Najib Takut Lepas Jawatan Perdana Menteri Sebab Rakyat Dunia Akan Penjarakannya ! Tun Dr Mahathir

Posted by mimisabreena on Saturday, September 30, 2017

SEMINGGU lagi tirai 2016 dilabuhkan dan semestinya 2017 dijangka memberi banyak cabaran dari segi ekonomi global dan juga iklim politik setempat. Ramai juga yang meramalkan 2017 sebagai tahun pilihan raya umum, meskipun tempoh Kerajaan Persekutuan pimpinan Barisan Nasional (BN) sekarang hanya akan berakhir pada Jun 2018. Namun, Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) boleh diheret 60 hari kemudian iaitu hingga Ogos 2018 andai Parlimen tidak dibubar pada tarikh yang sepatutnya. Begitu pun, sejarah politik negara tidak pernah menyaksikan Parlimen tidak dibubar dan sejarah juga tidak pernah menyaksikan pilihan raya umum diadakan terlalu dekat dengan tarikh luputnya. Oleh itu, pelbagai congakan dibuat... ada yang kata PRU-14 akan diadakan pada Mac atau April 2017 dan tidak kurang juga meramalkannya pada September atau Oktober 2017. Hanya Datuk Seri Najib Razak sendiri tahu bila PRU-14 hendak diadakan dan Perdana Menteri pernah mengakui yang beliau suka melihat orang berteka-teki mengenai tarikh berkenaan. Apakah yang menjadi ukuran utama Najib sebelum membubarkan Parlimen? Apakah menunggu sehingga proses persempadanan semula dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selesai? SPR memang meletakkan sasaran untuk menyelesaikan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya baharu sebelum PRU-14. Kini, SPR menerima banyak bantahan sama ada daripada pihak BN mahupun pembangkang. Dengan itu, proses ini akan mengambil masa sebelum dibawa semula ke Dewan Rakyat, yang hanya akan bersidang pada Mac tahun depan. Jika diluluskan, bermakna PRU-14 hanya akan diadakan selepas Mac 2017 jika mahu menggunakan persempadanan baharu itu. Ramadan pula akan bermula akhir Mei dan pada akhir Jun 2017, Aidilfitri selain Festival Keamatan dan Gawai Dayak pada awal Jun 2017. Kemudian, ada pula yang mengaitkan tarikh PRU-14 dengan Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos depan dengan alasan sukan boleh menyatupadukan semua kaum selain menaikkan semangat andai Malaysia mengungguli sukan terbesar Asia Tenggara itu. Oleh sebab itu, ada yang meramalkan PRU-14 untuk diadakan pada September. Pada 16 September pula, Hari Malaysia dan semestinya Sarawak dan Sabah menjadi tumpuan sama ada oleh BN atau pembangkang, kerana kedua-dua negeri berkenaan boleh menjadi penentu, andai kedudukan BN di Semenanjung masih kekal 50-50. Tahun 2017 juga adalah tahun ayam yang menurut kepercayaan masyarakat Cina, banyak membawa tuah, apatah lagi jika ayam jantan.

Added by: mamat
Tags:
Date: 2017-09-30




Sumber : PLEASE SHARE VIDEO http://ift.tt/2xR6YzP

Previous
« Prev Post

Related Posts

September 30, 2017

0 comments:

Post a Comment