Paling lemah apabila sampai satu tahap, kita perlu berterus-terang menyatakan apa yang terbuku di hati dengan niat menegur salah seseorang.
Ya, ini adalah perkara yang paling sukar untuk dilakukan semua orang lebuh-lebih lagi terhadap individu yang paling rapat dan disayangi. Bukan apa, cuma takut kalau-kalau teguran kita itu tidak boleh diterimanya atau membuatkannya berkecil hati.
Menurut perkongsian Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, ini cara mudah untuk memberi teguran tanpa ‘menyakiti’.
#1 Betulkan Niat
Musahabah diri terlebih dahulu untuk mengelak teguran kita itu daripada menyakiti atau mengaibkan mana-mana pihak.
Fikir balik apa niat sebenar anda untuk menegurnya. Untuk menyedarkannya dan mendorong dia untuk jadi manusia yang lebih baik atau sengaja mencari kesalahannya?
#2 Lafaz Doa Sebelum Menegur
Doa ini pernah dibacakan oleh Nabi Musa untuk menlembutkan hati Firaun:-
“Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku”. (surah Taha:25-28)
#3 Selitkan Pujian
Teguran kita mungkin akan membuatnya kecil hati kerana tak semua orang memiliki kesabaran dan keterbukaan untuk menerima kritikan dengan sepenuh hati betul tak? Oleh itu, selitkan dengan pujian agar teguran kita itu seimbang bunyinya.
BACA JUGA: 5 Cara Mengajar Anak Supaya Berkongsi, Tidak Kedekut
Contoh: Siti, aku tengok kau ni baik… rajin orangnya. Kau tak pernah sakitkan hati orang. Tapi kalau kau berubah sedikit demi (bla bla bla) mesti kau akan jadi insan yang lebih sempurna.
#4 Fokus Kepada Perkara Yang Ditegur
Bila nak tegur kalau boleh, terus terang sahajalah. Jangan berdolak-dalik sehingga maksud yang cuba disampaikan itu lari dari tujuan yang sepatutnya. Elak mengunkit hal-hal kesalahannya sebagai contoh:-
Kalau hari ni isteri buat air tak sedap, tak perlulah tegur dengan berkata, “Sejak kita kahwin, awak tak pernah buat air sedap”.
Hmm, berbelas tahun kahwin, baru hari ni cakap selama ni tak sedap? Dah berliter-liter air yang diminum, baru nak ungkit tak sedap? Kecil hati yang mendengar… Oleh itu, straight to the point, tegur dengan lembut dengan niat untuk menasihati dan fokus pada perkara yang hendak ditegur sahaja okay!
#5 Kawal Emosi & Ton Suara
Sesiapa pun, terutamanya wanita, pasti tak suka apabila ditegur dengan nada yang tinggi. Pasti akan timbul rejection dalam hati apabila ditegur dalam nada yang tinggi, kecuali bagi mereka yang benar-benar sabar. Dan jangan menjadikan diri sendiri sebagai indicator untuk orang lain terima teguran kita.
BACA JUGA: Elak 7 Perkara Ini Yang Boleh Meruntuhkan Rumahtangga
Contoh: “Aku tak kesah pun kalau ditegur dengan nada tinggi. Takkan tak boleh tegur dengan nada tinggi kot?” Sedangkan rambut kita pun warna lain-lain, inikan pula hati. Mungkin yang boleh terima tu hanya kita, penerimaan orang lain belum tentu sama dengan kita. Jadi, haruslah gunakan pendekatan yang terbaik dan berlemah lembut.
#6 Doa Yang Terbaik Untuk Orang Yang Berkenaan
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., bahwasannya Rasulullah SAW bersabda,
“Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’” (Shahih Muslim no. 2733)
Berdoalah untuk kebaikan sahabat kita tanpa pengetahuannya. Kalau kita ikhlas untuk mendapatkan yang terbaik untuknya, pasti dikabulkan Allah SWT.
Tapi harus diingat, teguran haruslah disampaikan dengan cara yang baik dan berhikmah. Supaya mudah diterima dan juga tidak membawa fitnah kepada agama. Semoga Allah menyelamatkan saya dan rakan-rakan daripada menjadi fitnah kepada Islam.
Selamat beramal!
The post Cara Tegur Orang Tanpa Mengecilkan Hatinya, Ini Tip Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah appeared first on Petua Ibu.
from Petua Ibu http://ift.tt/2A16LsD
0 comments:
Post a Comment