Badan Akan Jadi Letih Dan Sakit Jika Tidur Atas Lantai Mosaic

Posted by mimisabreena on Thursday, January 11, 2018

Pernah tak ketika anda sedang asyik menonton televisyen lepastu terus tertidur? Rasanya perkara ni mesti pernah terjadi kepada semua orang kan. Tahu tak sebenarnya duduk atau tidur di atas lantai sangat tidak baik untuk kesihatan tubuh badan.

Bukan sahaja lantai simen malah lantai yang sudah diletak jubin atau ‘mosaic’ juga dikatakan akan merosakkan sistem tubuh badan anda. Ini kerana, jubin telah dihasilkan daripada tanah liat dan pelbagai bahan campuran lain.

Walaupun tanah liat berasal daripada alam semulajadi yang mengandungi unsur mineral radioaktif seperti uranium ataupun thorium, akan tetapi jumlah kandungan radioaktif yang terkandung didalamnya juga berbeza-beza bergantung pada dimana ianya diambil.manfaat tidur atas lantai, keburukan tidur atas lantai, tidur atas mosaic, tidur atas lantai, bahaya tidur atas lantai

Jadi, punca radiokatif yang terkandung didalam jubin, simen atau bahan binaan lantai yang lain tidak boleh termusnah sama sekali. Ini kerana unsur radioaktif mempunyai jangka hayat yang sangat panjang untuk terhapus.

Jika anda tidur diatas lantai jubin ataupun simen tanpa dialas sebarang kain ataupun tilam, cas-cas didalam badan anda akan terganggu dengan unsur-unsur yang terdapat didalam lantai tersebut. Ini kerana, badan manusia akan mengalami satu proses penutralan cas ion positif dan negatif semasa mereka sedang tidur.

Kesannya, tidur diatas lantai akan menyebabkan badan anda merasa keletihan, sakit-sakit badan, rasa seperti tidak cukup tidur dan sebagainya. Apa yang paling teruk, ia juga boleh menyebabkan anda kelihatan tua sebelum usia.

Mana taknya, bayangkan jika hari-hari anda tidur diatas lantai tanpa beralaskan tilam, dan setiap hari jugalah badan anda akan mengalami keletihan yang berpanjangan. Haruslah muka akan kelihatan sugul dan kusam kan. Jadi. mulai hari ini elakkan tidur diatas lantai okay.

BACA JUGA: Amalkan Petua Ini Sebelum Tidur Untuk Hilangkan Segala Toksin Dan Racun Dalam Badan

The post Badan Akan Jadi Letih Dan Sakit Jika Tidur Atas Lantai Mosaic appeared first on Petua Ibu.



from Petua Ibu http://ift.tt/2qRAxiZ

Previous
« Prev Post

Related Posts

January 11, 2018

0 comments:

Post a Comment