Tampil Yakin & Sihat Dengan Amalkan Ni. Dalaman Terjaga Automatik Luaran Pun Sihat!

Posted by mimisabreena on Saturday, January 27, 2018

Mengamalkan minum herba tradisional memang dikatakan terlalu banyak kebaikannya. Salah satu jenis minuman herba untuk penjagaan kesihatan tubuh badan adalah air asam kunyit.

Menurut mereka yang mengamalkan minuma ini, dikatakan akan merasakan badan lebih bertenaga, segar dan ringan sahaja malah masalah keputihan juga dapat diatasi.Untuk lebih lanjut ikuti perkongsian daripada Puan Nabilah yang juga turut berkongsi resipi untuk menghasilkan minuman istimewa ini. Jom semak!

Saya amalkan minum setiap pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. Biasanya saya minum lepas makan malam. Saya jarakkan masa sebab nak tidur saya makan jamu. Alhamdulillah best jugak rasa badan.

BACA JUGA: Wanita Ni Amal Jus Celery Untuk Mantap Luar Dalam!

Rasa dia macam air asam jawa yang dalam botol tu. Tapi best yang ni lagi lah. Huhu. Habis ni nak buat lagi.

jus asam jawa, jus herba, jus kurangkan keputihan, jus air asam kunyit, air asam kunyit

AIR ASAM KUNYIT MABELES

Bahan:
Kunyit hidup
Asam jawa
Manjakani (optional, jika tak nak letak tak apa. Saya letak sebiji je *takut pahit)
Gula perang/madu/gula batu (ikut citarasa, saya guna gula perang)

jus asam jawa, jus herba, jus kurangkan keputihan, jus air asam kunyit, air asam kunyit

 

Cara penyediaan:
1. Ketuk kunyit. Kemudian rebus/reneh dengan manjakani.

2. Rebus air satu periuk, renihkan sehingga jadi separuh periuk.

jus asam jawa, jus herba, jus kurangkan keputihan, jus air asam kunyit, air asam kunyit

3. Letak asam jawa secukup rasa dan gula perang. (Cukup sekadar rasa)

4. Sejukkan dan masukkan dalam botol/tupperware. Simpan dalam peti. Minum secawan pagi dan malam.

KEBAIKAN:

1. KUNYIT
Cuci darah dan kotoran dalaman,kecutkan rahim (elok untuk kurangkan buncit), kecutkan semua jenis ketumbuhan dalaman (boleh cegah kanser), pulihkan luka-luka dalaman, naikkan seri muka, buang angin, elakkan tombong/rahim keluar/rahim jatuh.

2. ASAM JAWA
Untuk buang lemak, bagi kesegaran tubuh badan, membantu buang air besar.

3. MANJAKANI
Pulihkan otot dalaman, dengan kata lain ketatkan kembali ‘aset’ lepas bersalin. Mampu untuk tegangkan balik segala ‘aset-aset’ kewanitaan. Untuk awet muda kurangkan masalah keputihan, cepatkan penyembuhan luka jahitan dan sebagainya.

1. Boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam peti.
2. Boleh juga letak halia (ikut cita rasa)
3. Jangan minum waktu period dan wanita hamil dilarang sama sekali.

sumber : Nabilah Mohd Nawi

BACA JUGA: Bunga Telang Jika Di Rendam Bersama Lemon Mempunyai Khasiat Luar Biasa!

The post Tampil Yakin & Sihat Dengan Amalkan Ni. Dalaman Terjaga Automatik Luaran Pun Sihat! appeared first on Petua Ibu.



from Petua Ibu http://ift.tt/2GlhKjT

Previous
« Prev Post

Related Posts

January 27, 2018

0 comments:

Post a Comment