Jangan Manjakan Anak Lelaki- Dr Taufiq Razif

Posted by mimisabreena on Wednesday, December 20, 2017

Anak lelaki itu tunjang keluarga. Jika cara didikannya betul, mereka akan menjadi pemimpin yang hebat. Ikuti perkongsian dari Dr Taufiq Razif bagaimana mahu mendidik anak lelaki menjadi pemimpin yang hebat di masa hadapan.

Jangan manjakan anak lelaki

Saya pernah tengok ada anak lelaki jadikan mak dia hamba. Daripada buang sampah sampai la basuh mangkuk jamban pun maknya yang terpaksa buat.

Selidik punya selidik rupanya si emak terlampau manjakan si anak lelaki!

Niat dah baik tapi caranya tu salah. Anak mungkin berhak jadi raja hanya ketika umurnya di bawah 2 tahun tapi bukannya sampai umur 20 tahun!jangan manjakan anak lelaki, anak lelaki pun boleh buat kerja dapur, ajar anak lelaki kemas rumah, ajar anak lelaki buat kerja rumah, ajar anak lelaki memasak

Tanpa sedar kasih sayang tadi menjadi ‘delicious poison’ yang membunuh kepimpinan dalam diri si anak tadi. Sebab tu la :

+ jangan takut bagi anak lelaki cuci pinggan
+ kena berani suruh anak lelaki buang sampah
+ kena tegas suruh anak buat kerja mengemas
+ kena biasakan anak lelaki memasak
+ kena ajar anak yang kerja rumah bukannya kerja orang perempuan semata

Ini semua adalah persedian hidup untuk menjadikan anak seorang pemimpin. Pemimpin adalah orang yang memahami dan tahu keperluan orang yang di bawah tanggungjawabnya suatu hari nanti.

Taufiq Razif
Bapa yang percaya anak takkan bertukar pondan hanya kerana pandai memasak dan mengemas rumah!

p/s : Sebab tu saya buka kelas parenting percuma di telegram saya. Semoga ilmu parenting kita lebih bertambah dan berkualiti. Klik sini : t.me/NotaTaufiqRazif

Sumber dari Facebook Dr Taufiq Razif

The post Jangan Manjakan Anak Lelaki- Dr Taufiq Razif appeared first on Petua Ibu.



from Petua Ibu http://ift.tt/2Bb46wI

Previous
« Prev Post

Related Posts

December 20, 2017

0 comments:

Post a Comment