Tun M: 'Dedak' dalam hidung...mampus

Posted by mimisabreena on Saturday, September 30, 2017

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat mengenai ;#039;jenis-jenis;#039; kepimpinan Umno sekarang dan mahu rakyat menolak mereka dalam pilihan raya umum yang akan datang. Ini kerana mereka masih mempercayai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara membuta tuli, katanya merujuk kepada perbualannya dengan seorang menteri. ;quot;Saya jumpa dengan seorang menteri. Saya tak nak sebut nama dia. Saya tanya ;#039;eh Shahidan... ah, tersilap-silap, saya bukan nak sebut nama dia...,;quot; kata Mahathir dalam satu ceramah di Pulai, Johor malam tadi. Ia juga sempena pelancaran Pakatan Harapan Johor. Menurut Mahathir beliau bertanya kepada menteri itu mengapa dia masih ikut (Najib) sebagai pemimpinnya. Mahathir merujuk kepada Tan Sri Shahidan Kassim, bekas menteri besar Perlis dan kini menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri. ;quot;Jawab Shahidan ;#039;dak, dia tak ambik apa pun;#039;. Katanya Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali kata dia tak ambik (wang). Jadi dia percaya kepada Apandi ;quot;jadi, kalau ada pemimpin boleh percaya seseorang yang dilantik khusus untuk menyelamatkan Datuk Seri Najib, kita tahulah jenis-jenis kepimpinan Umno yang ada sekarang. Semuanya tutup mata, tutup telinga, tutup mulut,;quot; kata Mahathir. Kata Mahathir pemimpin berkenaan yang menjadi menteri dan timbalan menteri, semuanya disumbat dengan dedak ke dalam mulut, telinga dan mata. Tidak lama lagi, dakwanya, Najib akan menyumbat ;#039;dedak;#039; ke dalam hidung mereka. ;quot;Apabila dedak masuk hidung apa jadi? mampus. itulah yang akan berlaku kepada mereka.

Added by: mamat
Tags:
Date: 2017-09-30




Sumber : PLEASE SHARE VIDEO http://ift.tt/2fzIZLf

Previous
« Prev Post

Related Posts

September 30, 2017

0 comments:

Post a Comment