Kerja Kosong UPM - Universiti Putra Malaysia (02 April 2018)

Posted by mimisabreena on Sunday, March 25, 2018




Jawatan Kerja Kosong UPM - Universiti Putra Malaysia logo www.findkerja.com april 2018
Applications are invited to qualified Malaysian citizens to fill the following position: -

1. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11

http://www.findkerja.com/2018/03/jawatan-kosong-upm-universiti-putra-malaysia-april-2018.html

Tarikh Tutup Permohonan:- 02 April 2018

Universiti Putra Malaysia mula ditubuhkan sebagai sebuah Sekolah Pertanian pada 21 Mei 1931. Ia dibangunkan di kawasan seluas 22 ekar di Serdang dan menawarkan dua program sahaja pada masa itu; Program Diploma 3 tahun dan Program Persijilan 1 tahun di dalam bidang pertanian. Tanggal 23 Jun 1947, Sekolah Pertanian ini telah dinaiktaraf sebagai Kolej Pertanian Malaya oleh Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union ketika itu.

Penubuhan Universiti Pertanian Malaysia seterusnya tercetus apabila Sekolah Pertanian di Serdang ini bergabung dengan Fakulti Pertanian, Universiti Malaya. Dr. Mohd. Rashdan bin Haji Baba, yang merupakan pengetua Kolej Pertanian Malaya, dilantik sebagai Naib Canselor di bawah Seksyen 18, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Universiti Pertanian Malaysia memulakan sesi akademiknya pada 23 Julai 1973 dengan pengambilan seramai 1,559 pelajar. Pelajar-pelajar tersebut memulakan pengajian di tiga fakulti pengasas dan satu bahagian asasi iaitu Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan, Fakulti Perhutanan, Fakulti Pertanian dan Bahagian Sains Asasi, yang pada masa itu menekankan bidang perhutanan dan veterinar selaras dengan dasar dan keperluan Negara.

Pada tahun 80-an, UPM mengembangkan bidang pengajian ke bidang Sains dan Teknologi (S&T). Pada tahun 3 April 1997, nama Universiti ditukar dari Universiti Pertanian Malaysia ke Universiti Putra Malaysia oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad, untuk menggambarkan status UPM sebagai pusat pengajian tinggi yang merangkumi pelbagai bidang, terutamanya sains dan teknologi maklumat yang menjadi keperluan kepada pembangunan negara di alaf baru ini.

from JAWATAN KOSONG KERAJAAN SWASTA TERKINI MALAYSIA 2018 https://ift.tt/2G78VcU


Previous
« Prev Post

Related Posts

March 25, 2018

0 comments:

Post a Comment