9 Tip Supaya Rajin Bersenam

Posted by mimisabreena on Saturday, October 24, 2020

Bersenam penting untuk meningkatkan kecergasan badan anda. Terdapat juga individu yang bersenam untuk menurunkan berat badan. Tidak kira apa tujuan anda bersenam, ada masanya anda akan berasa malas untuk bersenam. Bagaimana cara untuk rajin bersenam?

Tip Supaya Rajin Bersenam (Gambar kredit MSN.com)

Pada kali ini akan dikongsikan tujuh tip supaya rajin bersenam seperti berikut:

1. Bersenam di mana sahaja walau tanpa peralatan lengkap

Ramai yang berpendapat bahawa bersenam hanya sesuai di taman atau gym sahaja dan perlu ada peralatan senaman yang lengkap. Sebenarnya senaman boleh dilakukan di mana sahaja walau di rumah. Pelbagai senaman tanpa peralatan boleh dilakukan di rumah seperti aerobik dan zumba. Selain itu, senaman juga boleh dilakukan di atas katil atau di atas sofa dengan menggerakkan anggota badan seperti kaki, tangan, badan dan kepala berulang-ulang. 


2. Cari teman yang juga minat bersenam

Kebiasaannya teman yang minat bersenam pasti akan mengingatkan anda untuk bersenam. Dengan adanya teman, pasti anda akan lebih bersemangat untuk bersenam. Jika anda anak kecil yang suka bermain, boleh mengajak anak untuk bersenam bersama dan pasti mereka suka aktiviti yang seolah-olah sama seperti permainan. 


3. Fokus pada tujuan anda bersenam

Ada individu yang bersenam untuk kecergasan badan dan kesihatan. Ada juga yang bersenam untuk menurunkan berat badan. Fokus kepada matlamat asal anda untuk bersenam, pasti anda akan sentiasa berada di landasan yang betul. 


4. Bersaing untuk capai matlamat

Cari teman yang mempunyai matlamat yang sama. Anda boleh mencabar teman anda dan bersainglah untuk mencapai matlamat berkenaan. Berikan ganjaran atau hadiah kepada yang berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan paling awal. 


5. Pilih sukan kegemaran

Jika anda melakukan sukan kegemaran, kebiasaannya ada akan konsisten melakukannya. Misalnya jika anda minat bermain badminton, fokus pada minat berkenaan dengan mengikuti pasukan badminton di kawasan anda. 


6. Sediakan jadual senaman

Dengan adanya jadual, anda pasti akan  mematuhinya. Apabila tiba harinya, anda terpaksa melawan perasaan malas bersenam.


7. Penggunaan aplikasi teknologi

Kini terdapat pelbagai aplikasi percuma di telefon pintar yang boleh dimuat turun seperti untuk mengira langkah, mengira kalori dibakar dan pelbagai lagi. Anda juga boleh membeli smart band yang boleh memaparkan banyak data lain seperti jumlah kalori dibakar, jumlah langkah, kadar denyutan nadi, tekanan darah, kadar oksigen dalam darah dan lain-lain. 


8. Pelbagaikan jenis senaman

Jika anda jenis yang cepat bosan, bolehlah anda melakukan senaman yang berbeza mengikut hari. Tujuh hari dalam seminggu, mungkin hari pertama, ketiga dan kelima anda senaman berlari. Hari kedua dan keempat anda berzumba. Hari keenam gym dan hari ketujuh rehat. Pasti anda tidak bosan. 


9. Menyertai kumpulan-kumpulan di Facebook, Telegram dan WhatsApp

Anda juga berpeluang untuk bertukar-tukar pendapat dengan ahli  kumpulan. Pelbagai informasi dan nasihat secara percuma juga boleh didapati dari kumpulan ini. 


Oleh itu, tiada alasan untuk anda malas bersenam. Bersenam boleh dilakukan di mana sahaja walaupun tanpa peralatan yang lengkap dan canggih. Semoga kita semua konsisten dan rajin bersenam supaya mencapai matlamat yang ditetapkan. 



from Tip dan Petua https://ift.tt/2J3vkhD

Previous
« Prev Post

Related Posts

October 24, 2020

0 comments:

Post a Comment