Ramai yang beranggapan terdapat beberapa sayuran ini mampu memudaratkan tubuh badan. Tapi sebaliknya ia hanya mitos yang diturunkan dari dahulu sehingga sekarang. Mungkin sikap orang dahulu yang terlebih berhati-hati.
Penyakit-penyakit yang anda peroleh selepas memakan sayuran ini adalah berpunca dari anda sendiri. Kemungkinan berpunca dari bakteria-bakteria yang ada disekeliling anda. Maka jangan persalahkan sayuran ini.
Sayuran ini mempunyai kahsiat yang tersendiri yang mampu merawat tubuh badan anda. Anda tidak perlu khuatir untuk memakan sayuran ini lagi kerana segala mitos itu tidak benar. Jika masih takut untuk memakannya, bergantung pada diri anda sendiri.
1. Bawang Punca Badan Berbau?
Jangan takut untuk memakan bawang kerana, bawang bukan punca sebenar badan anda berbau. Bau badan akan muncul apabila peluh bercampur bakteria yang hadir pada lipatan tubuh badan seperti ketiak.
Bawang hanyalah penyebab suhu tubuh badan meningkat sehingga membuat anda berpeluh tetapi bukan berbau.
2. Biji Jambu Punca Sakit Usus?
Ada yang menyatakan bahawa memakan biji jambu boleh menyebabkan masalah pada usus. Sebenarnya, penyakit usus ini terhasil disebabkan daripada bakteria patogen yang mengjangkiti usus besar.
Biji jambu tidak mungkin akan tersumbat dalam usus kerana biji jambu akan keluar apabila anda membuang air besar.
3. Timun Punca Keputihan?
Ramai kaum wanita tidak gemar memakan timur kerana ditakuti berlaku keputihan. Keputihan terjadi adalah berpunca alat sulit anda lembab dan sikap malas untuk menukar seluar dalam anda sehingga menyebabkan pertumbuhan bakteria.
Timun dipercayai tidak mempunyai bahan yang menyebabkan keputihan.
BACA JUGA: Inilah 5 Jenis Makanan Orang Perempuan Kena Amalkan Untuk Elak Kanser Payudara
4. Lemon Campur Kicap Punca Sakit Perut?
Jika ada pernah mendengar petua mengamalkan perahan limau nipis atau lemon bersama kicap mampu menghilangkan batuk, jangan ragu-ragu untuk mencubanya.
Sebenarnya, limau dan lemon mempunyai asid tinggi yang dapat membunuh bakteria punca batuk. Kicap pula bertindak sebagai penyeimbang rasa masam limau nipis atau lemon. Ia tidak akan memudaratkan perut anda.
5. Buah Salak Punca Sembelit?
Ramai yang tidak memakan buah salak kerana dikhuatiri akan mengalami masalah sembelit. Buah salak sebenarnya mengandungi serat yang tinggi sehingga mampu melancarkan pembuangan air besar anda.
6. Bayam Punca Urat Timbul?
Memakan bayam atau pucuk ubi akan membuat urat anda timbul dan sakit? Jangan risau, ia sama sekali tidak benar kerana semua jenis sayuran adalah baik untuk keperluan tubuh badan malah sayur ini mengandungi banyak serat untuk melancarkan pembuangan.Sakit urat adalah berpunca daripada toksik yang bayak dalam badan dan pengambilan garam secara berlebihan.
7. Buah Nenas Punca Keguguran?
Tiada bukti menyatakan buah nenas mampu mengugurkan kandungan. Buah nenas mengandungi enzim bromelain yang dapat mencerna protein dalam badan agar lebih mudah terserap dalam tubuh.
Secara tidak langsung, janin mampu berkembang dengan baik kerana mempunyai zat yang mencukupi. Nenas juga mampu membantu mengurangkan masalah kolesterol dalam darah, diabetes dan sakit jantung.
BACA JUGA: 2 Cara Nikmati Jus Pegaga Yang Enak & 100% Berkhasiat
The post 7 Mitos Makanan Yang Merbahayakan Tubuh Badan Sebenarnya Berkhasiat appeared first on Petua Ibu.
from Petua Ibu http://ift.tt/2ymUP7f
0 comments:
Post a Comment