1. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J41
2. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J29
3. PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29
4. PENOLONG PEGAWAI SENI BINA JA29
5. PENOLONG PENGUAT KUASA KP29
6. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
7. PENOLONG JURUTERA JA29
8. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N19
Tarikh Tutup Permohonan :- 30 Mac 2018
Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah ditubuhkan secara rasminya pada 1hb. Januari 1997. Sebelum dinaiktaraf Perbandaran, MPKj dikenali sebagai Majlis Daerah Hulu Langat yang mana ianya telah beroperasi sejak 1hb. Januari 1986 di bawah Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Kawasan pentadbirannya meliputi Mukim Kajang, Mukim Cheras, Mukim Semenyih , Mukim Beranang & Mukim Hulu Langat.
Rasionalnya, penubuhan MPKj adalah sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang dinamik di mana dapat merancang dan membangunkan kawasan Kajang secara pesat & teratur. Ia berikutan pertambahan penduduk di Mukim Kajang yang semakin pesat dari tahun ke tahun. Selain itu penubuhan MPKj bersesuaian kerana semakin banyak pembukaan kawasan-kawasan perumahan & pembangunan projek mega di sekitar kawasan pentadbiran MPKj.
Majlis Perbandaran Kajang kini mempunyai beberapa rangkaian pejabat-pejabat kecil / pejabat cawangan iaitu di Bandar Tun Hussein Onn Cheras dan Hentian Kajang Jalan Reko. Keluasan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang adalah seluas 78,761 hektar (787.61 km persegi).
from JAWATAN KOSONG KERAJAAN SWASTA TERKINI MALAYSIA 2018 http://ift.tt/2GR8AMB
0 comments:
Post a Comment