Kecutkan Rahim Macam Cara Dulu-dulu, Guna Nanas Batu

Posted by mimisabreena on Sunday, October 1, 2017

Pernahkah anda mendengar tentang nanas batu? Sebenarnya nanas batu ni tidak sama seperti nanas yang biasa anda jumpa di kedai atau yang anda tanam sendiri di rumah tu. Lainnya, nanas batu ini kebiasaannya bersaiz kecil dan mempunyai tangkai yang panjang.

Nanas batu ini asalnya dari Mesir, tetapi jangan anda terkejut sebab ianya ada ditanam di Malaysia. Ramai yang tertanya-tanya apakah kelebihan dan khasiat nanas batu berbanding nanas yang biasa?

Nanas Batu ini amat baik untuk mengatasi masalah kelesuan,penurunan daya seksual, menjadikan pengaliran darah seimbang, memulihkan tenaga dan memulihkan segala urat yg rosak lepas bersalin, awet muda, masalah senggugut, keputihan, buasir, buang air berdarah.

Bukan untuk perempuan sahaja, lelaki pun boleh. Nanas Batu ni boleh guna berulang2 kali bertahun-tahun kalau tak kerap guna. Kalau kerap guna pun rasa lebih dari setahun. Selagi kelopak dia mengembang bila dijemur selagi tu la nanas batu ni tetap boleh digunakan.

nanas batu, manfaat nanas batu, khasiat nanas batu, petua nanas batu, resepi nanas batu, beli nanas batu, jual nanas batu

Ia turut dikenali sebagai Bunga Kembang Setahun. Kini, semakin ramai yang menjualnya secara online, jadi tiada masalah untuk mendapatkannya.

BACA JUGA: Minum Jus Nanas Madu Boleh Rawat Kencing Tak Lawas

Antara khasiat nanas batu, ialah:

  1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu awet muda.
  2. Kalau rajin amal, tak perlu lagi jamu atau majun. Di dalamnya sudah terkandung berbagai-bagai khasiat untuk wanita.
  3. Bagi ibu yang baru bersalin, untuk mengecutkan rahim, perlu ambil seminggu sekali sahaja.
  4. Boleh jadikan ubat untuk menjarangkan anak – minum selama tempoh hendak menjarangkan anak.
  5. Melawaskan kencing dan mengelakkan sakit batu karang serta buah pinggang.
  6. Membantu melancarkan pembuangan angin.
  7. Membantu ibu-ibu yang bakal menopause.
  8. Bagi yang mengalami strok, minum dan sapukan pada tempat strok. Insya-Allah sembuh.
  9. Jika rajin diamalkan minum air nanas batu, Insya-Allah 20 tahun lagi pun masih dara.
  10. ikatakan mampu mengubati penyakit buasir.
  11. Merendahkan paras kolesterol dalam darah.
  12. Membuang toksin dalam badan.
  13. Melancarkan perjalanan darah.
  14. Mencantikkan bentuk badan; Sesuai ikut ketinggian dan frame masing2. Kiranya takde la gemuk sangat dan tak la kurus sangat.
  15. Menegangkan kulit

Air rendaman nenas batu ni takde rasa apa. Tapi khasiatnya banyak. Sesuailah untuk mereka yang penakut dengan jamu. Apa pun dikatakan wanita mengandung dilarang ya, kerana boleh menyebabkan keguguran.

BACA JUGA: Rupanya Buah Nanas Boleh Dimakan Setiap Hari, Mampu Rawat 1001 Penyakit

Berikut pula adalah cara menggunakan nanas batu:

  1. Basuhkan buah itu daripada kotoran.
  2. Masukkan dalam jag atau bekas tahan panas.
  3. Tuangkan air panas dan biarkan buah direndam. Usah khuatir jika buah itu menguncup; ia tindakbalas biasa.
  4. Setelah satu jam, dan buah itu telah mendap ke bawah, keluarkan buah tersebut
  5. Jemurkan buah di bawah cahaya matahari untuk penggunaan pada hari lain.
  6. Air tadi boleh ditapis untuk diminum sebagai amalan. Hanya perlu minum segelas sehari, dan bagi yang ingin mengecutkan rahim memadailah sekali seminggu.

Selamat mencuba ya!

The post Kecutkan Rahim Macam Cara Dulu-dulu, Guna Nanas Batu appeared first on Petua Ibu.



from Petua Ibu http://ift.tt/2xIV2AG

Previous
« Prev Post

Related Posts

October 01, 2017

0 comments:

Post a Comment