1. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK Q29
Tarikh Tutup Permohonan:- 26 Ogos 2018
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) (Inggeris: Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI)) ialah sebuah badan berkanun yang diamanah untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang makanan dan pertanian dan industri asas tani di Malaysia. Ia ditubuhkan di bawah Akta MARDI (1969). Usaha penyelidikan MARDI selama hampir 40 tahun telah menghasilkan pelbagai varieti dan klon tanaman baru, baka ternakan baru dan kaedah pengurusannya. Teknologi terkini telah juga dihasilkan dalam bidang pemprosesan makanan dan pengendalian lepas tuai bagi produk hortikultur dan ternakan. Teknologi ICT dimanfaatkan dalam pengurusan dan pengendalian ladang seperti teknologi pertanian tepat bagi tanaman padi serta penganggaran hasil tanaman menerusi teknik pengimejan. Teknik-teknik baru juga dimajukan untuk pengurusan alam sekitar dan sumber pertanian terutamanya air, tanah dan sumber genetik dengan lebih cekap.
from JAWATAN KOSONG KERAJAAN SWASTA TERKINI MALAYSIA 2018 https://ift.tt/2P7VKgB
0 comments:
Post a Comment