Zaman kini, ramai orang yang gemar meminum kopi terutamanya golongan muda-mudi. Kafein di dalam kopi membantu menyegarkan otak mereka untuk melakukan aktiviti harian.
Namun kafein boleh menyebabkan ketagihan dan ia boleh memberi kesan sampingan seperti sakit kepala, kegelisahan dan kesukaran tidur. Tidak salah untuk meminum kopi tetapi pastikan ia tidak melebihi 300 miligram atau 2-3 cawan kopi. Pengambilan kafein yang berlebihan juga boleh menyebabkan “caffeine withdrawal”.
Ia terjadi jika kadar kafein lebih rendah daripada yang biasa diambil setiap hari. Simptom yang kerap berlaku apabila seseorang mengalami “caffeine withdrawal” ialah sakit kepala. Namun terdapat juga simptom lain yang boleh berlaku seperti :
- Letih
- Kegelisahan
- Cepat Marah
- Murung
- Sukar memberi tumpuan
- Mengantuk
- Simptom seakan-akan flu beserta sakit otot
Untuk menangani “caffeine withdrawal” anda boleh mengambil beberapa langkah terhadap masalah tersebut.
- Kurangkan pengambilan kafein harian; jika anda selalu meminum 4 cawan sehari, minum sebanyak 3, kemudian 2 dan seterusnya.
- Kurangkan kadar kafein dalam air anda secara beransur-ansur
- Gantikan hair berkarbonat dengan teh herba
- Lebihkan tidur untuk kurangkan rasa letih dan mengantuk
- Berlari pada waktu awal pagi untuk menaikkan tenaga anda secara semula jadi
BACA JUGA: Petua Hilangkan Migrain Dengan Garam & Lemon
The post Hilangkan Ketagihan Kafein Atau Terlebih Minum Kopi appeared first on Petua Ibu.
from Petua Ibu http://ift.tt/2AnUhLH
0 comments:
Post a Comment