Papan Pemotong Lama Nampak Kusam & Kotor? Ini Cara Bersihkannya

Posted by mimisabreena on Friday, January 5, 2018

Papan pemotong terutamanya yang plastik memang mudah kotor dan menjadi kehitaman lebih-lebih lagi jika ia banyak digunakan dalam aktiviti memasak seharian. Kadang-kala jika dicuci dengan sabun pun kesannya masih tidak tanggal.

Berikut adalah cara mudah dan berkesan untuk membersihkan papan pemotong plastik anda. Memang nampak macam baru! Jom cuba. Anda pasti kagum dengan hasilnya.

papan pemotong plastik, cuci papan pemotong plastik, cara bersihkan papan pemotong plastik, papan pemotong kusam dan kotor

BAHAN-BAHAN:

  • Limau nipis
  • Baking soda
  • Cuka

CARA-CARA:

  1. Ambil limau dan belah dua.
  2. Kemudian ambil Baking Soda dan tabur pada permukaan papan pemot
  3. ong.
  4. Gosok papan pemotong menggunakan potongan limau tadi. Biar selama 10 minit.
  5. Ambil potongan limau dan gosok lagi pada permukaan papan pemotong.
  6. Seterusnya tuang cuka. Gosok lagi sehingga semua kotoran hilang. Boleh guna berus besi untuk menyental.
  7. Bilas hingga bersih. Hasilnya papan pemotong anda kelihatan lebih bersih dan seakan baru.

Tonton video cara-cara nak bersihkan papan pemotong disini:

BACA JUGA: 10 Kegunaan WD-40 Mampu Menyelamatkan Poket Anda

The post Papan Pemotong Lama Nampak Kusam & Kotor? Ini Cara Bersihkannya appeared first on Petua Ibu.



from Petua Ibu http://ift.tt/2F2AdB5

Previous
« Prev Post

Related Posts

January 05, 2018

0 comments:

Post a Comment