“Yang rajin masak, bontot periuk atau kuali mesti cepat hitam berkerak!Nak menyental memang boleh tahan seksanya! ”
Kadang-kadang kita terlalu khusyuk memasak sampai habis hitam kuali dan periuk akibat jelaga atau kerak hangus. Di sini kami berbesar hati kerana Puan Kalaivani Vj sudi berkongsi tips beliau yang sangat mudah, efisyen dan jimat.
Menurut beliau, cara ini sesuai untuk perkakas dapur jenis keluli, perak, besi, tembaga dan sebagainya. Bagi kawan-kawan berbangsa India, boleh juga menggunakan cara ini untuk mengilatkan set pemujaan (pooja) masing-masing. Tentu anda akan berpuas hati dengan keputusannya.
CARA MENGILATKAN PERIUK & PERKAKAS DAPUR DENGAN ASAM KEPING
Berikut adalah cara mengilatkan periuk atau perkakas dapur menggunakan asam keping, langkah demi langkah.
1. DIDIHKAN ASAM KEPING
Mula-mula, sediakan periuk yang besar dan boleh memuatkan perkakas yang boleh anda celupkan ke dalamnya nanti. Kemudian, masukkan asam keping sekitar 6-7 keping dan panaskan hingga mendidih.
Menurut Puan Kalaivani, boleh juga menggunakan asam jawa sekiranya tiada asam keping. Tapi, kesannya tidak sehebat asam keping.
2. AMBIL PERKAKAS YANG INGIN DIKILATKAN
Inilah contoh perkakas yang ingin dikilatkan. Ambil perkakas tersebut dan celupkannya ke dalam periuk besar tadi.
3. RENDAMKAN
Rendamkan periuk atau bahan yang ingin dikilatkan tadi selama lebih kurang 2 minit. Kalau rajin, terbalikkan supaya semua permukaan dapat terendam dengan sempurna.
BACA JUGA: 10 Cara Menghilangkan Kesan Hangus Dalam Periuk
4. SENTAL
Setelah dikeluarkan dari air asam keping yang mendidih tadi, sentalkan menggunakan sabun. Puan Kalaivani mengesyorkan supaya ia disental dengan Sabun Cap Buruh atau Axion.
5. BILAS SEPERTI BIASA
Akhir sekali, bilaskan dan keringkan seperti biasa. Nampak hasilnya seperti dalam gambar ini, berkilat bukan? Kalau nak lebih berkilat, Puan Kalaivani syorkan supaya dijemur di bawah matahari. Lebih ‘shining’ katanya.
BACA JUGA: Cara Mop Lantai Rumah Lebih Pantas Dan Bersih
MEMANG BERKESAN!
Ramai yang telah mencuba petua dan cara mengilatkan perkakas dapur ini. Antaranya Cik Nor yang telah menggunakannya untuk mengilatkan periuk ini. Sangat ketara hasilnya. Dah macam baru beli!
Selamat mencuba!
The post Cara Mudah Kilatkan Periuk & Perkakas Dapur appeared first on Petua Ibu.
from Petua Ibu http://ift.tt/2xC8Mxe
0 comments:
Post a Comment