Teguran ‘Lembut’ Buat Suami Yang Suka Melepak Dengan Kawan-Kawan

Posted by mimisabreena on Wednesday, December 6, 2017

Adakah suami anda suka lepak malam bersama kawan-kawan, tinggal anak bini tidur seorang diri di rumah? Kadang-kadang, subuh baru balik.

Zaman sekarang, lepak malam-malam dengan kawan-kawan ibarat satu fitrah buat lelaki. Tak boleh kalau tak buat. Tak tenang kalau sehari tak melepak.

Lebih-lebih lagi kalau jumpa kawan yang minatnya sama. Hari-hari main futsal, memancing dan sebagainya. Bagi lelaki, perkara ini bukan satu kesalahan sebab mereka bukannya curang atau melakukan dosa.

Namun, seorang isteri yang selalu inginkan suami di sisi sudah pasti akan ‘terasa’ dengan tindakan suami yang suka melepak. Sebab itu, kedua-dua pihak perlu ada toleransi.suami kaki lepak, kaki lepak mamak, lepak kedai mamak, lepak dengan kawan-kawan, lepak tengok bola

Isteri jangan minta suami kurangkan masa lepaknya dengan kawan-kawan, kerana perkara tersebut akan membangkitkan rasa tercabar dan susah untuk suami mendengar teguran pada saat egonya sedang melambung tinggi.

Dan suami, fahamilah hati wanita. Tak salah nak melepak, tapi perlu ke setiap hari?

Renungan Buat Suami, Dengarkanlah.

1. Utamakan isteri kerana isteri hanya mempunyai seorang suami iaitu kita, manakala kawan-kawan kita masih mempunyai kawan-kawannya yang lain.

2. Fitrah isteri, seorang wanita akan lebih mudah terasa sunyi bila ketiadaan suami. Fitrah isteri juga sentiasa ingin berkongsi apa sahaja dengan orang yang disayangi dan dihormatinya. Jangan sampai ketiadaan kita yang berterusan menyebabkan terisi dengan lelaki lain yang lebih banyak punyai masa untuk mendengar cerita perkongsiannya.

3. Lebih baik jadikan kawan-kawan kita sebagai kawan ke arah kekeluargaan, bukannya untuk tujuan budaya hidup bujang yang boleh menimbulkan keraguan kepada isteri kita. Kawan-kawan yang bersifat kekeluargaan akan lebih menghargai kebahagiaan keluarga masing-masing.

4. Elakkan daripada terlalu banyak keluar bersama kawan-kawan. Jika perlu dalam aktiviti bersama kawan-kawan, bawa isteri bersama dan bertoleransilah agar minat dan hobi kita serta hobi pasangan kita dihargai satu sama lain.

5. Cipta waktu bersama isteri lebih romantik untuk dikenang dan dirasai lebih panjang oleh isteri kita. Fitrah wanita, bila dibelai dan dilayan secara romantis, kebahagiaannya lebih terasa dan sedikit sebanyak mengurangkan rasa tidak puas hati terhadap waktu kekosongan, bila kita tiada di sisinya.

Sumber: Mingguan Wanita

The post Teguran ‘Lembut’ Buat Suami Yang Suka Melepak Dengan Kawan-Kawan appeared first on Petua Ibu.



from Petua Ibu http://ift.tt/2zUwKlc

Previous
« Prev Post

Related Posts

December 06, 2017

0 comments:

Post a Comment