Inilah 9 Khasiat Misai Kucing Untuk Kesihatan

Posted by mimisabreena on Thursday, December 28, 2017

Pasti ramai yang sudah ketahui kebaikan herba misai kucing kerana di negara kita sangat popular dengan jualan Teh Misai Kucing. Pokok herba ini boleh ditemui di seluruh negara Asia Tenggara dan Australia Tropika.

Misai kucing atau nama saintifiknya ‘orthosiphon aristatus’ adalah asal usul nama kepada ‘lippenblutengewachse, lamiaceae, labiatae’. Jom, baca khasiat Misai Kucing iaitu:

1. Membersihkan Ginjal

Toksik seperti asid urik berlebihan, sisa-sisa metabolik dan pengumpulan asid perlu disingkirkan dari badan untuk mengelakkan pengumpulan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan keletihan, kulit tidak berseri, daya tahan yang lemah, sengal-sengal dan lain-lain.

Misai Kucing ini elok untuk membersihkan ginjal dan saluran air kencing anda. Pendek kata ia membersihkan sistem perkumuhan anda. Oleh itu,jika anda kerap ke tandas untuk buang air,jangan fikir bahawa itu merupakan tindak balas yang negatif kerana sebenarnya ia menunjukkan proses pembersihan sedang berlaku.misai kucing, manfaat misai kucing,pokok misau kucing, daun misau kucing, khasiat misai kucing

Yang bagusnya,penyakit batu karang juga dapat dielakkan.

2. Merawat Kencing Manis

Misai kucing juga dapat membantu membuang toksin di dalam badan dan juga membantu mengurangkan kepekatan glukosa dalam darah dengan ketara. Sekaligus mengelak dan merawat masalah kencing manis.

BACA JUGA: Memang Berkesan! Air Rebusan Serai & Kurma Baik Untuk Salur Darah Yang Tersumbat

 

3. Merawat Tekanan Darah Tinggi

Ia membantu mengurangkan kolestrol dan merendahkan tekanan darah dengan cara memisahkan sel-sel darah dari bercantum dan melekat.

4. Antioksidan

Menariknya mengenai Misai Kucing ini adalah ia dapat menjaga sel dari tindak balas radikal. Jika anda kerap minum teh Misai Kucing, maka anda pun dapat kelihatan muda.

Antara Khasiat Misai Kucing Yang Lain:

  • Mengurangkan tahap kolestrol.
  • Membaiki tahap stamina dan tenaga.
  • Mengurangkan inflamasi dan gout.
  • Mengurangkan pembendungan air.
  • Membantu melancarkan peredaran darah.

Cara-Cara Penggunaan Misai Kucing

Cara Pertama:

  • Ambil beberapa bunga herba Misai Kucing, kemudian rebusnya dengan lima cawan air.
  • Minum setiap hari pagi dan malam sebelum atau selepas makan.

Cara Kedua:

  • Ambil beberapa bunga herba Misai Kucing lalu digunting kecil-kecil atau dikoyakkan
  • Rendam dengan secawan air panas.
  • Tutup dan biarkan suam.
  • Minum hingga habis.
  • Amalkan setiap hari pagi dan malam.

Misai kucing ini lebih baik diamalkan setiap hari untuk keputusan yang lebih baik. Anda dinasihatkan untuk menjaga pemakanan seperti gula dan sebagainya ketika pengambilan Misai Kucing untuk memastikan keberkesanan khasiatnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA JUGA: Langkah-Langkah Menyediakan Jamu Untuk Cairkan Lemak Di Perut, Lepas Ini Tak Payah Risau Bab Buncit!

The post Inilah 9 Khasiat Misai Kucing Untuk Kesihatan appeared first on Petua Ibu.



from Petua Ibu http://ift.tt/2Ckugyn

Previous
« Prev Post

Related Posts

December 28, 2017

0 comments:

Post a Comment