Lupa Nama, Tetapi Ingat Wajah? Inilah Sebabnya

Posted by mimisabreena on Thursday, September 28, 2017

Pernah berkenalan dengan seseorang namun lupa namanya begitu saja? Tenang, bukan anda sahaja yang mengalaminya.

Banyak orang yang melupakan nama seseorang yang mereka temui selepas pertemuan pertama. Hal ini cenderung sering terjadi ketika ada beberapa orang yang mengajak anda berkenalan di pelbagai acara. Secara tidak sedar, nama itu akan hilang dari kepala anda jika anda tidak berkomunikasi secara drastik.

Menurut seorang profesor psikologi di Kansas State University, Richard Harris, hal ini boleh bergantung pada seberapa tinggi level anda tertarik pada seseorang. Jika anda lebih tertarik pada sesuatu, maka anda akan lebih mudah mengingatinya.

“Beberapa orang, kemungkinan mereka yang lebih aware pada hubungan sosial, lebih tertarik pada orang, lebih tertarik pada hubungan. Mereka akan lebih bermotivasi untuk mengingati nama seseorang,” ujar Richard.

lupa nama kenalan, ingat wajah lupa nama, tak ingat nama, tak kenal kawan, lupa nama kawan. ingat wajah kawan

BACA JUGA: 5 Tabiat Harian Yang Mempercepatkan Penuaan

Sebab tidak mengingati nama seseorang selepas pertemuan pertama juga boleh disebabkan kegagalan memori dalam otak. Di dalam otak, ada dua ruang simpanan memori, iaitu ingatan jangka panjang dan jangka pendek. Namun, fungsi kerja otak pada memori jangka pendek gagal. Sehingga membuat maklumat yang masuk hanya sedikit.

“Anda hanya boleh mengekalkan sedikit maklumat di sana, ia akan pudar dengan cepat,” jelas profesor psikologi di Universiti Northwestern, Paul Reber.

Selain itu, nama dianggap bukanlah sesuatu yang penting dari seseorang. Kerana nama tidak benar-benar mewakili keperibadian seseorang yang anda temui.

Reber malanjutkan, memori manusia sangat bagus dalam hal menghadapi maklumat yang berhubung dengan baik pada maklumat lain yang sudah anda ketahui. Namun hal ini tidak selalu berlaku pada beberapa perkara baru yang anda temui. Nama juga merupakan sesuatu yang boleh berubah dan kadang-kadang terdengar sama dengan orang lain.

“Jadi anda merasakan fenomena lucu di mana anda boleh mengingati tentang seseorang yang terakhir anda temui, segalanya kecuali nama mereka,” jelas Reber.

Untuk mengatasi hal ini, ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan. Memetik Businessinsider, anda boleh menyimpan nama dan nombor telefon bimbitnya. Boleh juga meminta kad namanya pada pertemuan pertama. Atau berbincang dengannya sehingga anda rasa cukup mengenalinya sebelum mengakhiri pertemuan. Jadi anda akan mengingati namanya di pertemuan selanjutnya.

Mengenai masalah ini, bukan bererti anda jahat kerana tidak mengingat namanya walaupun orang tersebut ingat nama anda. Seperti yang diterangkan oleh Body and Soul, Dervla Loughnane dari Virtual Psychologist mengatakan hal bahawa ini wajar kerana bukan anda sorang mengalami masalah ini.

BACA JUGA: Yang Ada Adik Beradik Mohon Baca Ni.Jangan Share Selagi Tak Habis Baca!

Menurut Loughnane, kita boleh saja lupa dengan nama seseorang kerana kita tidak terlalu fokus pada namanya ketika sedang berkenalan. Tidak fokusnya anda pada saat berkenalan boleh disebabkan kerana anda terlalu sibuk memikirkan bagaimana penampilan anda, atau justeru lebih sibuk untuk berusaha mencari idea untuk bersembang. Ditambah, kita kurang memberikan usaha ekstra pada otak agar bekerja ketika seseorang itu mengucapkan nama.

“Mengingat nama adalah kemampuan kognitif, memerlukan kerja memori untuk diingat,” ujar Loughnane. Meskipun anda lupa dengan namanya, biasanya anda akan tetap berusaha untuk mengingat wajah seseorang. Dikutip dari Science Friday, hal ini disebabkan manusia adalah makhluk visual. Ilmuan saraf kognitif dari University of Bristol, Clea Warburton, menuturkan bahawa otak mempunyai lebih banyak korteks yang ditujukkan untuk mengolah informasi visual dibandingkan dengan deria kita yang lain.

 

The post Lupa Nama, Tetapi Ingat Wajah? Inilah Sebabnya appeared first on Petua Ibu.



from Petua Ibu http://ift.tt/2wYjBFb

Previous
« Prev Post

Related Posts

September 28, 2017

0 comments:

Post a Comment