35 Tanda-Tanda Ini Wanita Umur 40-an Mesti Awasi Sekarang

Posted by mimisabreena on Sunday, October 29, 2017

Saya berusia 43 tahun dan mempunyai masalah haid yang tidak teratur sejak kebelakangan ini. Saya merupakan seorang wanita yang aktif dan berkarier, yang mana tanda ini amat saya khuatiri andainya ia tanda awal menopaus.

Saya pohon agar boleh jelaskan tanda-tanda, usia putus haid dan apa yang boleh dilakukan?

JAWAPAN

Terima kasih di atas soalan Puan. Lazimnya, menopaus yang mempunyai tanda-tanda seperti perasaan panas badan, perubahan mood, sakit sendi dan lain-lain merupakan satu proses yang tidak dapat dielakkan oleh wanita.

Secara mudah, menopaus dianggap berlaku apabila haid tidak datang selama 12 bulan berturut-turut. Umur putus haid pada jangkaan ialah sekitar 45-53 tahun.

Namun ketika di usia 35 tahun, putus haid sebenarnya sudah mula berlaku berikutan penurunan hormon wanita (estrogen) sebanyak 35% dan ada kalanya proses menopaus boleh berlaku seawal usia 40 tahun.

Ini mungkin berkait rapat dengan penyakit auto-imun seperti tiroid dan diabetes. Ia juga mungkin terjadi kepada wanita yang menjalani kemoterapi dan pembedahan membuang rahim atau ovari.

Tanda-tanda menopaus, sakit wanita, wanita 40 tahun, masalah kesihatan wanita 40 tahun, menopaus

Tanda-tanda menopaus:

  • Mudah lupa dan daya ingatan tidak sekuat dahulu.
  • Berdebar atau palpitasi (degupan jantung yang kencang atau seperti melompat).
  • Kerengsaan.
  • Perubahan mood yang mendadak.
  • Sukar untuk tidur.
  • Haid yang tidak teratur.
  • Keinginan seks yang menurun.
  • Kekeringan faraj.
  • Letih yang mendadak.
  • Kemurungan.
  • Perasaan tidak larat dan tidak mahu buat apa-apa.
  • Tinnitus atau bunyi pada telinga.
  • Perasaan panas dan berpeluh malam.
  • Susah untuk tahan kencing atau kerap kencing.
  • Kulit yang kering dan gatal.
  • Sendi dan otot yang sengal.
  • Perasaan otot yang menegang.
  • Sengal payudara.
  • Sakit kepala.
  • Loya dan masalah penghadaman.
  • Perut kembung.
  • Perasaan bimbang yang tidak menentu.
  • Keadaan penyakit tiba-tiba semakin teruk.
  • Peningkatan masalah alahan.
  • Perubahan pada berat badan. Selalunya meningkat tapi adakalanya menurun.
  • Rambut menipis. Bulu pada muka (di bahagian misai dan janggut) semakin lebat.
  • Pening dan ringan kepala. Masalah keseimbangan badan.
  • Perubahan bau badan.
  • Rasa seolah-olah denyutan/sentapan elektrik di bawah kulit dan di kepala.
  • Rasa seperti berdenyut di kaki dan tangan.
  • Masalah gusi berdarah.
  • Lidah dan lelangit terasa panas, perubahan pada rasa dan bau mulut.
  • Reput tulang (osteoporosis) selepas beberapa tahun.
  • Perubahan pada kuku (mudah retak dan menjadi lembut).
  • Sukar untuk fokus.

Penting juga diingatkan bahawa tanda-tanda di atas mungkin merupakan simptom kepada penyakit-penyakit lain seperti masalah tiroid, kencing manis, kemurungan dan banyak lagi.

BACA JUGA: 6 Makanan Yang Patut Wanita Elakkan Semasa Datang Bulan

Walaupun Puan mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur dan daripada segi umur dijangka menuju ke arah peringkat putus haid, namun adalah penting agar Puan menjalani pemeriksaan yang teliti bagi menentukan tahap kesihatan.

Semoga memberi manfaat.

The post 35 Tanda-Tanda Ini Wanita Umur 40-an Mesti Awasi Sekarang appeared first on Petua Ibu.



from Petua Ibu http://ift.tt/2yetvbc

Previous
« Prev Post

Related Posts

October 29, 2017

0 comments:

Post a Comment