Cara Buat Air Selusuh Untuk Isteri Versi Ustaz Don Daniyal

Posted by mimisabreena on Wednesday, December 27, 2017

Air selusuh sangat sinonim dengan wanita yang sudah hampir untuk proses kelahiran. Kebiasaannya, air selusuh selalu digunakan sebagai ikhtiar untuk memudahkan proses bersalin. Namun, berapa ramai di kalangan ibu-ibu yang tahu bagaimana caranya untuk menyediakan air selusuh ni. Mudah atau susah?

Apa itu Air Selusuh?

Sebelum saya menerangkan cara-cara menyediakan air selusuh, mari kita ambil tahu dulu serba sedikit mengenai air selusuh ni.

Air selusuh merupakan air yang digunakan untuk memudahkan dan melancarkan wanita ketika waktu hendak bersalin. Boleh atau tidak dipraktikan dalam kehidupan seharian kita? Pada pendapat saya sendiri, selagi ianya tidak mendatangkan mudarat kepada si ibu dan bayi yang dikandungkan, tidak menjadi masalah untuk diambil. Yang penting, tujuan air itu adalah untuk memudahkan wanita bersalin. Jika ada kesan yang tidak baik saya nasihatkan supaya tidak minum.

BACA JUGA: Petua Merawat Bentan Untuk Ibu Yang Sedang Berpantang Selepas Bersalin

Ada juga yang bertanya, apa hukumnya menggunakan air selusuh ni? Saya bukanlah seorang arif dalam menetukan hukum agama ni. Tapi apa yang saya boleh kongsikan, jika air itu digunakan sebagai IKHTIAR atau lebih jelas sebagai ubat maka hukumnya HARUS dengan syarat air itu tidak bercanggah dengan Islam seperti dibacakan pada air itu ayat-ayat al-quran serta doa-doa memohon proses kelahiran zuriat dipermudahkan oleh Allah. Asalkan bacaan itu tidak bercanggah dengan Islam. Jika menggunakan jampi-jampi karut yang menyesatkan ataupun menggunakan khidmat tok bomoh yang kita sendiri tidak tahu apa yang dibaca, maka hukumnya akan berubah menjadi HARAM.

Ada pelbagai cara untuk sediakan air selusuh ni. Ada diantaranya menggunakan air yang dibacakan ayat-ayat al-quran, ada juga yang mengatakan perlu guna air tangan bidan dan macam-macam lagi. Orang kata, lebih baik sekiranya, air selusuh itu disediakan sendiri oleh suami. Sebagai tanda dan doa dari suami yang mengasihi isterinya, memohon bantuan daripada Allah dan berikhtiar untuk melancarkan proses kelahiran zuriatnya sendiri. Sesungguhnya, kita sebagai hambaNya, berikhtiar, selebihnya Allah yang menentukan.air selusuh, cara buat air selusuh, petua buat air selusuh, resepi buat air selusuh, air selusuh ustaz don

Jadi, saya rasa terpanggil untuk kongsikan cara membuat air selusuh versi Ustaz Don Daniyal. Perkongsian ini telah dibuat oleh Ustaz Don sendiri di Majalah Mingguan Wanita keluaran Jun 2014.

 

Ini adalah cara step by step yang dilakukan oleh Ustaz Don untuk menyediakan air selusuh. Sediakan air masak ataupun air zam-zam (lebih baik) dalam kuantiti yang mencukupi (bergantung kepada keperluan masing-masing).

Langkah 1 :

Bacakan Surah Al-Fatihah (1x)

Cara buat air selusuh

Langkah 2 :

Bacakan Surah Al-Hasyr ayat 21 hingga 24.

cara buat air selusuh
Terjemahan Ayat 21:
Kalau sekiranya Kami turunkan AL-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnyatunduk terpecah belah di sebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.

Terjemahan Ayat 22:
Dialah Allah tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Terjemahan Ayat 23:
Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Raja yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang Mengurniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki Segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

Terjemahan Ayat 24:
Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang Membentuk Rupa, yang Mempunyai Asmaul Husna, Bertasbihlah kepadaNya apa yang di langit dan Bumi. Dan dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Langkah 3 :

Bacakan Selawat Syifa’

tcara buat air selusuh

Langkah 4 :

Bacakan Doa Selusuh

cara buat air selusuh
Terjemahannya:
” Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.

Langkah 5 :

Bacakan Doa Pemudah

doa2-selusuh
Terjemahannya:
>“Ya Allah, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang Maha Memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, Ya Arhamar Rahimin.

Setelah siap, simpanlah air selusuh tu ditempat yang elok sebelum diminum. Ada orang kata, elok minum mulai masuk minggu ke 38. Ada juga yang kata dah masuk labour roon baru start minum. Dan ada juga yang sapu air selusuh pada perut isteri sebelum bersalin. Macam saya sendiri, saya mula minum masa lepas dah mula contraction. Apa-apa pun pilihan anda, pastikan ianya tidak memudaratkan diri dan bayi. Mintalah pendapat ibu bapa dan ahli keluarga yang terdekat. Dan apa juga ikhtiar yang kita lakukan, ingatlah, Allah sebaik-baik perancang. Kita sebagai hambaNya perlu memohon diberikan yang terbaik.

Bagi suami, bantulah isteri anda dengan memberikan sokongan sepenuhnya semasa proses melahirkan. Mereka sedang bertarung nyawa melahirkan zuriat kalian.

Saya mendoakan, sesiapa sahaja yang sedang menunggu masa untuk melahirkan, semoga diberi kemudahan dan selamat semuanya. InsyaAllah. Dan jangan lupa kongsikan artikel ini kepada suami anda serta rakan-rakan anda yang lain ye..

Selamat mencuba..:-)

The post Cara Buat Air Selusuh Untuk Isteri Versi Ustaz Don Daniyal appeared first on Petua Ibu.



from Petua Ibu http://ift.tt/2li5gjp

Previous
« Prev Post

Related Posts

December 27, 2017

0 comments:

Post a Comment