Dewab Rakyat 'panas' isu MO1 vs Guan Eng

Posted by mimisabreena on Friday, September 29, 2017

Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mengaitkan indeks persepsi rasuah negara meningkat disebabkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terpalit dengan dakwaan rasuah. Abdul Rahman ketika itu menjawab soalan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming mengenai kos sara hidup dalam negara kita semakin naik dan kedudukan negara dalam World Competitive Index telah merosot dari 12 jatuh ke 24. ;quot;Orang bertanya adakah rasuah di negara kita ini meningkat? Betul. Sebab Ketua Menteri Pulau Pinang telah dituduh di mahkamah. ;quot;Kalau boleh nak membantu saya kerajaan menurunkan index ini, tolong minta Yang Berhormat (Bagan) letak jawatan,;quot; kata Abdul Rahman. Kata-kata menteri itu menyebabkan Nga bangun mendakwa Abdul Rahman lari daripada tajuk. ;quot;Macam mana dengan MO1? MO1 macam mana? Lari dari tajuk,;quot; kata Nga. Pertelagahan itu mengundang Ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul bangun mencelah sambil menggelar Nga sebagai ;#039;bodoh;#039;. ;quot;Bodoh bodoh. MO1 mana ada dituduh. Lim Guan Eng dituduh,;quot; katanya. Bagaimanapun, Nga menggesa Othman menarik balik perkataan tersebut yang ditujukan kepadanya. Timbalan Speaker, Datuk Seri Ismail Mohamed Said menegur kedua-dua mereka dan memberi laluan kepada menteri untuk meneruskan ucapan. Abdul Rahman berkata beliau menjawab secara berfakta setelah ditanya soalan mengenai persepsi rasuah daripada Nga. ;quot;Saya menjawab secara berfakta. Ditanya soalan tentang persepsi bahawa korupsi di negara ini bertambah teruk. Ini jawapan daripada Yang Berhormat. ;quot;Dan saya bagi fakta. Satu, Setiausaha Agung parti (DAP) didakwa. Itu fakta. Didakwa bahawa korupsi,;quot; kata Abdul Rahman. Kemudian, Nga bangun mencelah sambil mendakwa Abdul Rahman cuba memutar belit soalan. ;quot;Adakah anggota kabinet nak isytiharkan harta. Lari dari tajuk dan tak jawab. Itu masalah dia, putar belit,;quot; katanya. Abdul Rahman berkata kesemua menteri Kabinet mengisytiharkan harta mereka kepada Perdana Menteri, dan menganggap usaha yang dilakukan Selangor dan Pulau Pinang tidak membawa sebarang makna. ;quot;Bila kajian mengatakan begini, orang yang bercakap dengan betul Ketua Menteri Pulau Pinang didakwa dalam satu kes rasuah, jadi persepsi rakyat memberikan bahawa negatif. Maka itu index korupsi kita makin turun. Dari segi aset, kita dah banyak kali declare bahawa declaration aset yang dibuat Pulau Pinang, Selangor walaupun dengarnya cantik tetapi sebenarnya tidak bermakna daripada pandangan saya. Kita membuat deklarasi kepada PM dan membuat keputusan deklarasi menteri-menteri contohnya diberi akses kepada SPRM. ;quot;Kalau seorang pemimpin di Pulau Pinang rasuah, dia boleh letak aset di bawah isteri, anak dan kroni. Pada pandangan saya, jangan ambil kesempatan hanya deklarasi kepada awam bermakna sesuatu negeri itu lebih baik dari segi korupsi. ;quot;Kita ada sistem dan sistem itu baik, dan kita minta SPRM melihat semua deklarasi aset menteri-menteri, Kalau dia nampak ada perubahan nyata dari segi penambahan aset, mereka boleh masuk tanpa bertanya kepada PM,;quot; katanya.

Added by: mamat
Tags:
Date: 2017-09-29




Sumber : PLEASE SHARE VIDEO http://ift.tt/2ycIwKb

Previous
« Prev Post

Related Posts

September 29, 2017

0 comments:

Post a Comment