Inilah 8 Cara Melembutkan Ayam Tua

Posted by mimisabreena on Tuesday, December 5, 2017

Biasanya kalau nak kenduri atau musim perayaan ayam tua atau biasa kita panggil ayam pencen tetap menjadi pilihan dan ada peminatnya.

Memasak ayam tua ini cabarannya agak getir sedikit sebab sedia maklum ayam dah pencen ni memang ototnya sudah keras jadi isinya juga liat jika kita tidak masak mengikut petua yang sepatutnya.

Sebab itulah yang suka memasak resepi ayam tua ni biasanya golongan lebih berusia yang lebih bersabar dan tahu cara untuk melembutkan isinya.

Tidak di nafikan golongan muda juga ada yang memilih untuk makan ayam tua kerana dari segi kesihatan ayam tua ini dibela secara organik jadi ianya tidak melibatkan sebarang makanan yang mengandungi kimia ataupun dicucuk untuk cepat gemuk.

petua lembutkan ayam pencen, petua lembutkan ayam tua, resepi ayam pencen, resepi ayam tua,

Disini kami kongsikan 8 petua untuk anda lembutkan isi ayam tua ini, bila dah lembut rasanya memang lebih sedap dan nak makan pun mudah.

Petua Melembutkan Ayam Tua 1
Tumbuk setengah sudu teh lada hitam bersama dengan sedikit halia, masukkan ke dalam periuk bersama ayam tua dan air untuk direbus. Rebus hingga lembut. Kemudian keluarkan ayam, cuci bersih, lumurkan tepung beras dan goreng.

Petua Melembutkan Ayam Tua 2
Masukkan beberapa keping tempurung kelapa ke dalam periuk ketika merebus ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

Petua Melembutkan Ayam Tua 3
Masukkan seruas tebu ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

Petua Melembutkan Ayam Tua 4
Bungkus satu sudu besar biji selasih dengan kain kasa dan masukkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

Petua Melembutkan Ayam Tua 5
Masukkan daun pisang abu yang telah dicarik-carikkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

Petua Melembutkan Ayam Tua 6
Potong ayam tua kepada beberapa bahagian. Rebuskan bersama air kelapa sehingga empuk. Toskan airnya dan boleh dimasak seperti biasa.

Petua Melembutkan Ayam Tua 7
Masukkan beberapa potongan pangkal daun nanas (warna kuning) ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Keluarkan apabila ayam telah empuk.

Petua Melembutkan Ayam Tua 8
kisar sepotong buah nanas. Lumurkan pada ayam tua dan perap selama setengah jam. Bersihkan dan masak ayam seperti biasa.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan kalau ada ibu bapa atau mertua yang nak rasa makanan ayam tua hasil air tangan anda tak perlu lah segan kerana anda boleh mencuba salah satu cara diatas bagi memastikan masakan anda di puji.

BACA JUGA: Inilah 5 Tip Membantu Anda Memilih Ayam Segar Di Pasar

The post Inilah 8 Cara Melembutkan Ayam Tua appeared first on Petua Ibu.



from Petua Ibu http://ift.tt/2jVbuVB

Previous
« Prev Post

Related Posts

December 05, 2017

0 comments:

Post a Comment