Ramai wanita di luar sana kini sudah memiliki kerjaya sendiri malah berjawatan lebih tinggi dari lelaki. Rata-rata golongan lelaki sekarang cenderung memilih wanita berkerja untuk dijadikan pasangan. Dimana sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam urusan kewangan rumahtangga.
Seperti yang kita semua tahu, sudah menjadi trend di laman facebook dimana wanita dan isteri-isteri meluahkan rasa tidak puas hati mereka pada suami. Tak kurang juga dengan lelaki yang mengadu mempunyai masalah dengan isteri. Kebanyakkan isu yang diperkatakan adalah mengenai duit.
Apabila wanita mempunyai gaji lebih besar daripada suaminya, lambat laun pasti akan timbul pelbagai masalah didalam rumahtangga. Dari perkara sekecil-kecil habuk hinggalah sebesar-besar sampah akan dijadikan alasan untuk berpisah.
Berikut adalah beberapa tips yang perlu diambil serius agar suami atau lelaki tidak merasa rendah diri walaupun isteri memiliki pendapatan yang lebih.
1. Elakkan pergaduhan yang melibatkan soal kewangan dihadapan anak-anak dan orang luar.
2. Buat simpanan kewangan bersama atau buat satu tabung, dimana kedua-dua suami isteri wajib mengisinya. Tidak akan timbul perbandingan yang ketara yang berkaitan dengan duit.
3. Asingkan peruntukan seperti gaji suami digunakan untuk keperluan harian seperti barangan rumah, makan dan pengangkutan. Manakala gaji isteri pula digunakan untuk pembiayaan persekolahan anak-anak, membeli baju anak-anak ataupun bercuti.
BACA JUGA: 6 Jenis Isteri Perosak Rumah Tangga
Perlu diingatkan.., walaupun isteri bergaji lebih dari suami tak kira bertapa tinggi sekalipun, jangan sesekali ‘pijak’ kepala suami!
Suami pula haruslah sama-sama bertanggungjawab untuk mendapatkan kehidupan keluarga yang harmoni. Sikap lepas tangan semestinya akan membawa bencana dalam rumah tangga jika suami membiarkan isteri sahaja yang mencari nafkah untuk keluarga.
Jika isteri itu bekerja, ianya adalah sekadar untuk membantu meringankan beban ekonomi dalam keluarga sahaja. Akan tetapi jika dilihat pada sudut negatifnya, apabila isteri berjaya menjana pendapatan lebih dari suami, akan datangnya perasaan bangga dan bermegah diri, malah memperlekehkan peranan suami dan hilang rasa hormat pada suami.
Dan apa yang membuatkannya lebih teruk lagi apabila suami terpaksa mengikut apa sahaja keputusan isteri. Hal ini akan bertambah teruk lagi apabila suami hanya tahu makan duit isteri. Duit gajinya sendiri pula hanya digunakan untuk joli sakan, sedangkan duit isteri digunakan untuk perbelanjaan rumah.
Sebagai seorang suami seharusnya janganlah hanya mengharapkan duit isteri sahaja, tapi jadikan itu sebagai backup jika ada kecemasan atau duit belanja tidak cukup.
Isteri juga perlu menghormati suami, walaupun gaji kecil dan kerja biasa-biasa sahaja, di rumah suami tetap berperanan sebagai ketua keluarga.
Ingat isteri! Setinggi mana pun gaji anda, jangan sesekali ‘memijak’ kepala suami.
Tiada salahnya jika isteri bergaji besar dan berjawatan besar, namun yang penting setiap suami isteri haruslah menjaga peranan dan tanggungjawab masing-masing sebagai suami isteri.
BACA JUGA: Eh Bro, Apa Salahnya Isteri yang Control Duit Suami?
The post Gaji Isteri Lebih Besar Bukan Alasan Untuk ‘Pijak Kepala’ Suami appeared first on Petua Ibu.
from Petua Ibu http://ift.tt/2mtqHhQ
0 comments:
Post a Comment