Tanaman Aloevera merupakan tanaman yang sentiasa di tanam di laman rumah menggunakan pasu kerana sesuai dengan kadar tumbesarannya dan yang penting banyak khasiatnya.
Kandungan Lidah buaya :
Lidah Buaya (Aloe vera; Latin: Aloe barbadensis Milleer) mengandung asam amino, antrakuinon, enzim, hormon, mineral, asam salisilat, sterol, gula dan vitamin.
Pembentukan Jeli Aloe Vera:
Pokok aloe vera memang dijadikan Allah untuk memerangkap air dan menyimpannya di dalam “tangki” yang besar yang terdapat pada daunnya yang keras dengan kulit yang tebal. Air yang terkumpul diubah kepada bentuk jeli. Jeli inilah yang memberikan khasiat pengubatan untuk kegunaan manusia. Apabila daunnya dikerat, dalam masa beberapa jam, jeli ini akan bertindak membaluti bahagian yang dikerat dengan sendirinya. Maka bahagian jeli yang terdedah tadi akan terlindung dari serangan bakteria. Begitulah ia bertindak untuk memelihara kulit manusia apabila terluka.
Selain digunakan secara terus dengan mengambil jeli aloevera dan sapu ke wajah untuk menghilang parut. Jeli aloevera ini juga sebenarnya sedap jika di buat sebagai Nata. Disini kami kongsikan cara mudah untuk menikmati Nata De Aloevera dengan minuman kesukaan anda:
Homemade Nata De Aloevera
- Ambil beberapa daun pokok Aloevera, pilih daun yang cukup umur dan tebal. Daun cukup umur berwarna hijau tua, bahagian tepi daun berduri lembut dan pucat.
- Cuci bersih daun aloevera, kupas kulit daun hijaunya sehingga nampak jeli daun aloevera.
- Potong jeli aloevera bentuk dadu dengan saiz yang sesuai jangan kecil sangat
- Cuci dengan air hingga lendirnya hilang, kemudian dibilas dengan air bersih. ** sy tapis 4 jam..letak pemberat diatas, lendir keluar semua.
- Hasilnya di sudu tiada lendir
- Saya tak rebus. Sebab tak nak khasiat tu hilang walaupun lendir dah tiada
Anda boleh menikmati Nata De Aloevera ni sama seperti Nata De Coco, letak ais beserta minuman kegemaran anda. Yummy! Sesetngah org rebus dengan gula batu.
Ini rebus dengan sirap atau perasa buahan:
Pic #AnikElia
Kredit Resepi : nur aisyah
BACA JUGA: Sejuk Dan Pulihkan Kulit Selepas ‘Sunburn’, Cuba 5 Bahan Semulajadi Ni!
The post Nata De Aloevera, Cegah Bengkak Sendi & Bantu Penyembuhan Luka appeared first on Petua Ibu.
from Petua Ibu http://ift.tt/2CIwI5f
0 comments:
Post a Comment