16 Strategi Mesti Dilakukan Supaya Anak Jadi Hafiz Al-Quran

Posted by mimisabreena on Thursday, November 23, 2017

Ibu bapa mana yang tidak impikan anak menjadi anak soleh dan solehah. Tambah membahagiakan apabila mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran sejak usia kecil lagi. Kini, impian tersebut boleh menjadi kenyataan asalkan sahaja anda melakukan startegi yang betul sejak si comel masih kecil lagi.

Ayuh, ibu dan ayah semua, jangan berlengah lagi untuk menjadikan anak anda salah seorang daripada anak tahfiz. Di bawah ini adalah strategi yang mesti dilakukan.

Berikut 16 strategi mesti dilakukan supaya anak jadi hafiz al-Quran :

1. Mulakan dari awal

Perkenalkan al-Quran sejak dari alam rahim lagi. Ibu atau bapa hendaklah membaca al-Quran kepada janin untuk didengari. Paling tidak, pasangkan audio surah-surah al-Quran untuk didengari. Apabila lahir, anak sudah terbiasa dengan alunan ayat-ayat suci al-Quran. anak jadi hafiz alquran, hafiz alquran, hafal alquran, ajar anak alquran, ajar anak mengaji alquran

2. Kad imbasan

Seawal usia enam bulan, ajar si manja dengan huruf-huruf jawi menggunakan kad imbasan supaya dia terbiasa dengannya.

3. Sebut bunyi huruf

Apabila dia meningkat ke usia satu atau dua tahun, suruh bayi sebut bunyi huruf-huruf itu. Perlahan-lahan perkenalkan jenis-jenis baris iaitu baris atas, bawah, tanwin dan sebutan yang betul.

4. Surah mudah

Mulakan dengan surah-surah mudah dan pendek untuk dihafalnya. Misalnya Al-fatihah, tiga Qul (yakni surah al-Ikhlas, al-Falaq dan An-Nas) dan lain-lain surah pendek.

5. Baca dahulu

Biar si manja menguasai pembacaannya dahulu sebelum mula menghafal. Pastikan bacaannya betul.

6. Sabar

Bersabar dengan kerenahnya. Dia masih kecil dan sukar untuk memberikan tumpuan yang lama. Maka selang-selikan hafazan dengan aktiviti lain.

7. Berdoa

Sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t agar si manja dikurniakan minda yang mudah mengingati dan hati yang cerah agar mudah baginya menghafaz al-Quran seterusnya menjadi mukmin yang soleh dan solehah.

8. Minda bawah sedar

Baca surah Al-Insyirah ketika si anak dalam keadaan tidur-tidur ayam. Hal ini akan mempengaruhi dirinya menerusi minda bawah sedar. Kemudian bacakan doa, Bismillahillazi laa yadurru ma`as-mihi shai’un fil-ardi wa laa fis-sama’i, wa Huwas-Sami`ul-`Alim dan tiupkan ke ubun-ubunnya.

Ambil kesempatan untuk bercakap dengannya tentang kehendak anda yang ingin melihat dia menjadi insan yang soleh dan hafaz al-Quran.

BACA JUGA: Panduan Untuk Ibu Bapa Menghantar Anak Ke Sekolah Tahfiz 

9. Puji dan ganjaran

Berikan puji-pujian dan ganjaran kepadanya sekiranya dia berjaya menghafal surah tertentu. Pujian juga boleh memberikan motivasi kepada dirinya agar tidak mudah berputus asa. Berikan ganjaran dalam bentuk material atau moral supaya dia terus teruja melakukan perkara yang mulia ini.

10. Makanan halal

Soal pemakanan sangat mustahak kerana anak-anak hafiz memerlukan makanan yang halal supaya dia terang hati dan mudah memberikan tumpuan dan tinggi daya ingatan.

11. Jauhi perkara lagha

Jadual hafazan dan kedudukan dirinya yang sentiasa berdamping dengan al-Quran secara tidak langsung akan melenyapkan unsur hiburan yang melampau. Mengelakkan perkara-perkara yang menumpulkan akal seperti ketawa melampau, menonton hiburan, membuat perkara lagha dan sebagainya.

12. Amalan surah Taha 25-28

anak jadi hafiz alquran, hafiz alquran, hafal alquran, ajar anak alquran, ajar anak mengaji alquran

 

Berkata Musa: “Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku,

Ayat ini adalah doa Nabi Musa a.s memohon kepada Allah s.w.t ketika menghadapi Firaun menyerunya supaya beriman kepada Allah. Insya Allah (dengan izin Allah) akan dipermudahkan bacaan dan hafazan anak-anak kita.

13. Semasa bermain

Pasangkan audio bacaan al-Quran ketika si manja sedang bermain. Pilih audio dari bacaan qari kanak-kanak yang jelas, merdu dan nyata bacaannya. Pasang berulang kali kerana kelak anak akan mudah mengikutnya.

14. Tidur

Pasangkan juga audio bacaan al-Quran ketika si manja ingin tidur. Biarkan ia berlangsung sepanjang malam sehingga si kecil bangun keesokan harinya.

15. Di dalam kenderaan

Gunakan masa lapang ketika dalam perjalanan di dalam kereta untuk si manja mengaji al-Quran atau pun sediakan audio al-Quran dan dipasang di sepanjang perjalanan.

16. Jadual

Sediakan waktu bacaan empat hingga lima kali sehari bagi si manja empat tahun ke atas. Pada setiap sesi, biarkan dia menghafal dengan penuh konsentrasi dan tumpuan.

Kesimpulan

Niat yang ikhlas kerana Allah akan mempermudahkan perjalanan ibu dan ayah mendidik anak-anak menjadi seorang penghafal al-Quran dan seterusnya berbakti kepada agama.

The post 16 Strategi Mesti Dilakukan Supaya Anak Jadi Hafiz Al-Quran appeared first on Petua Ibu.



from Petua Ibu http://ift.tt/2Bhgzzv

Previous
« Prev Post

Related Posts

November 23, 2017

0 comments:

Post a Comment