Tip Singkirkan Toksin dalam Badan

Posted by mimisabreena on Tuesday, October 20, 2020

Toksin yang tinggi dalan tubuh boleh menyebabkan badan berasa lemah dan lesu.  Antara punca utama toksin di dalam badan termasuklah bahan perisa makanan, sisa bahan pencemar pertanian dalam daging, tanaman, hasil tenusu, kehadiran logam berat dalam makanan laut seperti ikan serta kerang dan air minuman. Badan juga menghasilkan toksin secara semulajadi daripada proses metabolisme makanan. 

Tosin dalam badan
Toksin dalam Badan - Gambar kredit : google.com

Kebiasaannya toksin ini akan disingkirkan keluar secara semulajadi dari badan melalui hati, kulit, paru-paru, buah pinggang dan najis. Namun, kadar toksin yang terlalu tinggi menyebabkan badan sukar untuk menyingkirkan semua toksin keluar dari badan. 

Bagaimanakah menyingkirkan sisa toksin? Berikut dikongsikan beberapa tip untuk menyingkirkan toksin keluar dari badan:

1. Berpuasa

Puasa ada proses detoks toksin dari badan secara semulajadi yang tidak memerlukan kos. 


2. Bersenam

Senaman dapat menyingkirkan toksin melalui peluh. Bersenamlah secara teratur sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan 20 minit setiap sesi. Jangan lupa minum banyak air kosong selepas bersenam. 


3. Banyakkan pengambilan serat

Makan banyak sayur-sayuran, buah-buahan segar untuk proses penghadaman yang baik. Makanan berserat tinggi seperti oat juga baik untuk penghadaman. 


4. Gunakan air yang ditapis

Air paip mengandungi pelbagai bahan pencemar dan logam. Sebaiknya tapis air minuman yang digunakan untuk minum dan memasak.


5. Kurangkan pengambilan kafein, alkohol dan rokok

Hadkan pengambilan kafein seharian anda. Seeloknya berhenti merokok untuk kesihatan yang lebih baik. Rokok mengandungi pelbagai racun berbahay yang boleh memudaratkan kesihatan anda. 


6. Kurangkan bahan pewarna dan perisa

Gunakan bahan semulajadi untuk memasak dengan mengurangkan perisa seperti gula, garam dan MSG. Bahan semulajadi seperti dalam rempah ratus, lemon, bawang, tomato dan lain-lain bagus untuk kesihatan. 


Oleh itu, amalkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan seharian anda. Bersama-sama kita mengekalkan kesihatan yang baik.  


from Tip dan Petua https://ift.tt/37qfk3w

Previous
« Prev Post

Related Posts

October 20, 2020

0 comments:

Post a Comment