Didalam zaman teknologi internet yang semakin canggih ini kadang-kadang kita tak sedar pun yang sebenarnya pasangan kita sedang menaruh hati kepada orang lain melalui akaun media sosial mereka kan. Tanpa disangka hubungan percintaan anda juga semakin hari semakin terdedah dengan kecurangan.
Pernah tak anda periksa telefon bimbit pasangan? Sejauh manakah keyakinan anda yang pasangan anda benar-benar seorang yang jujur dan setia. Jom periksa tanda-tanda dibawah adakah pasangan anda curang di handphone;
1. Online Setiap Waktu
Tanda-tanda paling ketara jika pasangan anda curang adalah apabila mereka sentiasa sibuk berbalas chat, komen ataupun berinstagram dengan handphone ditangan sehingga lupa untuk makan dan minum. Tak kisah dimana pun dia berada, segala jenis akaun media sosialnya sentiasa aktif dan ‘online’. Mesti ada sedikit timbulkan tanda tanya kan apa yang menyebabkan pasangan anda kemaruk sangat online semua akaunnya. Segeralah selidik sebelum terlambat.
2. Perbualan Ketara Dengan Satu Orang
Jika pasangan anda sering mengirim dan membalas chat dengan satu wanita, tak ada salahnya jika anda menaruh sedikit perasaan curiga berkemungkinan yang si dia sedang curang. Tetapi sebelum ingin membuat tuduhan, siasat dan selidik dahulu dengan siapa dia selalu berhubung itu
3. Selalu Sembunyikan Gadget / Handphone
Tanda awal pasangan anda sedang berlaku curang adalah apabila dia sering menyorokkan handphone nya. Mungkin ada seuatu yang cuba disembunyikan dari anda seperti text di whatsapp, telegram, Line, WeChat atau akuan-akaun sosial media yang lain.
4. Perubahan Sikap
Jika sebelum ini si dia tak kisah untuk bermesra-mesra dengan anda di media sosialnya, tetapi kini sudah tidak lagi.., mungkin itu juga adalah satu petanda bahawa pasangan anda sendang berlaku curang. Mungkin dia sedang menjaga hati seseorang disitu.
5. Sembunyikan Password Semua Akaun Media Sosialnya
Walaupun semua hubungan itu perlukan sedikit privasi, tetapi anda perlu berwaspada jika pasangan sedang cuba merahsiakan semua password akaun media sosialnya. Tambahan pula password untuk akses ke handphone nya juga dirahsiakan. Pasti ada sesuatu yang dia sedang cuba disorokkan dari anda.
BACA JUGA: Elak 7 Perkara Ini Yang Boleh Meruntuhkan Rumahtangga
6. Padam History Chat
Apabila pasangan anda telah selesai chatting, cuba perhatikan jika dia terus padam semua history atau message yang ada di handphone nya. Jika ada maka segeralah bertindak untuk selidik segala akaun sosial medianya.
7. Panggilan Sayang
Satu lagi tanda yang paling ketara pasangan anda sedang berlaku curang adalah dengan adanya panggilan-panggilan tertentu terhadap seseorang. Panggilan mesra yang pasangan tidak ucapkan pada anda seperti I-U, Saya-Awak, ataupun panggilan-panggilan manja yang lain.
Tanda-tanda berikut adalah sebahagian daripada kajian yang telah dilakukan oleh seorang pakar psikologi Klinik Dewasa iaitu Wulan Ayu Ramadhani, M. Psi. Rumah tangga yang harmoni wujud jika saling sayang menyayangi dan percaya antara satu sama lain. Namun janganlah sesekali kepercayaan yang telah diberikan itu disalah guna, kerana ia akan merosakkan hubungan suami isteri sekaligus akan melibatkan emosi anak-anak anda terganggu.
BACA JUGA: Pesanan Ustaz 6 Pantang Larang Dalam Rumah Tangga
The post Awas Jika Suami Buat 7 Perkara Ini Di Handphone appeared first on Petua Ibu.
from Petua Ibu http://ift.tt/2mSnwDT
0 comments:
Post a Comment