Pesakit doktor ini alami keguguran. Sejak itu, dia cuma salahkan diri. Lebih parah bila suami, mentua malah boss semacam tak faham apa yang dia rasa. Hakikatnya rasa kehilangan itu cukup menyeksakan. Buat ibu mengandung yang alami keguguran, seksaan itu lebih dirasai. Jika tak ditangani kehilangan itu dengan baik, perasaan ‘sakit’ itu akan jadi tekanan, depresi. Yang membawa kemurungan.
Apa yang berlaku pada salah seorang pesakit Doktor Sakinah Sulong yang alami keguguran ini adalah pelajaran yang paling bagus untuk mak-mak, suami, keluarga serta mentua hadam.
Bagaimana seharusnya menangani keadaan “KEGUGURAN IBU HAMIL’. Terutama diri ibu itu sendiri. Cara terbaik untuk ibu itu sendiri terima kehilangan. Begitu juga insan terdekat dengannya. Bukan sekadar ucapan takziah, tapi ada caranya.
Misscarriage – Bukan Salah Ibu Mengandung
“Dr, sorry to disturb u. Need to discuss one patient. She had miscarriage last week, today repeated scan dah ok. Tapi saya takut dia depress la, boss”
Saya pandang jam, sudah pukul 5.30 petang. Biasanya klinik sudah habis beroperasi tapi bila ada pesakit bermasalah, klinik akan habis lambat.
Bukan jarang wanita mengalami keguguran atau miscarriage.
10-2 5% ladies would have miscarriage in their life. Dan bukan jarang juga wanita tersebut akan mencari sebab kenapa mereka mengalami keguguran.
Majoriti, up to 80% of miscarriages happened before 13 weeks dan disebabkan chromosomal abnormality. Bermaksud baby tersebut sememangnya tidak normal dari awal pembentukan janin.
Manakala bakinya pula boleh disebabkan oleh penyakit ibu seperti Kencing Manis tak terkawal, masalah tiroid, SLE atau APLS. Ada juga sebahagian kecil yang disebabkan malnutisi dan ibu yang merokok atau minum alkohol atau juga ada masalah pada rahim sendiri.
Oleh itu, janganlah disalahkan diri sendiri seandainya anda tiada penyakit apa-apa dan mengalami keguguran. Begitu juga dengan orang keliling, terutama suami dan mentua
Dia Murung, Menangis Dan Menangis Saja
Pesakit yang dirujuk ini memang mengalami tekanan semenjak beliau gugur seminggu yang lalu. Dia disalahkan oleh suami yang begitu inginkan cahaya mata.
Dikatakan rahimnya tak kukuh dan tak pandai jaga diri. Tidak cukup begitu, mak mentua pun bising-bising kononnya dia terlalu aktif masa awal kandungan.
Sejak itu, dia murung. Menangis dan menangis saja dia tahu. Rasa dirinya seakan berguna dan tak ada harapan lagi. Mahu bunuh diri pun terlintas dihatinya, kasihan sungguh.
Boss dan kawan sekerja pun seakan tak faham dengan kehilangan yang dialami. Bagi mereka, bila sudah gugur sepenuhnya, tiada masalah untuk kerja seperti biasa.
Dalam hal ini, pesakit amat-amat memerlukan sokongan orang sekeliling. Instead of blaming the lady, they should respect her grieving. Untuk itu, suami akan dipanggil untuk sesi kaunseling.
Selain itu, pesakit ini mungkin memerlukan anti depressant untuk simptom yang dialaminya. Yang tidak kurang pentingnya, perawat juga perlu memberi MC supaya pesakit boleh berehat dan menenangkan diri.
Complete miscarriage tanpa apa-apa surgical procedure, tidak bermaksud pesakit sihat sepenuhnya. Luaran mungkin tidak ada apa-apa masalah, tapi emotionally, she may be unwell.
Keguguran bukan perkara enteng,
It is a mum’s loss, and it can be traumatic.
Be sympathetic, be empathetic.
Sumber/Foto : Sakinah Sulong
BACA JUGA: Apa Patut Lelaki Buat Bila Wanita Sedang Datang Bulan?
The post Sepatutnya Beginilah Cara Layan Ibu Mengandung Keguguran, Sila Dengar Pesan Doktor appeared first on Petua Ibu.
from Petua Ibu http://ift.tt/2EL5PKD
0 comments:
Post a Comment