Petua Ibu Dalam Pantang Bantu Kecutkan Rahim, Buang Angin & Banyakkan Susu Badan!

Posted by mimisabreena on Saturday, December 23, 2017

hai uols!!!

Owh kay, hari ni saya nak kongsikan air minuman dalam pantang ya, walaupun pantang dah berlalu, tapi baru boleh nak minum air kunyit dan halia ni. Yelah awal-awal tu risau baby jaundice, makanya dah 52 hari selepas bersalin ni baru boleh nak minum. Lama pulak ye jarak masanya, korang jangan tiru saya ya, patutnya minum seawal mungkin. Saya ni je malas nak buat kan, makanya hantam sajalah labu!!

Bahan-bahan untuk air kunyit dan halia

Bahan-bahan cukup mudah, tapi mudah macamana pun kalau malas nak buat, acik takleh nak tolonglah ya. Ok mula-mula carilah kunyit dan halia kat celah-celah dapur korang tu. Takde? Pegilah kedai beli, seeloknya dapat kunyit muda baru elok sikit kot. Takdelah kuning sangat macam saya punya ni. Saya guna kunyit dah tua, dah macam nak masak lemak cili api pun ada rupanya tu.

Nampak pisau tu? Kegunaan dia untuk buang kulit kunyit dengan halia tu. Ok dah buang kulit, korang basuh dan blend kan diorang bersama. Blend guna air masak tau, sebab lepas proses blend tu, korang tapis masuk dalam cawan.

Dah tapis habuk dan serat kunyit halia tu. Masukkan pula asam jawa segera tu ke dalam air kunyit dan halia yang dah ditapis. Dan akhir sekali masukkan madu, kacaukan sehingga sebati dan serasi bersama #sehatisejiwa.

BACA JUGA: Jenis Makanan Berpantang Ibu Selepas Bersalin

Masukkan sedikit madu

Senang kan? Dengan 4 bahan di atas, makanya korang dah dapat minuman ala-ala jamu untuk kesihatan badan. Sebenarnya fungsi air kunyit dan halia ni adalah baik untuk dalaman ibu selepas bersalin. Salah satunya untuk kecutkan rahim kita, buang angin, melangsingkan badan dan juga banyakkan susu badan, i like!!! So nak taknak untuk itu kene telan jugaklah ya. Baca bismillah jangan lupa. Dan biasanya ia elok diminum secawan sehari selama 3 hari berturut-turut ya. Yummeh sangat!!

Sedia untuk diminum

Memang terbaik!!!

Ok siap minuman kesihatan untuk hari ini. Saya terbaca tak elok minum selalu air kunyit ni, nanti cepat monopose, tapi sahih atau tidak itu saya tak pastilah. Korang nak tau? Sedap tau rasa dia ni, yelah dah campur asam jawa dan madu, jadi ada rasa pahit, masam dan manis. Dah boleh buat tajuk drama tv pulak hihi, oklah tu je babai!!!

Sumber

BACA JUGA: 5 Petua Uruskan Isteri Berpantang Yang Suami Wajib Tahu

The post Petua Ibu Dalam Pantang Bantu Kecutkan Rahim, Buang Angin & Banyakkan Susu Badan! appeared first on Petua Ibu.



from Petua Ibu http://ift.tt/2D51AZr

Previous
« Prev Post

Related Posts

December 23, 2017

0 comments:

Post a Comment