Sering kali kita menghadapi masalah untuk menyimpan makanan di rumah kerana tidak bertahan lama. Apatah lagi, tidak semua orang mempunyai masa untuk ke kedai setiap hari semata-mata mahu membeli barang untuk memasak.
Jadi, kita kena tahu cara tepat untuk menyimpan makanan di rumah, supaya tahan lebih lama.
10 makanan berikut jika disimpan dengan kaedah berikut akan lebih lama, tidak basi, layu, atau rosak.
Jom kita tengok apa yang perlu dilakukan.
1.Bekukan Susu Selama Beberapa Minggu
Dah beli susu dengan banyak, tetapi tiba-tiba kena outstation, atau balik kampung. Jangan risau, kerana anda boleh sahaja bekukan susu untuk ia bertahan lebih lama. Tetapi, perlu menuang sedikit susu tersebut, untuk memberi ruang di dalam botol susu tersebut. Namun, tidak lebih dari 4 ke 6 minggu, jika disimpan dengan cara ini.
2. Bekukan Telur Dalam Kiub Ais
Ada masanya kita terlebih beli telur, dan tak mampu guna semuanya, atau, hanya menggunakan putih telur sahaja dalam masakan. Tetapi dengan membekukannya, di dalam ice tray, dan ditambah sedikit gula serta garam, telur ini mampu bertahan lebih lama.
3. Simpan Sos Dalam Beg Penyejukbeku
Sos atau kuah spageti yang berlebihan, rugi untuk dibuang kerana boleh digunakan untuk masakan yang lain. Masukkan sahaja dalam beg penyejukbeku dan bekukan. Apabila sudah membeku, potong secara kiub dan gunakan bila perlu
4. Balut Daun Salad Dengan Tisu
Ia akan membuatkan salad lebih segar dan rangup, sehingga seminggu lamanya. Ini kerana kelembapan yang berlebihan, akan terserap masuk ke dalam tisu.
5. Epal Bertahan Lebih Lama Dalam Peti Sejuk
Epal sememangnya mampu bertahan lebih lama, berbanding buah-buahan yang lain, dan masih mampu mengekalkan rasanya walau disimpan lama dalam peti sejuk. Namun, jika simpan epal dalam peti sejuk, jangan biarkan ia bersentuhan antara satu sama lain, cuba balutkannya dengan surat khabar, atau tisu.
6. Simpan Lobak Dalam Pasir
Sebelum gali pasir tu, pastikan bersih dari sebarang najis haiwan ya. Lobak akan kekal segar jika disimpan dalam pasir, ini kerana pasir melambatkan proses air tersejat, juga pereputan.
7. Terbalikkan Keju Dan Krim Masam
Jika menyimpan keju, atau krim masam di dalam peti sejuk, pastikan anda terbalikkannya. Ini kerana, ia akan menghalang pertumbuhan bakteria.
8. Daun Bawang Lebih Segar
Daun bawang yang ada bersama dengan akarnya, lebih baik disimpan di dalam gelas berserta dengan air. Ia akan membuatkan daun bawang lebih segar dan boleh terus tumbuh dari anda meletakkannya dalam peti sejuk.
9. Tumbuhan Hijau Dalam Balang Kaca
Balang kaca amat sesuai untuk penyimpanan tumbuhan berunsurkan herba. Bawang, bawang putih, atau daun pasli, akan bertahan selama sebulan jika disimpan dengan cara ini. Sayur-sayuran juga tidak akan layu, atau rosak.
10. Madu Dalam Balang Kaca
Bekas kaca akan menyebabkan madu bertahan lama, sehingga bertahun-tahun, jika ditutup rapat. Sebab itu jugalah, banyak penjual madu di luar sana, yang memasukkan madu di dalam botol kaca.
Sumber: www.brightside.me
The post Jika Tak Mahu Bahan Mentah Rosak & Basi, Ibu-Ibu Kena Cuba 10 Tip Ini appeared first on Petua Ibu.
from Petua Ibu http://ift.tt/2CcdvrZ
0 comments:
Post a Comment