Biasanya apa yang kita buat selepas kita makan? Kalau yang merokok, apa yang saya lihat mereka akan merokok dulu sebaik sahaja lepas makan. Yang tak merokok pula, samada baring atau mandi, ataupun berjalan-jalan atau duduk sahaja di kerusi makan sambil tgk tv. Ada pula yang makan buah-buahan sebagai pencuci mulut. Betul ke tak betul habit-habit ni seme? Bahaya ke tak bahaya? Meh kita semak adakah habit kita lepas makan termasuk dalam kategori bahaya atau tidak.
Habit #1: Jangan merokok. Eksperimen dari pakar-pakar membuktikan bahawa merokok sebatang rokok selepas makan adalah setanding dengan merokok 10 batang rokok (kemungkinan mendapat kanser adalah lebih tinggi).
Habit #2: Jangan makan buah-buahan serta-merta. Apabila anda makan buah-buahan anda dengan selepas makan, buah-buahan akan terperangkap di dalam perut bersama-sama dengan kandungan makanan dan tidak boleh sampai ke usus. Buah tersebut akan rosak dan merosakkan makanan yang ada di dalam perut. Waktu terbaik kalau nak makan buah adalah 1 jam selepas makan ataupun makan buah sebelum makan. Sebaik-baik makan buah adalah pada waktu pagi dengan perut kosong sbb waktu pagi adalah waktu yang paling baik badan boleh menyerap nutrient dalam buah membantu untuk mendapatkan tenaga yang cukup untuk memulakan hari.
Habit #3: Jangan minum teh – Kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Bahan ini akan menyebabkan kandungan protein dalam makanan yang kita makan akan menjadi keras dengan itu sukar untuk dihadam. Adalah lebih baik untuk minum teh satu jam selepas makan.
Habit #4: Jangan longgarkan tali pinggang anda. Ada di antara kita sengaja melonggarkan tali pinggang sebab dah rasa macam makanan tak muat nak masuk atau dah rase tak selesa. Walau bagaimanapun, melonggarkan tali pinggang bukanlah sesuatu yang baik, bukan kerana ia menyebabkan usus terbelit atau ape tetapi kerana ia boleh menyebabkan kita nak makan lebih banyak. Oleh itu, makanlah hanya setakat yang anda boleh selesa tanpa melonggarkan tali pinggang anda!
BACA JUGA: Kanser Perut Adalah Pembunuh Senyap! Berikut Adalah Tanda-tanda & Gejalanya..
Habit #5: Jangan Mandi. Mandi selepas makan akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan, kaki dan badan yang menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan terus berkurang. Ini akan melemahkan sistem penghadaman di dalam perut kita.
Habit #6: Jangan berjalan. Ia tidak baik untuk anda! Berjalan terus selepas makan adalah idea yang buruk, ia boleh menyebabkan berlakunya refluks asid dan senak. Yang baiknya, berjalan kira-kira setengah jam selepas makan. Para penyelidik di Jabatan Sains Senaman di University of South Carolina, telah mendapati bahawa berjalan selepas senaman adalah cara yang baik untuk membakar tenaga. Perkara yang perlu diperhatikan adalah apabila berjalan, secara idealnya harus berjalan selama kira-kira 10 minit dan hanya 20-30 minit selepas makan untuk mengelakkan refluks dan gangguan asid di perut.
Habit #7: Jangan tidur dengan segera kerana makanan yang kita ambil tidak akan dapat dihadam dengan sempurna. Tabiat tidur selepas makan akan membawa kepada gastrik & jangkitan di dalam usus kita.
Jadi lepas ni kena la avoid habit-habit ni untuk kesihatan jangka panjang. Prevention better and cheaper than cure Boleh semua?
BACA JUGA: Tak Elok Makan Pisang Waktu Sarapan, Kenapa Pula?
The post Inilah 7 Habit Selepas Makan Yang Merbahaya appeared first on Petua Ibu.
from Petua Ibu http://ift.tt/2CqiIgq
0 comments:
Post a Comment