Hal penjagaan kesihatan dan kecantikan wanita secara tradisionalnya memang pelbagai dan lazim didengar dan diamalkan di kalangan kita hingga hari ini. Selain petua ini mudah untuk dipraktikkan, tidak dinafikan kos penyediaan bahannya juga cukup murah dan berbaloi dengan kesan atau manfaat yang dirasai oleh si pengamal tersebut.
Sebagaimana maklum, penggunaan bahan-bahan makanan seperti halia, kunyit, halba, madu dan sebagainya itu menjadi antara ramuan popular yang sering digunakan di dalam penjagaan kecantikan dan kesihatan. Bertepatan dengan khasiat yang luar biasa daripada makanan-makanan tersebut memberikan tindak balas positif pada tubuh sama ada bab kesihatan mahu pun kecantikan.
Diakui dengan mengamalkan petua-petua ini ada kebaikannya jika serasi. Ini sebagaimana yang diamalkan oleh Kak Esah Lah untuk penjagaan kecantikan dalaman dan luarannya iaitu dengan minum air herba buatannya sendiri.
Menurutnya, “ Nak cantik, nak sihat dalaman tak perlu belanja mahal-mahal. Yang penting kena rajin. Ni la yang Kak Esah dok amal tiap kali lepas period untuk pulihkan kembali sistem-sistem dalaman kita orang perempuan ni. Tak susah pun, guna ja apa yang ada kat dapur tu.
“Halia,kunyit,halba,asam keping n madu ja. Kalau ada manjakani boleh masuk sekali..Ni Kak Esah tak masuk sebab stok manjakani kat umah dah habis. Masuk air penuh periuk,rebus sampai tinggal setengah.
“Simpan dalam peti ais amal minum tiap-tiap malam sampai habis. Perut pun boleh kempis!”
Bahan-bahan:
- Halia
- Kunyit
- Halba
- Asam kepingMadu
Cara buat :
- Masukkan air seperiuk, dan rebus sehingga menjadi setengah periuk.
- Sedia untuk diminum setelah suam.
- Selebihnya simpan di dalam peti sejuk. Minum setiap hari sehingga habis.
The post Petua Eksklusif Untuk Wanita Selepas Period. Tolong Amalkan! appeared first on Petua Ibu.
from Petua Ibu http://ift.tt/2B7H1dO
0 comments:
Post a Comment