Postur tidur yang salah atau kepenatan selepas seharian bekerja boleh sebabkan terjadinya lenguh-lenguh badan. Tubuh kita akan mudah jadi lesu dan tak bermaya. Kembalikan kesegaran tubuh dengan menyingkirkan angin berlebihan yang ada dalam urat saraf.
Petua singkir angin berlebihan dalam urat saraf ini dikongsikan oleh Puan Nurul Diyana Kamaludin.
“Resepi ini juga diamalkan ibu saya yang beliau perolehi daripada bidan lama. InsyaAllah menjadi. Kesannya badan akan rasa lebih ringan dan mudah keluar angin. Sengal dan bisa badan juga boleh berkurangan.
Cara Membuat
Segenggam kacang hijau.
21 hiris halia
Seulas bawang putih. Biar seketul macam tu je jangan dihiris.
Masukkan semua dalam periuk. Tambahkan 5-7 cawan air. Agak-agaklah ya.
Biar didih dan kacang pecah-pecah sedikit
Macam ni.. baru tutup api.
Siap! Minum macam gini je ok.. minum suam selepas makan. Boleh juga tambah madu (gunalah sudu plastik)
Sumber/Foto: Nurul Diyana Kamaludin via Mingguan Wanita
BACA JUGA: Khasiat Pokok Tasbih Yang Tidak Diketahui Umum
The post 3 Bahan Masak Ini Singkir Angin Berlebihan dan Bisa Urat Saraf appeared first on Petua Ibu.
from Petua Ibu http://ift.tt/2jQAHjY
0 comments:
Post a Comment