"Tun suka, senyum sepanjang masa sampai balik"

Posted by mimisabreena on Thursday, September 28, 2017

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berkata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya senyum sepanjang masa selepas menikmati hidangan istimewa yang disiapkan sendiri olehnya malam tadi. “Dia (Tun) senyum sepanjang masa sampai balik,” kata Mat Sabu. Malah, Mat Sabu berkata beliau juga akan menjemput pihak media bagi merasai masakan beliau seperti mana yang dihidangkan kepada Mahathir. “Nanti saya buat makan-makan saya panggil wartawan datang,” kata May Sabu pada sidang media di ibu pejabat AMANAH di Kuala Lumpur sambil ketawa. Semalam, Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkunjung ke rumah Mat Sabu sambil menikmati makan malam di Shah Alam. Mahathir yang ditemani isteri Tun Dr Siti Hasmah tiba dengan diiringi pegawai keselamatan. Dalam pertemuan itu Mat Sabu memasak sendiri lauk-pauk yang dihidangkan. Antara lauk-pauk yang dihidangkan adalah nasi daging kambing, salad, kambing goreng nampla, gulai ayam serta ikan masin goreng. Mat Sabu pernah menjadi musuh ketat politik Mahathir yang pada ketika itu masing-masing berada dalam Umno dan PAS. Mat Sabu, 62, pernah mewakili PAS sebagai ahli Parlimen di Nilam Puri, Kubang Kerian dan Kuala Kedah, ketika Mahathir menjadi perdana menteri.

Added by: mamat
Tags:
Date: 2017-09-28




Sumber : PLEASE SHARE VIDEO http://ift.tt/2xOcu6f

Previous
« Prev Post

Related Posts

September 28, 2017

0 comments:

Post a Comment