Keliru? Sudah tentu sukar untuk membezakan antara daun ketumbar dan daun sup, tambah pula jika anda baru berjinak-jinak dengan dunia kulineri.
Jika diletakkan bersebelahan, kelihatan seperti kembar seiras. Namun kedua-duanya mempunyai rasa dan khasiat yang cukup berbeza.
DAUN KETUMBAR
Daun Ketumbar atau nama saintifiknya, Coriandrum Sativum mempunyai daun yang lebih kecil dan rimbun. Baunya juga lebih menyengat dan pedas jika dibandingkan dengan daun sup. Daun yang dikenali sebagai Pasli Cina ini seringkali digunakan untuk masakan Thailand seperti tomyam. Lebih menarik, sebelum penemuan ubat gigi, daun ketumbar akan dikunyah untuk mengurangkan bau mulut. Malah, ia turut digunakan sebagai penawar alternatif untuk sakit menstruasi.
- Antibodi
Berfungsi sebagai antibodi tubuh yang mampu membunuh bakteria makanan seperti salmonella. Malah kandungan antibodi yang terdapat dalam tumbuhan ini adalah dua kali ganda lebih efektif daripada Gentamisin, sejenis ubat antibiotik.
- Pencegah kanser
Berkesan sebagai herba yang digunakan untuk mencegah kanser. Sifat antioksidan dan kandungan zatnya mampu menurunkan risiko pada sel-sel yang bersifat karsinogenik (penyebab barah).
- Penawar Radang Kulit
Kandungan yang terdapat dalam daun ketumbar mampu membantu mengurangkan keradangan kulit serta meningkatan fungsi pemulihan kulit.
- Mengurangkan tekanan darah tinggi
Daun ketumbar terbukti mampu mengurangkan tekanan darah, serangan jantung dan strok.
BACA JUGA: Khasiat Bunga Telang Elok Untuk Kesuburan Wanita
- Mengatasi cirit birit
Beberapa komponen yang ditemui dalam daun ketumbar dapat membantu pencernaan dan meningkatkan fungsi hati. Malah ianya turut efektif untuk mengurangkan cirit birit. Selain itu, daun ketumbar dapat digunakan untuk mencegah mual, muntah dan gangguan perut.
- Menurunkan kadar kolestrol
Zat yang terdapat dalam daun ketumbar sangat efektif dalam menurunkan kadar kolestrol dalam darah. Malah, ianya turut membantu meningkatkan kadar kolestrol sihat yang berfungsi sebagai pertahanan pencegahan terhadap kardiovaskular yang berbahaya.
- Mengubati anemia
Kandungan zat besi yang begitu tinggi secara tidak langsung mampu membantu pesakit anemia. Zat besi juga memberi manfaat kepada fungsi organ lain, sebagai penambah tenaga dan meningkatkan kesihatan tulang.
- Masalah diabetis
Daun ketumbar mempunyai efek untuk merangsang kelenjar endokrin yang meningkatkan paras insulin dalam darah. Selain bermanfaatn untuk pesakit diabetis, daun ketumbar mampu menyeimbangkan fungsi metabolism tubuh.
DAUN SUP
Daun sup pula mempunyai daun yang lebih jarang dan bentuk daunnya lebih besar. Daun ini kerap digunakan sebagai perangsang selera dan kerap digunakan sebagai bahan akhir setiap masakan. Selain itu, ia juga mempunyai kadar protein yang tinggi. Selain menjadi bahan utama dalam masakan, akar daun dan biji benihnya banyak digunakan dalam kaedah rawatan merawat dan mencegah penyakit. Lebih menarik, minyak yang diekstrak daripada daun sup boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan ramuan minyak wangi.
- Sistem imunisasi
100 gram daun sup mempunyai nilai tenaga sehingga 18 kalori. Vitamin C yang terkandung di dalamnya menguatkan sistem imun dan dalam masa yang sama menjadikan tubuh lebih tahan terhadap penyakit baru. Dengan syarat, daun sup ini dimakan mentah sebagai ulam ulaman.
- Penawar buah pinggang
Tumbuhan ini memiliki sifat diuretik yang berguna untuk permasalahan buah pinggang dan masalah jantung. Kisar akar daun sup dan amalkan setiap hari.
- Merawat kencing manis
Daun sup mempunyai sifat mengurangkan kadar gula dalam darah. Malah, ianya merupakan ramuan ideal untuk menurunkan berat badan dan mengurangkan tekanan.
- Sistem perkumuhan
Biji benih daun sup diamalkan untuk meningkatkan pengeluaran air kencing yang membantu menyingkirkan air berlebihan dalam badan. Malah, ianya digunakan sebagai peransang untuk membuang air besar.
- Menurunkan kadar kolestrol
Individu yang mempunyai kolestrol tinggi perlu menambah daun sup dalam diet harian kerana daun ini mampu merendahkan tekanan darah dan kolestrol serta melindungi hati daripada bahan-bahan yang merosakkan.
- Mencuci buah pinggang
Diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang. Amalkan minum air rebusan daun sup segelas sehari. Lebihan garam dan racun akan keluar melalui proses pembuangan air kecil.
- Penawar ubat batuk
Rebuskan daun sup bersama batang dan akar bersama tiga gelas air. Tapis dan minum dua kali sehari bersama madu lebah.
- Mengubati mata kering
Tumbuk daun sup, daun bayam dan daun kelor sehingga halus, kemudian campurkan sedikit garam dan satu cawan air. Gaul dan tapis. Minum tiga kali sehari.
BACA JUGA: Resepi Jus Pegaga Untuk Ketegangan Kulit
The post Daun Ketumbar Vs Daun Sup : Rupa Sama Khasiat Berbeza appeared first on Petua Ibu.
from Petua Ibu http://ift.tt/2D9WmNg
0 comments:
Post a Comment