10 Kegunaan WD-40 Mampu Menyelamatkan Poket Anda

Posted by mimisabreena on Monday, October 2, 2017

Tahukah anda bahawa produk pertama yang menggunakan WD-40 adalah peluru berpandu? WD-40 adalah antara produk pelincir terkenal dunia.

Bagi mereka yang bergiat dalam dunia otomotif, produk berbekas biru dengan label kuning nie memang tidak asing lagi.

1. Hilangkan lakaran puitis si cilik anda pada dinding

Perkara ini kerap berlaku pada ibu bapa terutamanya bagi yang mempunyai anak yang sedang aktif dan suka meneroka dunia. Terlebih kreatif, dinding pun jadi ruang mereka menunjukkan bakat. NAH.. berwarna warni. ada yang ambil keputusan untuk cat balik dan ada pula beli cat yang boleh dilap. MAHAL TU! Paling mudah, anda semburkan sahaja WD-40 nie pada lakaran si cilik anda dan lap sahaja. DAH HILANG!

BACA JUGA: Hanya Letak Daun Kering, Dalam Masa 2 Minggu Pokok Limau Mula Keluarkan Putik!

2. Kilatkan krom

Macam-macam petua dan tip digunakan untuk mengilatkan permukaan krom. Ada yang guna ubat gigi, cuka dan sebagainya. Namun, hasilnya tak sehebat mengunakan WD-40. Semburkan dan gosok perlahan dengan kain lebut je. Tak perlu sental beria-ia. Tak percaya, Cubalah.

3. Membersihkan pelekat/sticker

Ada kalanya price tag pada perabut menggunakan pelekat yang sukar utuk ditanggalkan sepenuhnya. Atau anda buat hack pada perabut dengan menggunakan pelekat. Lepas tu nak ubah angin, nak deko balek meja tu. Tapi sticker yang anda gunakan sukar untuk dibersihkan. Ha.. Apa lagi. Ambil botol ajib berwarna biru nie, semburkan dan gosok sahaja. Dah tertanggal.

Menariknya, produk ini sesuai untuk semua jenis permukaan termasuklah kulit, plastik, besi, kayu dan getah tanpa merosakan cat. Namun begitu, polycarbonate dan clear polystyrene plastictak boleh tau

4. Hilangkan bunyi kipas yang bising

Biase kipas dah lama-lama tue sering hadapi masalah ini. Ramai yang ingat.. kipas rosak dan gantikan dengan yang baru. Sebanarnya ada bahgaian di dalam kipas tue yang berkarat menyebabkan pergeselan berlaku dan berbunyi bising. Ambil jer WD-40 ni, sambungkan muncung halus macam straw tu dan semburkan pada bahagian enjin di atas kipas tue, SELESAI!.

5.Hilangkan karat pada engsel pintu

Engsel pintu bila dah berkarat mesti bunyinya bising macam kipas tue. Bagi kakak-kak atau abang-abang yang suker buat kejutan pada pasangan tue.. perkara ini akan membantutkan program. Oleh itu, spraykan sahaja pelincir power ini pada bahagian engsel.

6. Kilatkan dinding jubin bilik air dan mangkuk tandas

Dinding jubin bilik air dan mangkuk tandas lama kelamaan akan kusam sebab ada tindak balas kimia dari air dan sabun yang digunakan. Nak bagi nampak baru, semburkan sahaja WD-40 pada permukaan jubin dan dibiaarkan beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih. HEBATKAN

7. Kilatkan permukaan perabot

WD-40 boleh kilatkan sofa kulit anda yang telah kusam. Sembur sedikit sahaja pada permukaan kain yang bersih dan gosokkan pada permukaan sofa anda.

8. Kilatkan cermin

Ada petua cakap, nak bersihkan cermin guna kertas, tak boleh guna kain. Tapi dah tray buat masih kusam. Oleh itu gunakan WD-40. Sembur pada permukaan cermin dan gosokkan. dah kilat.

9. Elak Peralatan berkebun dan menukang berkarat

Barang berkebun dan menukang bila dah sampai masa akan berkarat. beli lah mahal mana pun, keadaan nie tetap jadi tau. Nak atas masalah ini berlaku, selepas gunakan peralatan dan perkakas tersebut, bersihkan dan keringkan. Sebelum disimpan, sembur dengan pelincir ajaib ni.

BACA JUGA: 7 Produk Pada Asalnya Dicipta Untuk Tujuan Lain

10. Tanggalkan kotoran degil pada permukaan table top

Benda ni paling kita tak suka. Ada kesan kicap, kopi atau ape-ape sahaja kotoran degil yang tersisa atas table top kat dapur. Buat sakit mata. Penyelesaian mudah, sembur WD-40 pada kesan kotor tersebut dan biarkan seketika. Selepas itu, gosok dan lap lagi sekali dengan kain yang bersih. TADAAAAAAA.. kotoran degil tiada lagi

 

The post 10 Kegunaan WD-40 Mampu Menyelamatkan Poket Anda appeared first on Petua Ibu.



from Petua Ibu http://ift.tt/2x9Ihuq

Previous
« Prev Post

Related Posts

October 02, 2017

0 comments:

Post a Comment