Pernah berhasrat untuk melakukan diet Atkins, tetapi itu tak boleh, ini tak boleh nak sentuh buat admin rasa malas nak komitmen dengan diet Atkins, pernah juga lihat beberapa siri kejayaan orang ramai yang berdiet tinggi protein ini.
Tetapi adakah benar ia membawa kesan buruk di kemudian hari? Ramai di kalangan kita yang berhasrat ingin menurunkan badan dalam masa yang cepat. Oleh itu, mereka akan berusaha untuk melakukan apa sahaja asalkan berjaya mendapat berat dan bentuk badan yang diidamkan sehinggakan ada yang berdiet ketat dan hampir mempertaruhkan nyawa sendiri.
Masa kini wujudnya pelbagai jenis atau cara berdiet dan tercetusnya juga ‘Diet Rendah Karbohidrat Tinggi Protein’. Namun begitu, diet ini ternyata dianggap sebagai diet ‘bahaya’ sehingga mampu memudaratkan kesihatan seseorang jika keterlaluan atau tidak dikawal dengan baik. Kesan sampingan yang timbul seolah-olah suatu ancaman kepada pengamal diet Atkins khususnya. Mengapa hal ini boleh terjadi?
Apa Itu Diet Rendah Karbohidrat?
Berbalik kepada topik berdiet Rendah Karbohidrat Tinggi Protein. Mungkin jarang atau ada di kita yang tidak tahu mengenai cara diet ini. Diet ini akan membuatkan seseorang mengurangkan atau langsung tidak mengambil makanan dari sumber karbohidrat tetapi lebih mengambil makanan dari sumber-sumber protein. Contoh terdekat adalah Diet Atkins.
Diet Atkins merupakan salah satu contoh diet rendah karbohidrat yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 1970 oleh Dr. Robert Coleman Atkins, iaitu seorang ahli nutrisi dari Amerika Syarikat. Walaupun telah lama diperkenalkan sejak tahun 1970, namun diet ini mulai popular sekitar tahun 2000-an. Menurut ahli nutrisi dari Klinik Nutrifit Jakarta, Dr. Samuel Oetoro, M.S., Sp.GK, diet rendah karbohidrat merupakan diet yang membatasi sumber karbohidrat. Mereka yang berdiet cara ini biasanya tidak mengambil nasi, kentang, dan apa sahaja sumber makanan berasaskan karbohidrat.
Karbohidrat sebenarnya sangat penting untuk tubuh kerana ia akan membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Dengan mengambil karbohidrat, ia dapat membantu kemampuan otak untuk berfikir dengan lebih stabil dan rasional. Sebab itulah pentingnya pengambilan karbohidrat kepada pelajar dan pekerja kerana ia berkait rapat dengan kemampuan otak seseorang itu untuk berfikir dengan baik.
Namun begitu, apa yang merungsingkan ialah sekiranya sumber karbohidrat itu diambil secara berlebihan. Sekiranya karbohidrat diambil berlebihan dan tidak dibakar melalui aktiviti olahraga atau kecergasan lain, maka ia akan disimpan oleh tubuh sebagai lemak.
Apa Itu Diet Tinggi Protein?
Diet tinggi protein diakui efektif dan berkesan dalam menurunkan berat badan dengan cepat dan hasilnya memang memuaskan, namun begitu seperti diet rendah karbohidrat, diet ini juga memberi ancaman kepada kesihatan tubuh. Diet jenis ini merupakan antara diet yang paling banyak dipilih oleh para wanita dan juga lelaki dalam proses menurunkan berat badan di samping membentuk otot-otot badan.
Menurut apa yang dikemukakan oleh banyak pakar kesihatan, pengambilan protein yang dianjurkan adalah antara 0.8 hingga1 gram per kilogram berat badan setiap hari. Bermakna jika anda memiliki berat badan 50 kg, maka ambilan protein yang boleh diambil adalh sebanyak 5 gram sehari.
Kesan Sampingan Diet Atkins (Jika Berdiet Ketat)
Mungkin ada yang celaru sama ada ingin meneruskan diet sebegini atau menghentikannya. Sebaik-baiknya amalkanlah pengambilan diet yang seimbang yang cukup semua nutrisi. Apa yang penting kawal pengambilannya dan berdiet usahlah terlalu ketat semata-mata ingin kurus dengan cepat. Kesannya nanti pasti membuatkan diri sendiri merana dan menyesal. Baiklah, apa yang akan terjadi sekiranya diet ini dilakukan secara berlebih-lebihan?
BACA JUGA: Selain Makan, Ada 6 Sebab Lain Berat Badan Tak Turun
1. Komplikasi kesihatan
Kesan sampingan buruk dari diet cara ini memang dapat menurunkan berat badan namun begitu ia terkait dengan komplikasi kesihatan lainnya seperti ketosis, penyakit jantung dan kanser di samping penyebab kepada meningkatnya kadar kolesterol yang tinggi.
2. Lebihan lemak berkumpul dalam tubuh
Karbohidrat terdiri dari tiga elemen, iaitu karbon dioksida, hidrogen, dan oksigen. Mereka yang mengamalkan diet karbohidrat mendapat tenaga dari sumber makanan yang tinggi protein dan lemak. Jika ini berlarutan, maka kesannya kadar protein dan lemak akan meningkat dalam tubuh. Pengamal diet seperti ini akan merasakan kenyang lebih lama kerana pengambilan lemak yang berlebihan disimpan di dalam tubuh.
3. Berat badan sukar untuk diturunkan kembali
Diet ini memberikan hasil yang menakjubkan kerana pada enam bulan pertama berat badan akan turun dengan drastik. Namun setelah enam bulan berikutnya, berat badan hanya akan turun sedikit bahkan cenderung susah untuk diturunkan kembali. Kebarangkalian ia tidak akan berkesan ke atas tubuh, sebaliknya membuatkan seseorang itu lebih bertambah gemuk dari berat yang asal. Walaupun begitu, berbanding jika seseorang itu berdiet dengan gizi yang seimbang, penurunan berat badannya mampu turun dengan perlahan dan mengambil sedikit masa yang agak lama tetapi masih kekal dan penurunan yang berlanjutan. Hal ini kerana pengambilan gizi makanannya yang seimbang dan terjaga.
4. Dehidrasi
Selain penurunan berat badan yang drastik, diet ini juga mampu menyebabkan dehidrasi. Ini kerana air juga turut dikeluarkan. Biasanya target utama dalam diet adalah penurunan lemak, namun pada diet karbohidrat, air cenderung dikeluarkan. Akibatnya jika terlalu banyak cairan tubuh yang keluar, maka seseorang itu mengkin akan mengalami dehidrasi.
5. Gangguan ginjal
Diet seperti ini boleh menyebabkan gangguan pada fungsi ginjal. Seseorang yang melakukan diet ini untuk waktu lama mempunyai risiko mendapatkan masalah ginjal, batu ginjal, dan jika keadaan semakin parah seseorang itu akan mengalami kegagalan fungsi ginjal. Diet ini juga akan menyebabkan si pengamalnya minum air dengan banyak air kerana mengharapkan agar proses penyahtoksik dapat berjalan dengan lancar. Tindakan mengambil air secara berlebihan juga sebenarnya turut memberikan kesan buruk kerana ia akan memaksa dan membebani ginjal untuk bekerja dengan lebih keras.
6. Osteoporosis
Apabila sumber protein diambil dengan banyak, maka secara tidak langsung ia akan meningkatkan tindak balas asid amino dalam tubuh. Oleh itu, seiring dengan waktu, jika pengambilan gizi dan diet makanan tidak diambil secara seimbang dan teratur, maka lama-kelamaan jumlah kalsium di dalam gigi dan tulang juga akan semakin berkurangan sehingga menyebabkan kedua-duanya jadi lemah dan reput. Jadi, dengan menambahkan khasiat kalsium ia dapat membantu mengurangkan kesan sampingan terhadap diet tinggi protein sehingga jangka masa yang tertentu.
BACA JUGA: Kimchi Elok Untuk Turun Berat Badan & Awet Muda
7. Gangguan pencernaan
Pengambilan tinggi protein akan membuatkan seseorang itu menjadi lebih kenyang dalam waktu yang lama. Maka, secara tidak langsung ia akan mengurangkan nafsu makan. Makanan dengan protein tinggi biasanya tidak mengandungi serat yang tinggi. Oleh itu, pengambilan makanan yang rendah serat dapat menyebabkan masalah kesihatan yang berkaitan dengan sistem pencernaan terutamanya sembelit.
8. Alahan
Akibat sampingan lain dari diet ini ialah tekanan darah tinggi (hipertensi) dan memberi kesan ke atas sistem kekebalan tubuh seperti alergi (alahan) mungkin disebabkan oleh pengambilan protein yang berlebihan, keracunan dan penggunaan bahan kimia dalam bahan makanan tertentu.
Sedarkah kita bahawa tidak semua diet itu sesuai dengan tubuh badan masing-masing. Mungkin ada yang berdiet ketat tetapi berat langsung tidak berkurangan, malahan bertambah gemuk. Tidak kurang juga yang berdiet dan kembali langsing dan kurus. Malangnya kesihatan dalaman dan sistem pencernaan sering terganggu. Jadi, sebelum memilih diet yang sesuai untuk diikuti, pastikan anda dapatkan pandangan dari pakar diet dan pemakanan terlebih dahulu supaya anda dapat kurus dan sihat dalam masa yang sama.
The post Benarkah Diet Atkins Mengancam Nyawa? appeared first on Petua Ibu.
from Petua Ibu http://ift.tt/2xBJ4ZA
0 comments:
Post a Comment