7 Petua Awet Muda Seniwati Dato’ Dr. Sarimah Ahmad

Posted by mimisabreena on Monday, December 25, 2017

Bila sebut pelakon Sarimah Ahmad pastinya semua orang kenal. Masa saya kecil-kecil dulu suka jugak tengok lakonan beliau dalam filem P. Ramlee. Sekarang beliau dah pun berumur 73 tahun. Namun masih cantik dan sihat macam dulu.

Jika dilihat wajah dan fizikal beliau, langsung tak nampak usianya. Macam baru 40-an. Ok ini buatkan saya sangat jealous. Jadi ‘wajib’ tahu apa rahsia awet muda beliau supaya saya boleh amalkan.

 

Antara tips dan rahsia awet muda yang beliau kongsikan ialah :petua awet muda, petua awet muda dato' Dr. Sarimah Ahmad, seniwati sarimah ahmad, kecantikan seniwati sarimah

1. Bangun Tidur Dan Mandi Sebelum Subuh

Seawal usia 4 tahun lagi beliau telah dididik oleh ibu bapa untuk mandi pada pukul 5 pagi dengan air perigi yang sangat sejuk. Air yang sejuk sangat baik untuk kesihatan, ditambah lagi dengan mandi sebelum Subuh. Kini seawal jam 3.30 pagi atau selewat-lewatnya 5.00 pagi beliau akan bangun dan terus mandi. Kemudian beliau melakukan solat Tahajjud, solat Taubat dan membaca Al-Quran sebelum solat Subuh.

BACA JUGA: 7 Manfaat Mandi Sebelum Subuh Rugi Kalau Abaikan

2. Melakukan Senaman

Beliau sangat berdisiplin dalam melakukan senaman. Setelah bangun dari tidur beliau melakukan senaman regangan selama 30 minit. Dan melakukan kerja-kerja rumah untuk mengeluarkan peluh.

3. Amalkan Makanan Sunnah

Walaupun telah mempunyai 32 orang cucu dan 5 orang cicit beliau masih kelihatan anggun. Sebelum solat Subuh, beliau minum air zamzam, mengambil satu camca extra virgin olive oil yang dicampur dengan habbatus sauda, satu camca madu lebah asli (King of Madu) dan minum air suam.

4. Makan Masakan Tanpa Minyak

Beliau lebih gemarkan makanan yang dimasak tanpa minyak seperti ikan bakar yang dimakan dengan sayur masak air sahaja.

5. Makan Buah-buahan dan Ulam-ulaman

Beliau mengambil buah-buahan seperti betik, nanas dan pisang kerana mengandungi banyak serat dan juga jimat dari segi kos. Amalan makan ulam-ulaman juga telah menjadi kebiasaan hasil ajaran ibu beliau.

6. Elak Tidur dalam Bilik Berhawa Dingin

Amalan beliau sejak dari dulu ialah tidak tidur dalam bilik berhawa dingin kerana ia tidak baik untuk kesihatan.

7. Setiap Perbuatan Mesti Ikhlas

Akhir sekali, tips yang beliau berikan ialah setiap pekerjaan mesti dilakukan dengan ikhlas dan semata-mata kerana Allah.

Tips yang beliau berikan tidaklah sesukar mana untuk diamalkan. Jom sama-sama amalkan untuk sentiasa awet muda walau berapa pun usia kita sekarang.

BACA JUGA: Hendak Kulit Cantik Seperti Saidatina Aisyah r.a Amalkan Tip Ini Dato’ Dr. Fatma El-Zahra

The post 7 Petua Awet Muda Seniwati Dato’ Dr. Sarimah Ahmad appeared first on Petua Ibu.



from Petua Ibu http://ift.tt/2pyZe3h

Previous
« Prev Post

Related Posts

December 25, 2017

0 comments:

Post a Comment