"Polis patut tangkap penjenayah, bukan siasat Husni mengenai 1MDB," kata Guan Eng

Posted by mimisabreena on Friday, September 29, 2017

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee enggan membuat ketetapan untuk menghentikan polis daripada menyoal siasat bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Husni Hanadzlah, yang juga ahli Parlimen BN-Tambun kerana didakwa melanggar sumpah kerahsiaan ketika menjadi menteri. Ahli Parlimen DAP-Bagan, Lim Guan Eng mendakwa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ;#039;melanggar keluhuran Parlimen;#039; kerana ahli parlimen mempunyai imuniti di dalam Dewan. Keadaan menjadi kecoh apabila ahli Parlimen Amanah-Shah Alam, Khalid Samad dan ahli Parlimen BN-Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bangun mencelah. Husni dijadualkan disoal siasat oleh polis di Bukit Aman petang ini atas ucapan perbahasan bajet minggu lalu. Husni mempersoalkan tujuan kewujudan 1MDB dan berkata kesan daripada skandal 1MDB itu boleh menghantui Malaysia.

Added by: mamat
Tags:
Date: 2017-09-29




Sumber : PLEASE SHARE VIDEO http://ift.tt/2fweohT

Previous
« Prev Post

Related Posts

September 29, 2017

0 comments:

Post a Comment