Wow! Kami betul-betul kagum dengan perkongsian daripada wanita ini. Dia bukan saja kongsikan info tentang serum. Malah, dia turut kongsikan 17 jenis serum yang terbaik untuk dicuba.
Bukan itu saja, setiap 17 jenis serum tersebut disertakan sekali dengan penerangan lengkap. Gigihkan? Apa-apa pun semoga artikel ini bermanfaat untuk anda yang sedang mencari serum apa yang terbaik untuk wajah anda.
KALI ni Ena nak share pasal Serum kat Watsons. Mention nama kedai teruih senang, kalau cakap drug stores nanti orang pi cari kat kedai lain takut tak dak juai. Sebab ada sesetengah brand hanya juai kat Watsons sahaja.
Apa beza serum dengan essence?
Kalau dulu memang ada perbezaan sikit. Sikit ja tak banyak. Cuma serum ni texture lebih pekat berbanding essence dan fungsi dia merawat kulit dengan lebih baik sehingga ke lapisan dalam kulit. Essence banyak digunakan untuk anti penuaan punya product. Tapi sekarang depa guna dua-dua nama dah fungsi yang sama.
Harga serum memang mahal sedikit dari skin care range yang lain sebab ingredients yang semuanya sangat-sangat concentrate.
Okay, first sekali benda yang hampa wajib tahu apa itu Serum. Kenapa, bagaimana, mengapa kena pakai hampa kena tau ok.
Serum adalah salah satu skin care yang perlu dipakai selepas hampa cuci muka, pakai toner dan sebelum pakai moisturiser. Serum mempunyai bahan-bahan yang terbaik untuk terus serap hingga ke dalam kulit sebab molekul-molekul serum yang kecil. So dia treat kulit dari dalam. Tak kisah hampa ada masalah kulit apa. Serum memang hebat dalam menangani masalah kulit. Tapi kalau hampa tak cuci muka bagi bersih, buat double cleanse pun tak guna. Sebab kotoran/dead skin yang ada boleh menyukarkan serum serap dengan lebih baik.
Serum mestilah dipakai selepas toner, sebab toner dapat membantu serum serap lebih cepat.
Serum ada cara nak apply. Sambil apply sambil tu kita massage kulit. Nak apply any skin care mestilah berlawanan arah bulu roma. Haaa nampak ka hampa punya bulu roma jatuh kot bawah ka ataih? Mestilah ke bawah kan. So the best way untuk serap dengan cepat ialah urut dari bawah ke atas. Dari bawah pipi hingga ke tepi dahi. Dari bawah hidung sampai ke tgh dahi. Barulah hampa punya serum cepat serap, dalam masa yang sama boleh massage kulit dan buat kulit lebih anjal.
So here Ena share any serum yang Ena rasa terbaik untuk dicuba. Tak semua brand ada, kalau hampa penah cuba brand yang tak dak dalam ni hampa boleh ja share kat ruangan komen and mcm biasa, TAK SEMUA SKIN CARE SESUAI DENGAN KULIT KITA. Mungkin ada sesetengah orang sensitive dengan bahan-bahan tertentu. Don’t blame the product guys, and don’t blame your skin also. We are human being, we’re not perfect.
MACAM BIASA ENA LETAK SEMUA HARGA ASAL
So i will start with acne skin first then seterusnya yg lain.
EUCERIN DERMO PURIFYER CONCENTRATE SERUM
Ena pakai yang ni sekarang. Actually lama dah pakai, then Ena stop sat sebab nak try serum lain. Then now Ena start pakai balik sebab I’m allergic to habuk and hormon kadang tak stabil maybe sebab stress. Kalau lepas mengemas ja mesti naik jerawat halus-halus. Tak banyak pun, ada seketui dua lagu tu. Bila apply serum ni, Alhamdulillah, mangkit esok pagi surut dan tak tinggal parut. Jangan gatai pi picit pula, biarkan dia begitu.
Brand ni dari German.
So here is the main ingredients:
- L-Carnitine – boleh control minyak yang berlebihan keluar dan mengurangkan pembentukan jerawat yang tak dak mata. Benda ni banyak orang kena, timbui tapi tak dak mata, so nak picit susah. Hahaha. Ehh tergelak pulak. Ok sambung. L-carnitine ni juga boleh mengelakkan pembesaran liang pori (pores)
- Decandiol – mematikan bakteria yang tumbuh akibat kekotoran yang melekat kat muka hampa. Dapat mengurangkan parut/hyperpigmentation (parut jerawat yang hitam dan susah nak hilang)
- Licochalcone extract – mengurangkan rasa keradangan kulit (merah2 or rasa gatal sebab sensitive)
- Lactid Acid – melembutkan whitehead or blackhead yang keras supaya tidak tersumbat dan dapat mengetatkan pori semula.
Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat yang besar (kecil pun boleh tapi kuantiti yg banyak) dan berminyak. Sesuai untuk sensitive skin. Dermatologically tested (telah diuji oleh pakar kulit) ada sesetengah doctor akan sugggest brand ni kat customer yang ada masalah kulit tertentu, tambah-tambah sensitive.
Boleh hilangkan parut jerawat jugak. Suitable for all skin types.
Ada bau yang menyenangkan. Hahaha. Kira tak busuk la. Sebab iols perasan ramai test produk mesti amek cium. Gahahaha.
Oh btw, sekarang produk ni memang OUT OF STOCK sebab depa nak tukaq packaging baru. Bulan March baru ada stock insyaAllah.
Harga : RM75.00 (packaging baru mungkin lebih mahal sedikit berbanding harga sekarang)
NARUKO TEA TREE SHINE CONTROL & BLEMISH CLEAR SERUM
Mesti penat kan baca explaination panjang-panjang pasal eucerin tadi kan. So Ena akan pendekkan. Penat jugak taip banyak-banyak ni. Pening kepala den.
So product naruko ni dari Taiwan. Memang ada juai kat watsons je.
So here the main function:
- mengawal minyak yg dikeluarkan dan boleh lawan bacteria yg muncul (kita lawan!)
- mengurangkan pembentukan jerawat/menghapuskan jerawat
- dapat memudarkan parut jerawat seterusnya mengurangkan kekusaman pada wajah
- mempunyai 1% salicylic acid iaitu bahan untuk mengurangkan pembentukan jerawat pada wajah.
- mengurangkan kilauan pada wajah akibat minyak yg berlebihan, mengetatkan pori.
- mengurangkan kemerah-merahan pada wajah
Tea tree sangat bagus untuk mengurangkan jerawat.
Sesuai untuk muka berminyak dan berjerawat serta kusam. Suitable for all skin types.
Harga : RM 55.00
NARUKO RAW JOB’S TEARS PORE MINIMIZING & BRIGHTENING ESSENCE (sejenis barley, family dgn rumput)
Mempunyai:
- Gluconolactone 5% – perlahan-lahan membuang sel kulit mati, mengawal pengeluaran minyak pada kulit dan mengurangkan pori-pori yang terbuka.
- Raw Job’s Tears (barley-like grain used in chinese medicine) untuk kesan mencerahkan wajah (bukan putih nah, cerah ja, bagi kulit sekata dan nampak berseri) dan dapat mengurangkan kekusaman pada wajah.
Senang serap, melembabkan wajah seterusnya membuatkan wajah berseri bak orang taiwan . Ehhh. Apa ingat org korea ja lawa2?
Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah pori yang terbuka, kulit kusam. Suitable for all skin types.
Harga : RM 55.00
PURE BEAUTY PINK PORE PERFECTION ESSENCE
Brand ni dari Korea Selatan.
Mempunyai:
- Pink Clay untuk mengelakkan iritasi pada wajah dan kekeringan. Mengurangkan minyak yang berlebihan pada wajah. Oil is GOOD for your skin sebab dapat mengelakkan kulit dari kering, cuma yang BERLEBIHAN itu tak bagus, ubah tanggapan anda pada minyak sekarang juga!
- Volcanic Ash dari Pulau Jeju. Mengandungi 0% bahan metal yang berbahaya (bukan black metal nah) dapat menyerap minyak berlebihan.
- Carbonated Thermal Water untuk melembabkan kulit dari luar dan dalam. Menguatkan collagen untuk kekalkan keanjalan pada wajah.
- Mat-xs Bright dapat mengurangkan pengeluaran minyak yang berlebihan dan juga dapat mengurangkan size pori (pores).
Ada sesetengah orang pakai, dapat kurangkan pembentukan jerawat. Dia mengelakkan jerawat, bukan merawat. Prevention is better than cure orang kata.
Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak dan pori terbuka. Untuk combination skin pun boleh. Macam dalam kulit dry, luaq kulit berminyak. Atau terbalik.
Harga : RM 72.90
HADA LABO AIRBUTIN WHITENING ESSENCE
- Airbutin untuk melawan pembentukan parut yang hitam
- Vit C untuk mencerahkan wajah (berseri)
- Carnosine untuk mengurangkan kekusaman pada wajah serta kulit pucat (kekuningan).
- Bilberry leaf extract dapat mengurangkan redness (merah-merah pada wajah)
- mempunyai 2 jenis hyaluronic acid (power ingredient untuk hydration) untuk kesan lembab pada wajah yang kekal berpanjangan.
- tidak mengeringkan wajah
- memudarkan parut-parut/ kekusaman yang ada pada wajah untuk kelihatan cerah berseri.
Sesuai untuk mereka yang fokus untuk kulit cerah sekata bak dinding. Sesuai untuk semua jenis kulit.
Harga : RM 80.00
EUCERIN WHITE THERAPY CONCENTRATED SERUM (6 X 5ml)
- merawat kesan kulit yang rosak akibat cahaya matahari setiap layer ke layer . Dari dermis ke epidermis gitu.
- mengurangkan kekeringan pada wajah, bintik hitam, kesan dari cahaya matahari.
- 5 kali lebih lembab dan membuatkan wajah lebih cerah berseri.
- Mempunyai bahan B-Resorcinol untuk melindungi wajah daripada mengeluarkan bintik hitam dari melanin kulit.
- Glycyrrhetinic untuk merawat kulit dari dalam.
- pantas menyerap.
Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kusam, pigmentation atau bintik hitam yang banyak pada wajah tanpa mengeringkan kulit sebab sesetengah produk whitening boleh menghakis kulit.
Suitable for all skin types and sensitive skin. Untuk sesiapa yang nak muka cerah berseri dan untuk kurangkan pigmentation (bintik hitam).
Harga : RM 165.00 (6 botol X 5ml setiap botol)
BIO-ESSENCE TANAKA BIO WHITE ADVANCE WHITENING SERUM
Mempunyai:
- Tanaka Tree Bark extract sebagai ejen pemutihan dan melindungi kulit daripada sinaran mentari.
- Camelia extract dikenali sebagai penguat daya tahan kulit dan tinggi tahap kelembapan yang dapat mengelakkan kulit daripada kering.
- Airbutin macam biasa untuk putih berseri
- White Plus Complex dapat mengelakkan daripada pembentukan bintik-bintik hitam (pigmentation)
Sesuai untuk mereka yang mengalami kulit kusam dan mempunyai bintik-bintik hitam. Suitable for all skin types.
Harga : RM 99.90
LOREAL WHITE PERFECT LASER DERM WHITE ESSENCE
Made in USA.
Mempunyai:
- Actyl C sebagai bahan yang sangat bagus untuk memudarkan bintik-bintik hitam yang degil nak keluaq. Boleh la cuba hat ni.
- Adenosine untuk mengawal pengeluaran bintik hitam dari melanin kulit.
- Fibrelastyl dapat mengurangkan kulit pucat (yellowish skin tone) ala macam darah tak jalan la orang kata. Nampak pucat ja. Hahaha gitu.
Kulit akan tampak lebih cerah berseri dan bintik hitam mula pudar! Ceh macam dalam iklan pulak.
Sesuai untuk mereka yang nak putihkan muka walaupun tangan lagi gelap dari muka. Minum la collagen yang ada glutathione untuk putih satu badan. Ok bai. Suitable for all skin types.
Harga : RM 90.56
CLINELLE WHITEN UP BRIGHTENING SERUM
Mempunyai bahan yang powerful! Gituu. Seperti:
- Japanese Purple Rice extract yang dikenali sebagai makanan untuk kulit cantik. Meningkatkan kebekersanan vit c untuk memudarkan kesan bintik hitam pada wajah.
- Daisy Flower extract dapat mengelakkan wajah daripada nampak kusam dan tidak bermaya.
- Hydrolyzed Black Pearl dapat mengelakkan melanin daripada mengeluarkan bintik hitam pada wajah. Untuk cerah sekata.
- Tidak mengeringkan kulit.
Suitable for all skin types
Dermatologically tested (diuji oleh pakar bedah, ehh pakar kulit).
Harga : RM 89.90
CLINELLE PURE SWISS HYDRACALM SERUM
Made in France.
Dapat ‘mengunci’ atau mengekalkan kelembapan pada wajah untuk jangka masa yang panjang.
Mempunyai:
- Bio-calm complex yang dapat membantu menenangkan dan menyembuhkan kulit daripada kesan senstive yang diterima melalui persekitaran. Sebab sometimes persekitaran jugak dapat membuatkan kulit tidak selesa.
- Pure Swiss Thermal Spring Water menggalakkan kelembapan menyerap ke dalam kulit dalam masa sesaat.
- Natural Phyto Hyaluronic Acid untuk mengunci atau mengekalkan kelembapan yang berpanjangan.
Sesuai untuk kulit normal dan kering. Boleh cuba yang ni. Kulit kering memang bahaya, peratusan nak dapat kulit sensitive sangat tinggi. So preventing is better than cure. Hydrating product memang bagus untuk mengurangkan garis-garis halus yang disebabkan kulit kering.
Harga : RM 79.90
HADA LABO SUPER HYALURONIC ACID HYDRATING ESSENCE
Made in Japan.
Mempunyai 4 jenis Hyaluronic acid iaitu Large-size HA, Medium-size HA, Super HA dan Nano HA. Hyaluronic acid ialah satu jenis bahan yang bagus untuk memberi kelembapan pada kulit yang berpanjangan. Hyaluronic acid juga mempunyai kapasiti yang tinggi untuk mengekalkan air dalam badan untuk kulit sentiasa lembab.
Tahap kelembapan yang berpanjangan sehingga 24 jam!
Mengimbangkan level pH dalam kulit. Mengurangkan iritasi pada wajah.
Sesuai untuk mereka yang nak kulit lembab macam artist korea. Basah-basah berkilat gitu. Sesuai untuk semua jenis kulit.
Harga : RM 80.00
AVENE HYDRANCE OPTIMALE HYDRATING SERUM
Made in France.
Product ni memang terkenal untuk mereka yang mengalami kulit sensitive, allergic dan sebagainya. Sebab kulit kering senang dapat kulit sensitive.
Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit yang sangat kering dan sensitive yang melampau-lampau. Untuk kulit yang kering dan tegang sampai rasa nak senyum tak leh sebab terlampau tegang. Hahaha. Tegang sangat pun tak bagus jugak. Kadang bila terlalu kering, garisan halus akan lebih kelihatan berbanding kulit normal.
Dapat melegakan kulit daripada rasa gatal dan merah-merah akibat terlalu kering.
Adjust hydration level dan memulihkan kulit.
Lepas pakai kulit akan rasa kurang tegang serta merta! Dan juga dapat mengurangkan sensitive dan allergic pada kulit.
Harga : RM 115.00
BIO-ESSENCE BIO-BOUNCE BIRD’S NEST COLLAGEN ESSENCE
Untuk memperbaiki dan memperbaharui kulit dari dalam.
Mempunyai:
- Bird’s Nest extract yang sangat tinggi dengan mineral dan collagen untuk meningkatkan keanjalan pada kulit dan mencerahkan kulit.
- Hydrolizes collagen untuk meningkatkan dan menambah collagen yang hilang pada kulit untuk mengekalkan keanjalan.
- Melanostatine 5 untuk membuatkan kulit lebih cerah berbanding yang sebelumnya. Dapat mengurangkan kekusaman pada wajah.
Formula yang tidak melekit.
Sesuai untuk mereka yang ingin bersedia untuk menghadapi hari tua. Aipp bukan saja hari tua, matahari dengan udara pun boleh membuatkan kulit kita cepat tua, mula la naik bintik hitam, kulit kusam. So ini sebagai langkah untuk merawat dan melindungi kulit dari awal. Suitable for all skin types. Sesuai untuk umur 25 ke atas. Ini product ada fungsi anti penuaan jugak.
Harga : RM79.90
BIO-ESSENCE RADIANT YOUTH ESSENCE
- melembabkan dan menyuburkan kulit dari dalam untuk nampak lebih halus mulus.
- mengelakkan kulit kering
- mengurangkan tanda-tanda penuaan
- sesuai dipakai ketika cuaca sejuk di mana udara yang sangat-sangat kering. Sebab texture dia berminyak.
- tinggi dengan anti oksida yang membantu daripada persekitaran yang terdedah dengan kotoran.
Mempunyai:
- Royal Jelly untuk cerah berseri dan melembutkan kulit. Diperkaya dengan anti bakteria untuk mengelakkan kulit daripada tumbuhnya jerawat.
- ATP (Adenosine Triphosphate) memberi tenaga untuk memperbaharui dan memulihkan kulit untuk sentiasa kelihatan muda.
- Green Tea extract membantu mengurangkan proses penuaan.
- Ginseng & Woldberry extract menyediakan nutrient yang mencukupi untuk menyuburkan kulit dari dalam.
Texture dia agak berminyak sebab dia dapat mengelakkan kulit daripada kering. Sesuai untuk sesiapa yang ada masalah jerawat jugak. Sebab dia ada Royal Jelly (madu lebah) yang sangat berkhasiat untuk memulihkan kulit daripada kesan sensitive jugak . Juga boleh mengurangkan iritasi atau redness pada wajah. Sesuai untuk kulit normal dan kering.
Harga : RM 105.90
NUTOX RENEWING TREATMENT ESSENCE
Yang ni baca review orang buat not bad jugak. Dapat melindungi kulit daripada rosak akibat pencemaran dan cahaya matahari.
Memperbaharui sel-sel kulit mati dengan cepat. Kulit akan nampak lebih cerah bermaya.
Mempunyai LumiNes, kombinasi antara dua bahan utama iaitu Lumiskin dan Actistem Gold Nest mengaktifkan sel-sel kulit yang tidak berfungsi dengan baik dan meningkatkan struktur kulit yang baik.
Dapat mengurangkan kulit kusam.
Sesuai untuk umur 25 ke atas yang ingin tampak kekal muda. Sesuai untuk kulit kusam juga. Untuk tampak lebih berseri. Macam duta dia Fazura.
Harga : RM 75.90
CLINELLE CAVIAR GOLD FIRMING SERUM
Ok mari kita kenali apa itu Caviar? Caviar adalah sejenis telur ikan yang telah ditapai dan dicampurkan dengan garam. Ala macam buat teloq masin. Caviar ataupun dikenali sebagi black gold, adalah makanan yang paling mahal.
Sangat bagus untuk mengurangkan kedutan pada wajah, melembabkan kulit dan dapat mengundurkan proses penuaan.
- 24k Nano Gold. Dapat mengekalkan keanjalan pada wajah seterusnya dapat mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah.
- Phytogold daripada Natural Golden Bell extract untuk mengurangkan bintik hitam akibat penuaan. Mencerahkan wajah dan membuatkan kulit lebih sekata.
Sesuai untuk mereka yang berumur 30 ke atas untuk tujuan mengurangkan atau mengelakkan kedutan pada wajah. Ataupun mereka yang mempunyai bintik-bintik hitam akibat melanin dalam kulit.
Harga : RM 101.70
LOREAL REVITALIFT LASER X3
- mengelakkan kulit daripada tampak lebih tua.
- mempunyai 6% Pro-Xylane iaitu formula anti penuaan untuk merawat garisan halus, pori yang besaq dan kasar.
- mempunyai 2% vit c untuk mengelakkan kulit daripada nampak lebih tua berbanding usia sekarang. Memberi perlindungan daripada habuk persekitaran yang membuatkan kulit nampak lebih tua.
Melembabkan kulit juga.
Ada sesetengah orang bagitau dapat mengurangkan kemerah-merahan pada wajah seterusnya dapat mencerahkan wajah.
Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit seperti bintik hitam, garisan halus ataupun kedutan pada wajah.
Suitable for all skin types. Sesuai untuk wanita yg berumur 30 ke atas. Sebab ada sesetengah dah boleh nampak kedutan pada wajah.
Harga : RM 98.24
Ada yang mai tanya pasal product organic tapi nak yang 100% organic. Maap la sis memang tak dak juai. Aloe vera yang hampa dok pakai tu pun 98% atau 99% . Yang lain depa tambah bahan pengawet atau sebagainya untuk bagi dia tahan lama. Kadang hampa ni tak leh pakai hat ni kata sensitip, tak leh pakai hat tu kata sensitip. Tapi bila tanya sensitip macam mana habaq tak tau la. Macam ni, hampa pi jumpa pakar kulit, check kulit hampa, hampa tanya dia saya sensitip BAHAN apa ek dokter? Haaa nanti dokter tu habaq la maybe hampa sensitip bahan-bahan tertentu. Ok jangan sentap tau. Haha Sis suka bergurau.
Sumber: Azreena Azmi
The post 17 Jenis Serum Yang Terbaik Untuk Anda Cuba, Wanita Ini Kongsi Rahsia Kulit Flawless appeared first on Petua Ibu.
from Petua Ibu http://ift.tt/2GIXMj5
0 comments:
Post a Comment