Baru-baru ini tular di media sosial seorang pemuda berusia 24 tahun yang disahkan menghidap kanser mulut oleh doktor. Jadi mari kita baca perkongsian daripada seorang doktor bagaimana cara hendak check tanda-tanda jika terkena ulser mulut. Jom baca.
PERKONGSIAN DR IQBAL
Saya yakin dan percaya ramai sudah yang membaca kisah pemuda berumur 24 tahun menghidap kanser mulut. Dia mula merokok sejak berumur 17 tahun. Lewat jugalah jika nak dibandingkan dengan kebanyakan remaja yang mula menghisap rokok di tingkatan satu atau dua.
Saya tidak mahu menyentuh perihal keburukan merokok, semua orang sedia maklum, cuma masing-masing kepala batu, mencurah air ke daun keladi dan masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Ada disebut pemuda ini ada ULSER PADA LIDAH SEBELAH KIRI DAN dibiarkan kerana TIDAK BEGITU SAKIT. Menurut ibunya, LUKA ULSER TIDAK HILANG atau dalam bahasa mudahnya tidak sembuh-sembuh. Awal tahun ada ulser, hujung tahun baru tahu kanser.
Ini adalah TANDA-TANDA klasik kanser mulut. [1] Ulser tidak sakit, [2] ulser tidak sembuh selepas 2 minggu dan [3] ulser di kawasan “panas” seperti di tepi lidah.Sekiranya anda semua ada tanda-tanda seperti ini, SEGERALAH MENDAPATKAN PEMERIKSAAN. Tidak kiralah anda perokok tegar atau pasif, tanda-tanda ini sentiasa awasi.
Luangkan 2 minit untuk melakukan 6 LANGKAH PEMERIKSAAN MULUT untuk MENGESAN TANDA-TANDA AWAL KANSER MULUT.
1. Tekan dan periksa bahagian leher untuk mengesan benjolan.
2. Periksa jika ada ulser atau lapisan merah/putih pada bibir atas dan bawah.
3. Periksa jika ada ulser atau lapisan merah/putih pada pipi kanan dan kiri.
4. Periksa lelangit untuk sebarang abnormaliti.
5. Periksa bawah lidah dan lantai mulut jika ada sebarang benjolan/bengkak atau lapisan merah/putih.
6. Periksa bahagian tepi lidah jika ada ulser dan benjolan.
Yang penting, jauhi rokok, cegah sebelum parah.
FAKTA GLOBAL ROKOK
• Jumlah perokok seluruh dunia dianggarkan sekitar 1.15 bilion orang.
• Daripada jumlah itu, lebih 80 peratus perokok adalah di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.
• Lebih kurang 15 bilion rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit.
• Dalam kalangan remaja di seluruh dunia yang berumur antara 13 dan 15 tahun, dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok.
• Secara kasar, 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari dan separuh daripada jumlah itu di negara-negara Asia.
• Di Amerika Syarikat mendapati kecenderungan kanak-kanak yang merokok untuk menjadi penagih dadah adalah 13 kali ganda berbanding kanak-kanak yang tidak kerap merokok!
BACA JUGA: Inilah Petua Hilangkan Ketagihan Merokok Dalam 3 Minggu
FAKTA PEROKOK MALAYSIA
• Fakta “Info Sihat” Kementerian Kesihatan mengenai senario dan tabiat merokok di Malaysia menunjukkan hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.
• Setiap hari sekitar 45 hingga 50 remaja bawah umur 18 tahun mula merokok. Statistik bilangan remaja perempuan yang merokok meningkat 8 peratus dari tahun 2005 hingga 2010.
• Tahun 2004: secara keseluruhannya hampir seorang daripada lima remaja adalah perokok.
• Kes kanser paru-paru dalam negara bertambah dengan kadar 17 peratus setahun dan tabiat merokok juga dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung).
• Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2010: tabiat merokok menyebabkan kematian kira-kira 18,000 orang setahun.
• Lebih lima juta perokok tegar negara ini membelanjakan sekitar RM15 juta sehari untuk membeli rokok.
• Ini bermakna RM5.8bilion setahun.
Sumber : Dr Muhamad Iqbal (Tidak pandai merokok)
The post Ada Ulser Mulut Macam Ni Sila Segera Jumpa Doktor appeared first on Petua Ibu.
from Petua Ibu http://ift.tt/2mh6dsD
0 comments:
Post a Comment