4 Tip Sewaktu Mengisi Petrol Untuk Penjimatan

Posted by mimisabreena on Tuesday, November 28, 2017

Pernah dengar tak orang cakap jangan isi minyak waktu tengah hari? Korang tau tak kenapa? Disini kami ingin kongsikan bersama anda sedikit tips hebat cara untuk mengisi minyak dengan betul. Rasanya korang cuma tau ‘angkat – tolak – masuk dan picit’ je.., betul tak.

Rahsianya adalah;

1. Isi Minyak Ikut Liter

Okay yang ni mesti ramai tak buat. Selalu nampak mesti kita isi ikut jumlah duit yang kita keluarkan. Perkara betul yang korang kena buat ialah pergi ke kaunter cakap nak isi minyak 20 liter..,lepastu baru bayar. Cara macam ni lebih baik daripada terus isi RM40 kerana jumlah minyak yang masuk cuma 15.78947 liter sahaja. Sedangkan nozzle pam minyak hanya menyukat sehingga dua tempat perpuluhan sahaja.4 tip isi minyak, tip isi minyak, pengunaan minyak, cara betul isi minyak

2. Isi Minyak Dengan Perlahan-lahan

Ini akan membuat minyak petrol yang keluar dapat masuk sepenuhnya kedalam tangki dan akan mengurangkan wap petrol dari meruap bebas membazirkan minyak korang. Tarik picu dengan secara separuh penuh supaya dapat mengurangkan wap keluar bersama petrol.

3. Isi Minyak Waktu Pagi

Berbanding waktu panas, kapasiti minyak pada waktu pagi atau sejuk adalah lebih banyak. Jika korang pernah isi pada cuaca panas, boleh nampak sendiri wap petrol tu keluar dari tangki minyak korang.

4. Isi Minyak Semasa Tangki Separuh Penuh

Kerana, semakin banyak baki minyak didalam tangki kereta korang, semakin kuranglah kapasiti ruang udara yang dipenuhi wap sekaligus korang akan dapat lebih petrol dalam tangki.

Selain dari cara isi minyak dengan betul, nak ingatkan juga ni kalau boleh matikan je la enjin kereta tu. Dan yang paling penting tolong jangan main handphone masa isi minyak. Banyak dah kejadian yang tak diingini berlaku disebabkan kelalaian ‘kecil’ ni.

BACA JUGA: Cara Servis Sendiri Penghawa Dingin Kereta Yang Kurang Sejuk

The post 4 Tip Sewaktu Mengisi Petrol Untuk Penjimatan appeared first on Petua Ibu.



from Petua Ibu http://ift.tt/2igU356

Previous
« Prev Post

Related Posts

November 28, 2017

0 comments:

Post a Comment