Kulit Kentang Mampu Hitamkan Semula Rambut

Posted by mimisabreena on Sunday, December 31, 2017

Sekarang ni macam ternampak ramai pulak budak-budak muda yang rambutnya sudah beruban. Bukan la nak mengata tapi kesian tengok sebab muda lagi dan ada pulak yang masih bersekolah tau.

Kalau nak tau, rambut putih ni biasanya terjadi sebab ketidak mampuan tubuh badan menghasilkan melanin, iaitu bagian integral folikel rambut. Bermaksud pertumbuhan melanin telah dihalang dan menyebabkan rambut mulai berubah warna.

Terdapat pelbagai jenis rawatan dan ubat-ubatan yang boleh digunakan untuk merawat masalah ini, tetapi mungkin memerlukan kos rawatan yang tinggi. Jangan susah hati sebab ianya juga boleh diubati dengan menggunakan bahan semulajadi di rumah.

Hanya cuma memerlukan ubi kentang sahaja. Ya, jangan terkejut. Let’s check it out macam mana cara penggunaannya.

hitamkan rambut, cara tutup uban, cara hitamkan rambut, petua hitamkan rambut, petua rambut hitam berkilat

Cara-Cara:

1. Basuk dan kupas 5 – 6 biji ubi kentang. * jangan dibuang kulitnya ye!

2. Masukkan kulit kentang ke dalam periuk yang diisi dengan dua cawan air.

3. Hidupkan api dan biar sehingga mendidih sehingga 15 – 20 minit.

4. Tutup api dan biarkan sejuk seketika, kemudian tapis dan tuang ke dalam bekas/botol.

5. Boleh juga ditambah beberapa titis minyak aroma terapi seperti lavender ataupun rosemary untuk bau yang lebih wangi.

6. Cucu rambut seperti biasa dengan shampoo dan bilas.

7. Selepas bilas, ambil air rebusan kulit kentang tadi urut-urutkan ke akar rambut.
* jangan bilas!

BACA JUGA: Petua Gunakan Bawang Merah Basmi Kutu Rambut dan Telurnya

Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, anda harus mengulangi proses yang sama setiap hari atau pun 2 – 3 kali seminggu selama beberapa bulan. Insha-Allah kesanya akan kelihatan selepas sebulan.

Selain daripada menggunakan kulit kentang ini, terdapat satu lagi kaedah untuk merawat masalah rambut putih ini.

Bahan-bahanya;

3 labu bawang putih
1 kg madu mentah
4 biji lemon
200 ml minyak biji rami / flaxseed oil

hitamkan rambut, cara tutup uban, cara hitamkan rambut, petua hitamkan rambut, petua rambut hitam berkilat

Cara-caranya;

Hiris bawang putih dan lemon dan satukan ke dalam bekas. Kemudian campurkan madu dengan biji rami tadi. Gaul sebatidan simpankan ke dalam bekas kedap udara.

Makan dua kali sehari, satu sudu sebelum sarapan dan makan malam.

Selamat mencuba!

BACA JUGA: Cara Atasi Masalah Hujung Rambut Berbuah

The post Kulit Kentang Mampu Hitamkan Semula Rambut appeared first on Petua Ibu.



from Petua Ibu http://ift.tt/2Cz4Ihe

Previous
« Prev Post

Related Posts

December 31, 2017

0 comments:

Post a Comment