Ini Cara Mudah Dan Berkesan Basuh Baju Putih Tanpa Perlu Menyental

Posted by mimisabreena on Sunday, January 28, 2018

“Ish, kenapa comot sangat baju sekolah budak-budak ni… Sekolah belum sampai sebulan tapi baju dah makin kusam. Baju putih ni menang susahlah nak cuci. Apa tips yang boleh buat baju ni putih bersih ya?”

Ibu-ibu mesti pening kepala bila tengok baju sekolah anak-anak yang semakin kusam. Terutamanya bagi anak yang lasak, kekotoran adalah sesuatu yang sukar dielakkan. Kalau terkena pada baju sekolah yang putih pula, boleh fobia dibuatnya!

Dalam artikel kali ini, ada tips menarik oleh Puan Zakiah Hassan. Rupanya, tak perlu bersusah-payah pun. Tak perlu sental, tak perlu pakai sabun yang mahal-mahal. Nak tahu macam mana?

Mari kita ikuti perkongsian beliau selanjutnya di bawah.

CARA BERKESAN BASUH BAJU PUTIH TANPA PERLU MENYENTAL
Sebelum apa-apa, mari kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dulu.

BAHAN-BAHAN
Sabun A1 (beli kat kedai Eco) atau sabun Cap Kapak / Buruh (ada di Mydin)
Sabun basuh baju (cecair atau serbuk)
Air
Mesin basuh (nak basuh tangan pun boleh)
Ini rupa sabun-sabun yang dimaksudkan di atas. Pilihlah salah satu yang senang jumpa. Caranya sama saja.

BACA JUGA: Yang Boleh & Tidak Boleh Bila Membasuh Baju

 

 

basuh baju putih, tip basuh baju putih, cara basuh baju putih, sabun cap kapak, sabun cap A1, sabun cap buruh, basuh baju putih, tip basuh baju putih, cara basuh baju putih, sabun cap kapak, sabun cap A1, sabun cap buruh, basuh baju putih, tip basuh baju putih, cara basuh baju putih, sabun cap kapak, sabun cap A1, sabun cap buruh,

CARA-CARA
Ini pula langkah mencucinya.

1. Masukkan baju sekolah ke dalam mesin basuh.

2. Bubuh sabun basuh biasa.

3. Setkan mesin dengan mode speedy soak (ikut jenis mesin basuh).

basuh baju putih, tip basuh baju putih, cara basuh baju putih, sabun cap kapak, sabun cap A1, sabun cap buruh,

 

 

4. Bubuh air.

5. Guntingkan suku sabun A1 ke dalam mesin basuh (nak sagat pun boleh).

6. Tenyehkan sabun A1 di leher baju kemeja, hujung lengan, poket atau kesan kotoran yang lain. Kemudian, masukkan semula ke dalam mesin.

basuh baju putih, tip basuh baju putih, cara basuh baju putih, sabun cap kapak, sabun cap A1, sabun cap buruh,

7. Tutupkan mesin basuh dan biarkan cucian diteruskan seperti biasa.

8. Pergilah keluar berjimba dengan anak-anak dan suami. Disarankan pergi shopping atau makan berat. Setakat minum cendol bawah pokok tak sempat siap.

9. Balik rumah dah siap.

10. Sidailah baju putih tersebut sambil ‘kembang hidung’ melihatkan kebersihannya.

Beginilah hasilnya. Tak perlu sental pun. Senangnya!

NOTA: Tips yang dikongsikan ini sangat berkesan pada baju sekolah jenis kain cotton.

basuh baju putih, tip basuh baju putih, cara basuh baju putih, sabun cap kapak, sabun cap A1, sabun cap buruh,

 

SELAMAT MENCUBA

Macam tak percaya, tapi belum cuba belum tahu, kan? Bagi yang dah cuba, jom kongsikan pengalaman anda di ruangan komen. Semoga dapat membantu ibu-ibu yang lain.

Terima kasih dan silakan share ya!

BACA JUGA: Cara Mudah Membersihkan Mesin Basuh, Pasti Anda Terkejut Mesin Basuh Anda Kotor Sebegini

The post Ini Cara Mudah Dan Berkesan Basuh Baju Putih Tanpa Perlu Menyental appeared first on Petua Ibu.



from Petua Ibu http://ift.tt/2DKqqCL

Previous
« Prev Post

Related Posts

January 28, 2018

0 comments:

Post a Comment