Semenjak sepuluh tahun lalu, pertama kalinya saya senam aerobik, melakukan gerakan regangan bahagian pinggang, perut, tangan dan kaki. Ketika itu saya mengalami masalah sakit pinggang yang sangat serius. Sakit ini akan berulang bila-bila masa saja, sama ada bergerak cepat untuk mengambil benda-benda berat, boleh sakit secara tiba – tiba, jadi sejak itu saya tidak berani terlalu sering bersukan.
Satu kali saya sakit punggung yang sangat serius, saya akan berehat seharian di rumah, tapi rasa sakit itu tak kunjung hilang. Hal ini juga membuat saya kecewa. Dalam keadaan saya kecewa dalam mencari cara menghilangkan kesakitan ini, saya tiba-tiba teringat bahawa pernah melihat sebuah buku yang menulis tentang kesihatan, penulis tersebut berasal dari Jepun. Dalam buku itu tertulis latihan peregangan yang efektif untuk pengubatan sakit pingggang.
BACA JUGA: 3 Cara Mudah Untuk Menghilangkan Sakit Pinggang, Sakit Leher dan Otot
Jadi, saya pun mulai mencubanya. Anehnya, dua, tiga hari kemudian sakit punggung dan pinggang benar-benar berkurang! Mungkin takut sakit lagi maka hampir setiap pagi saya berusaha untuk melakukan latihan itu untuk mendapatkan hasil yang maksimum, kemudian bahkan jika saya melakukan senaman yang sedikit berat, saya juga tidak sakit pinggang seperti dulu lagi!
Jadi mesti ramai yang menderita masalah sakit yang sama seperti saya ingin tahu tentang senaman ini kan?
A. Latihan peregangan otot kaki belakang
1. Pergelangan kaki dan kaki bahagian bawah membentuk sudut setegak mungkin.
2. Posisi tubuh tegak lurus, ketika bernafas secara perlahan, kemudian tubuh dimajukan ke depan perlahan-lahan.
3. Lutut tidak dibengkokkan
B. Latihan peregangan kaki terbuka
1. Posisi duduk lurus, kedua tumit kaki didekatkan
2 . Tubuh bahagian atas lurus, dengan kedua tumit didekatkan, posisi badan maju ke depan secara perlahan.
C. Perengangan otot kaki bahagian dalam
1. Kaki dibuka selebar mungkin (lebih 150 darjah, jika sukar, mungkin mulai dari awal 90 darjah), lutut mesti lurus.
2. Tubuh tetap lurus,kawal pernafasan, lalu tubuh dimajukan ke depan secara perlahan-lahan.
D. Latihan peregangan paha depan
1. Posisi awal kedua kaki dilipat seperti bertutut, jaga posisi badan tetap tegak lurus
2. Tangan diatas paha, tubuh perlahan-lahan berbaring ke belakang.
3. Tangan lurus, posisi ini dipertahankan selama 1 minit sambil bernafas dalam-dalam.
Sangat mudahkan, tetapi jangan terlalu memaksa badan untuk melakukan kesemua dengan sempurna. Lakukan perlahan-lahan sehingga anda mencapai keselesaan. Kita tidak mahu menambah kesakitan pada bahagian otot yang lain.
Artikel ini hanya bersifat informasi tambahan kepada yang tidak mahu mengambil ubat tahan sakit setiap kali mengalami kesakitan pada pinggang dan punggung. Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat dari pakar sebelum melakukan senaman ini. Semoga bermanfaat.
BACA JUGA: Awas !! Inilah 7 Makanan Yang Sebabkan Anda Berisiko Diserang Penyakit Buah Pinggang
The post Kerap ‘Sakit Pinggang’ Tapi Tak Mahu Makan Ubat, Cuba Lakukan ‘4 Gerakan’ Ini appeared first on Petua Ibu.
from Petua Ibu http://ift.tt/2lI38l4
0 comments:
Post a Comment