Bantuan Tabung Covid-19.

Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu dalam kenyataan memaklumkan Bantuan Tabung Covid-19 bukan untuk mereka yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Februari hingga 14 April depan seperti diwar-warkan beberapa laman web tidak bertanggungjawab.

SYARAT KELAYAKAN

Bantuan ini hanya khas untuk mereka yang:
  1. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)
  2. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID- 19

Kadar bantuan adalah sebanyak RM100 sehari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan atau sepanjang tempoh warded.

Bantuan ini akan diberikan secara one-off (sekali sahaja) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

CARA MEMOHON



Permohonan boleh dilakukan secara manual dengan cara memuat turun beberapa dokumen berikut :-
  1. Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 (Lampiran A)
  2. Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
  3. Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank

Borang-borang tersebut boleh dimuat turun di portal rasmi NADMA.


► Klik untuk senarai jawatan kosong

from JAWATAN KOSONG KERAJAAN SWASTA TERKINI MALAYSIA 2020 - 2021 https://ift.tt/2QPmMf9


March 27, 2020
thumbnail

Jawatan Kosong di Kumpulan Wang Simpan Pekerja (KWSP) – 17 April 2020

Posted by mimisabreena on Thursday, March 26, 2020





Jawatan Kosong di Kumpulan Wang Simpan Pekerja (KWSP) – 17 April 2020 - Credit To : www.ejawatan.net

Pemohon daripada warganegara Malaysia memenuhi syarat kelayakan dan info kriteria yang telah ditetapkan dijemput untuk memohon jawatan kosong terbaru di Kumpulan Wang Simpan Pekerja (KWSP) sebagai :

1. Programmer – IT Auditor
2.Deputy Manager / Manager – IT Security Auditor
3. Fraud Data Analyst
4.Assistant Manager – Operations Audit
5. Real-Time Payments Software Engineer

The Employees Provident Fund (EPF) is Malaysia’s premier retirement savings fund, providing basic financial security for retirement. The Fund is committed to preserving and growing the savings of its members in accordance with best practices in investment and corporate governance. It will always be guided by prudence in its investment decisions.

As a customer-focused organisation, the EPF delivers efficient and reliable services for the convenience of its members and registered employers.

Tarikh tutup permohonan : 17 April 2020
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan

jawatan kosong KWSP 2020

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai syarat kelayakan yang ditawarkan oleh Kumpulan Wang Simpan Pekerja (KWSP) ini dan memohon secara online, sila klik pautan yang telah disediakan di bawah.

► Klik untuk info selanjutnya

The post Jawatan Kosong di Kumpulan Wang Simpan Pekerja (KWSP) – 17 April 2020 appeared first on JAWATAN KOSONG 2020.


► Klik untuk senarai jawatan kosong

from JAWATAN KOSONG KERAJAAN SWASTA TERKINI MALAYSIA 2020 - 2021 https://ift.tt/39lOhU4


March 26, 2020
thumbnail

Jawatan Kosong di Lembaga Zakat Selangor (MAIS) – 08 April 2020

Posted by mimisabreena on





Jawatan Kosong di Lembaga Zakat Selangor (MAIS) – 08 April 2020 - Credit To : www.ejawatan.net

Pemohon daripada warganegara Malaysia yang memenuhi syarat dan kelayakan yang dikehendaki dijemput untuk membuat permohonan jawatan kosong di Lembaga Zakat Selangor (MAIS) sebagai :

1. Call Agent
2. Eksekutif Pengurusan Risiko
3. Pengurus Perolehan

jawatan kosong terbaru kerajaan 2020

Tarikh tutup permohonan : 08 April 2020
Penempatan : Selangor
Sektor : Berkanun

Lembaga Zakat Selangor (MAIS) merupakan sebuah organisasi Islam yang memartabatkan syiar Zakat di Negeri Selangor, Malaysia.

Bercita-cita untuk menjadi sebuah Organisasi Islam bertaraf dunia iaitu organisasi yang berasaskan prestasi, mengamalkan piawaian standard tadbir urus yang tinggi dan pengurusan zakat yang berkesan.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai syarat dan maklumat selanjutnya jawatan kosong yang telah ditawarkan oleh Lembaga Zakat Selangor (MAIS) ini, sila klik pautan yang disediakan di bawah.

► Klik untuk info lengkap dan kelayakan

The post Jawatan Kosong di Lembaga Zakat Selangor (MAIS) – 08 April 2020 appeared first on JAWATAN KOSONG 2020.


► Klik untuk senarai jawatan kosong

from JAWATAN KOSONG KERAJAAN SWASTA TERKINI MALAYSIA 2020 - 2021 https://ift.tt/2WL5i7v


March 26, 2020
thumbnail

Jawatan Kosong di Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) = 24 April 2020

Posted by mimisabreena on





Jawatan Kosong di Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) = 24 April 2020 - Credit To : www.ejawatan.net

Pemohon daripada warganegara Malaysia yang memenuhi semua kelayakan yang telah ditetapkan dijemput untuk membuat permohonan jawatan kosong di Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sebagai :

1. Executive, Digital Media
2. Research Assistant (1 Year Contract)

jawatan kosong terbaru pidm 2020

Tarikh tutup permohonan : 03 hingga 24 April 2020
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Berkanun

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai info, syarat dan kelayakan jawatan kosong yang ditawarkan oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) ini, sila klik pautan yang dipaparkan di bawah.

► Klik untuk info lengkap

The post Jawatan Kosong di Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) = 24 April 2020 appeared first on JAWATAN KOSONG 2020.


► Klik untuk senarai jawatan kosong

from JAWATAN KOSONG KERAJAAN SWASTA TERKINI MALAYSIA 2020 - 2021 https://ift.tt/2wwZRP7


March 26, 2020
thumbnail

Jawatan Kosong di Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM) Pulau Pinang – 31 Mac 2020

Posted by mimisabreena on





Jawatan Kosong di Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM) Pulau Pinang – 31 Mac 2020 - Credit To : www.ejawatan.net

Pemohon daripada warganegara Malaysia yang menepati semua syarat lantikan jawatan dijemput untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM) sebagai :

1. PEKERJA SAMBILAN HARIAN

jawatan kosong Jabatan Perangkaan Malaysia 2018

Tarikh temuduga terbuka : 31 Mac 2020
Lokasi : Pulau Pinang
Sektor : Kerajaan

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai info jawatan kosong yang ditawarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM) ini, sila lihat info lengkap di bawah dan klik pautan di bawah dengan segera.

► Klik untuk info selanjutnya

The post Jawatan Kosong di Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM) Pulau Pinang – 31 Mac 2020 appeared first on JAWATAN KOSONG 2020.


► Klik untuk senarai jawatan kosong

from JAWATAN KOSONG KERAJAAN SWASTA TERKINI MALAYSIA 2020 - 2021 https://ift.tt/39obGEz


March 26, 2020
thumbnail

Israel Mula Minta Bantuan Negara Islam Tangani Krisis COVID-19

Posted by mimisabreena on Wednesday, March 25, 2020





Israel Mula Minta Bantuan Negara Islam Tangani Krisis COVID-19 - Credit To : ejawatankini.com

Kerajaan Israel dilaporkan telah mengerahkan badan perisikannya, Mossad untuk membantu mereka dalam membeli kit ujian coronavirus dari negara-negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel – mereka turut meminta bantuan dari negara-negara Arab dan Muslim.

Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Sindo News pada Sabtu lalu, Israel dilaporkan sedang berada di dalam krisis kekurangan peralatan perubatan bagi membantu rakyat mereka yang dijangkiti wabak COVID-19.

Oleh disebabkan itu, kedutaan besar Israel dan Mossad dikerahkan tenaga mereka untuk mencari semua peralatan perubatan di negara-negara luar, termasuk negara muslim.

Netanyahu dilaporkan menggunakan kepakaran Mossad kerana organisasi ini mempunyai hubungan yang meluas dengan negara luar bagi mencari peralatan perubatan.

Mata-mata di negara luar pula turut melaporkan gerakan Zionis yang mula mendekati negara-negara Arab dan Muslim yang mempunyai pasukan perubatan yang ramai, namun akan menjadi masalah buat Israel kerana mereka tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara tersebut.

Mossad dikatakan sudah berjaya membeli 100,000 kit ujian COVID-19 yang sudah tiba di Israel, Khamis lalu. Badan perisikan itu hanya memberi sedikit komen kepada wartawan ketika ditanya.

Namun dilaporkan, Mossad melakukan kerja sia-sia kerana membeli 100,000 kit ujian tersebut sedangkan apa yang Kementerian Kesihatan Israel mahukan adalah tabung ujian yang boleh mengumpulkan sampel pesakit COVID-19 dalam jumlah yang banyak.

Pejabat Netanyahu mempertahankan tindakan Mossad dengan menyatakan bahawa peralatan perubatan yang sudah dibeli akan digunakan untuk keperluan lain.

Sumber : The Vocket
► Klik untuk senarai jawatan kosong

from JAWATAN KOSONG KERAJAAN SWASTA TERKINI MALAYSIA 2020 - 2021 https://ift.tt/3dtSCYL


March 25, 2020