Patutlah Ramai Sangat Mak-mak Sanggup Beli Periuk Ajaib Ini, Tapi Pastikan Anda Jangan Salah Guna!
Hebat, kalau ada alat ini di dapur confirm kerja wanita di dapur lagi cepat dan mudah! Malah, walaupun ada golongan wanita yang tak berapa nak mampu beli cash, realitinya ramai sangat golongan mak-mak sanggup dapatkan periuk ini dengan macam-macam cara. Salah satunya main kutu!
Namun kalau gigih sangat beli periuk ini, pastikan anda juga tahu cara gunanya dengan betul, barulah tahan lama. Ok, berikut adalah senarai fungsi butang PC Noxxa dan tugas yang mampu dilakukannya, perkongsian khas untuk kaum mak-mak daripada Puan Rohaila Disya
High Pressure
Fungsi memasak dalam tekanan tinggi untuk bahan mentah seperti daging, ayam dll
Low Pressure
Fungsi memasak dalam tekanan rendah untuk bahan seperti kentang, apple, dll (yang mungkin meletup/pecah dalam tekanan tinggi)
Warm/Reheat
Memanaskan dan mencairkan masakan yang disejukbeku selepas dimasak
Stir-Fry
Fungsi yang memudahkan anda menumis atau menggoreng dalam periuk Noxxa sebelum disambung dengan fungsi masakan lain
Steam
Fungsi memasak dengan cara memanggang makanan seperti nasi kukus atau pau kukus dengan menggunakan air mendidih
Slow Cook
Memasak secara perlahan untuk mendapatkan hasil masakan yang lembut dengan rasa yang meresap jauh ke dalamnya.
Delay Timer
Sangat berguna jika anda ingin memulakan masakan yang perlu diperap. Delay masa maksimum yang dibenarkan adalah sehingga 8 jam dan kemudian proses memasak berjalan dengan sendiri secara automatik.
Cara Menggunakan Fungsi High & Low Pressure Periuk Noxxa
Pasangkan kod kabel, masukan pot memasak ke dalam periuk Noxxa. Masukkan makanan yang hendak dimasak ke dalam pot periuk. Pastikan bahan masakan tadi dicampur dengan air minimum 250ml (8oz) untuk lakukan fungi masakan tekanan ini.
Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam. Letakan knob pelaras tekanan pada kedudukan PRESSURE
Pilih fungsi High atau Low Pressure pada butang panel, tekan beberapa kali untuk menentukan berapa masa memasak yang diperlukan dalam kiraan minit (rujuk nombor pada panel)
Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai. Kemudian bunyi BEEP akan kedengaran menandakan masakan anda sudah siap.
Keluarkan tekanan dalam pot dengan meletakkan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM, biarkan sehingga tekanan habis (selepas knob jatuh pada kedudukan pressure). Kemudian buka penutup mengikut arah putaran jam.
Cara Menggunakan Fungsi Warm/Reheat Periuk Noxxa
Pasangkan kod kabel, masukkan pot memasak ke dalam periuk Noxxa. Masukkan makanan yang hendak dipanaskan ke dalam pot. Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam.
- Letakkan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM
- Tekan butang WARM/REHEAT pada panel.
- Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai.
Cara Menggunakan Fungsi Steam Periuk Noxxa
Pasangkan kod kabel, masukkan pot memasak ke dalam periuk Noxxa. Letakkan bekas /bakul penahan ke dalam pot memasak.
- Masukan minimum 250ml air ke dasar pot, pastikan kedudukan bekas tadi lebih tinggi daripada paras air.
- Letak makanan yang ingin dikukus/stim di atas bekas tadi.
- Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam.
- Letakkan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM
- Tekan butang STEAM dan set masa.
- Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai.
Cara Menggunakan Fungsi Stir-Fry Periuk Noxxa
Pasangkan kod kabel, masukkan pot memasak ke dalam periuk Noxxa. Masukkan sedikit minyak memasak (ikut resepi) ke dalam pot.
- Tekan butang STIR-FRY pada panel
- Tekan butang ON/OFF, setelah minyak cukup panas masukkan makanan yang hendak ditumis atau goreng.
- Jangan tutup dengan penutup tekanan ketika fungsi ini untuk elak letupan atau kemalangan.
- Setelah selesai, tekan butang ON/OFF semula untuk menamatkan sesi, kemudian boleh dicampur dengan bahan lain atau disambung dengan fungsi masakan yang lain.
Cara Menggunakan Fungsi Slow Cook Periuk Noxxa
Pasangkan kod kabel, masukkan pot memasak ke dalam periuk Noxxa. Masukkan makanan yang hendak dimasak ke dalam pot. Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam.
- Letakkan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM
- Tekan butang SLOW COOK pada panel dan set masa masakan (maksimum 9.5 jam).
- Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai.
Cara Menggunakan Fungsi Delay Timer Periuk Noxxa
Pasangkan kod kabel, masukkan pot memasak ke dalam periuk Noxxa. Masukkan makanan yang hendak dimasak ke dalam pot. Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam. (mengikut keperluan fungsi masak)
The post Patutlah Ramai Sangat Mak-mak Sanggup Beli Periuk Ajaib Ini, Tapi Pastikan Anda Jangan Salah Guna! appeared first on Petua Ibu.
from Petua Ibu http://ift.tt/2FnZzJV
0 comments:
Post a Comment