Tahukah anda bahawa letupan boleh berlaku di dalam peti sejuk? Anehnya, kebanyakan letupan peti sejuk yang berlaku bukan disebabkan oleh kualiti peti sejuk yang kurang atau litar pintas tetapi disebabkan oleh beberapa item yang telah disalah letak di dalam peti sejuk.
Apakah item merbahaya yang tidak sepatutnya diletak di dalam peti sejuk? Terdapat tiga item yang dikenal pasti yang tidak selamat untuk diletakkan di dalam peti sejuk dan dua daripadanya adalah minuman.
Dibawah adalah senarai item yang amat merbahaya dan ditegah dari diletakkan di dalam peti sejuk.
1. Minuman berkarbonat
Minuman berkarbonat dalam tin seperti Coke, Sprite dan Pepsi adalah sangat merbahaya jika anda menyimpannya di dalam bahagian dingin beku peti sejuk.
Minuman berkarbonat dalam tin boleh bertukar menjadi bom segera apabila ia membeku.
Biasanya, minuman berkarbonat mengandungi karbon dioksida di dalamnya yang mana menyebabkan ia menjadi bergas tidak seperti minuman manis biasa. Namun, apabila ia menjadi sejuk beku, air di dalam minuman akan menjalani proses kristalisasi disebabkan oleh suhu yang membeku dan meninggalkan hanya sedikit ruang yang semakin mengecil bagi partikal karbon dioksida di dalam minuman ringan ini.
Pada suhu yang sangat sejuk, karbon dioksida akan mengembang dan oleh kerana tiada ruang yang mencukupi untuk menampung gas ini di dalam tin, ia akan menjadi semakin mengembang pada tekanan yang amat tinggi. Ini akan menyebabkan minuman dalam tin ini meletup apabila tidak lagi dapat menampung tekanan.
2. Ais kering
Seperti minuman berkarbonat, ais kering juga pada asasnya terbentuk dari formasi pepejal karbon dioksida. Biasanya ais kering digunakan sebagai kesan khas kerana ia mengeluarkan asap untuk persembahan konsert, teater dan rumah hantu. Untuk membentuk asap dari ais kering, ia perlu direndam di dalam air yang akan menyebabkan karbon dioksida berubah menjadi gas melalui proses yang dipanggil pemejaluwapan.
Walaubagaimanapun, apabila berada di dalam peti sejuk, suhu berada di bawah -18 darjah celcius, dan proses pemejaluwapan bagi ais kering dipercepatkan pada tahap yang sangat pantas menyebabkan karbon dioksida mengembang sebanyak 600 hingga 800 kali dari bentuk pepejal.
Namun, jika ais kering tidak meletup di dalam ruang sejuk beku, peti sejuk anda akan termati dengan sendiri disebabkan suhunya yang jauh lebih rendah dari suhu peti sejuk anda.
Adalah amat penting apabila anda tidak sepatutnya memegang ais kering dengan tangan yang tidak beralas kerana ais kering boleh menyebabkan luka beku. Jadi, pastikan anda memakai sarung tangan yang tebal apabila mengendalikan ais kering dan pastikan ia tidak diletakkan di dalam peti ais. Sebaliknya di dalam bekas ‘styrofoam’ atau bekas simpanan ais.
BACA JUGA: Cara Simpan Sayur Dan Bahan Mentah Agar Tahan Lama
3. Alkohol dan cecair mudah terbakar
Minuman beralkohol mungkin boleh disimpan di dalam ruang sejuk beku peti sejuk untuk menjadikan ia sejuk dengan segera tetapi awas apabila botol itu tidak dibuka. Ia akan menyebabkan tekanan dan cecair di dalam botol akan mengembang lalu boleh mengakibatkan letupan yang serius jika ia disimpan lama di ruang sejuk beku.
Jadi minuman beralkohol adalah dilarang diletakkan di dalam peti sejuk pada ruang sejuk beku.
Selain dari melarang meletak minuman ini di dalam ruang sejuk beku , ia juga agak merbahaya bagi meletak alat elektronik di atas peti sejuk anda. Suhu yang berbeza dan mempunyai gelombang elektromagnetik pada peti sejuk boleh merosakkan alat elektronik anda.
Selain itu, jangan mencuba untuk membuang ais yang membeku di dalam peti sejuk anda dengan benda yang tajam.
Penyejuk di dalam peti sejuk menggunakan gas ‘isobutane’ iaitu gas yang mudah terbakar. Sekiranya anda dengan sengaja membocorkan sistem penyejuk ini dengan benda yang tajam semasa membersihkan peti sejuk, ia juga boleh menyebabkan letupan.
Disebabkan peti sejuk adalah salah satu barangan elektrik yang kerap anda gunakan di rumah, adalah sangat penting bagi anda menjaga peti sejuk di rumah dengan baik.
Anda diingatkan untuk tidak meletakkan item di atas, di ruang sejuk beku peti sejuk anda bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku kepada keluarga anda di rumah. Jika anda tidak pasti sama ada makanan dan minuman itu boleh diletak di dalam peti sejuk atau tidak, sila rujuk kepada label pembungkusan.
BACA JUGA: Guna 2 Bahan Ini Untuk Kembalikan Aroma Segar Peti Sejuk
The post Berhati-Hati, Benda Ni Boleh Meletup Jika Disimpan Dalam Peti Sejuk Beku appeared first on Petua Ibu.
from Petua Ibu http://ift.tt/2BJ0Qc3
0 comments:
Post a Comment