Penulisan artikel ini adalah berdasarkan kepada pengalaman peribadi saya sendiri. Setelah membuat tinjauan beberapa pakej perkahwinan all in one pada bulan Jun 2017, saya memutuskan untuk memilih Seri Mempelai Wedding & Catering sebagai Wedding Planner majlis perkahwinan saya.
Outdoor Photoshoot |
Pakej yang ditawarkan berpatutan dan sesuai dengan bajet saya. Saya hanya perlu menguruskan pendaftaran perkahwinan, tempat majlis, menempah kad jemputan kahwin dan menyediakan door gift untuk tetamu sahaja. Majlis pernikahan dan persandingan saya telah diadakan pada 28 Oktober 2017 di Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.
Sememangnya saya mencari pakej perkahwinan all in one kerana ingin memudahkan urusan saya memandangkan saya sibuk bekerja dan ibu saya juga sudah tua serta tidak mampu menguruskan majlis saya.
Sewaktu saya membuat tinjauan di Seri Mempelai Wedding & Catering, terdapat 3 pakej perkahwinan all in one yang ditawarkan iaitu Mempelai A, Mempelai B dan Mempelai Ekslusif. Saya telah memilih pakej Mempelai B untuk 500-600 pax bernilai RM11,800.00 yang merangkumi majlis nikah dan sanding.
Saya akan review satu-persatu mengenai item dalam pakej Mempelai B ini.
Saya akan review satu-persatu mengenai item dalam pakej Mempelai B ini.
Katering
Menu Utama : Nasi Minyak (90%), Nasi Putih (10%), ayam Masak Merah, daging dendeng moist dan pajeri nenas; Menu sampingan : Acar jelatah, ulam-ulaman, sambal belacan, papadom; Dessert & Minuman : Buah oren (30%), air kordial, teh tarik (300 pax), air minuman 1.5 liter setiap meja (tiada refill); Hidangan pengantin : 2 set ayam golek, 2 set ikan siakap, 2 set udang berhias, set buah-buahan, menu makan tetamu VIP sama seperti tetamu
Review : Secara keseluruhannya, rasa makanan yang disajikan enak. Kuantiti makanan mencukupi untuk semua tetamu yang dijemput. Pramusaji beruniform cekap menjalankan tugas mereka.
Kelengkapan Kanopi
4 set kanopi Arabian berscallop (1 pengantin, 1 buffet, 2 tetamu); 10 set meja, 100 set kerusi sarung riben (alas meja, table top ikut tema, hiasan bunga setiap meja); 1 set underlayer dan backdrop; 1 set meja pengantin; 2 set meja buffet stall style; 1 set meja pengantin (10 pax), kerusi khas pengantin, 2 set meja VIP dengan kerusi bersarung riben
Review : Susunan kanopi, meja dan kerusi untuk tetamu, pengantin dan VIP memuaskan. Terdapat juga pilihan kelengkapan untuk dewan bagi pengantin yang melangsungkan majlis perkahwinan di dewan. Saya juga diberi pilihan untuk memilih padanan warna tema yang sesuai untuk set kanopi, sarung kerusi, alas meja dan bunga.
Busana & Make-up
Sepasang baju sanding (Lelaki dan Perempuan) dengan aksesori lengkap; Make-up 2 kali
Review : Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan busana dan make-up walaupun ada review negatif mengenai busana. Pada pandangan saya, jika anda ingin baju baharu bolehlah memilih pakej Mempelai Ekslusif di mana anda boleh menempah busana mengikut design yang kehendaki. Pakej Mempelai Ekslusif ini harganya lebih tinggi berbanding pekej yang saya ambil. Make-up 2 kali saya manfaatkan untuk majlis nikah dan sanding.
Pelamin
1 panel dengan 2 set backdrop kiri dan kanan; Set renjis
Review : Rekabentuk pelamin yang memuaskan hati. Saya memang memilih pelamin yang bertema klasik. Warna tema untuk pelamin, backdrop dan hiasan bunga dibuat mengikut citarasa saya.
Fotografi (Majlis nikah dan sanding)
Penggambaran tanpa had; Album Story Board 12X16; Stok Foto dalam DVD
Review : Gambar tanpa had untuk majlis nikah dan sanding. Bagi outdoor, saya hanya perlu menambah sebanyak RM200.00. Kualiti gambar cantik dan jurukamera profesional banyak membantu saya dan suami untuk mendapatkan gambar yang cantik dan berkualiti. Gambar siap dalam masa 2 bulan selepas majlis.
Sistem PA dan DJ
Review : Puashati dengan sistem PA. DJ peramah dan lagu-lagu yang dipasang bersesuaian dengan majlis saya yang diadakan berdekatan masjid. Majlis berjalan lancar bermula dari ketibaan tetamu, bersanding dan sehingga majlis tamat.
Percuma
Kanopi sambut tetamu 12X12; Meja goodies; Kek 2 tingkat dengan meja kek hiasan bunga; Bantal nikah; Pintu gerbang
Review : Puashati dengan item percuma ini.
Sebelum memilih Seri Mempelai Wedding & Catering, saya ada membaca review di beberapa blog mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Wedding Planner ini. Ada maklumbalas positif dan ada juga negatif. Antara maklumbalas negatif mengenai Seri Mempelai Wedding & Catering yang saya baca adalah seperti berikut:
- Busana pengantin design lama
- Perunding perkahwinan di pejabat Seri Mempelai Wedding & Catering tidak mesra/ sombong
- Terdapat hidden charge yang tidak dimaklumkan kepada pelanggan
Saya ingin menjawab komen negatif mengenai Perunding perkahwinan di pejabat Seri Mempelai Wedding & Catering. Ketika berurusan dengan Seri Mempelai Wedding & Catering, perunding perkahwinan yang melayan saya ramah dan mudah berbincang terutamanya di dalam pemilihan warna dan tema majlis serta pemilihan busana yang bersesuaian.
Sepanjang saya berurusan dengan Seri Mempelai Wedding & Catering juga, semua hidden charge ada dimaklumkan secara jelas seperti tambahan RM200.00 untuk penggambaran outdoor, RM200.00 jika majlis dibuat di tingkat tinggi dan RM200.00 jika pinggan tidak dapat dibasuh di tempat majlis.
Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh Seri Mempelai Wedding & Catering di dalam menjayakan majlis pernikahan dan persandingan saya. Ramai tetamu yang datang ke majlis perkahwinan saya memuji keenakan rasa makanan yang disajikan. Kualiti pelamin, busana, make-up dan DJ serta PA System, masakan hidangan pengantin dan kek pengantin juga sesuai dengan harga yang dibayar.
from Tip dan Petua https://ift.tt/2yCowSv
Sy pun ada baca bad review.tp overall ok kan
ReplyDelete