“Alamak! Jerawat lagi! Dahlah minggu ni ada interview kerja”
Bila jerawat naik di muka, rasa confident yang ada pada diri sendiri pun menurun kan? Tambah pula kalau dalam masa terdekat ada temuduga atau majlis reunion bersama rakan, mana sempat jerawat nak hilang! Kalau dah bermacam-macam produk dah cuba tapi jerawat masih tumbuh seperti cendawan selepas hujan, apa kata anda cuba salah satu bedak kegemaran nenek kita iaitu bedak nyonya! Kalau anda nak tahu, dengan gunakan bedak ini jerawat pun tak naik tau.
Tips kurangkan pertumbuhan jerawat yang suka tumbuh tanpa rela!
Kita suka pandang rendah bila tunjuk produk lama. Kadang-kadang yang baru ada kerana manfaat dan kebaikkan daripada produk yang lama. Bila cakap bedak Samfong aka bedak batu ataupun bedak nyonya memang nostalgik giler kan? Yelah, nilah bedak opah opah kita and ibu ibu kita. Memang lejen sangat. Kalau tengok kulit opah atau nenek kita. Awet mudakan? Gebu kan? Jelita dengan tersendiri kan?
Haaa rahsianyaaaa bedak nilahhhhh!
2 minggu berturut sebenarnya kulit Ari tumbuh jerawat. Memang jerawat is biasa. Tapi ni jerawat kecil kecil yang menggerutu. Makin tumbuh tumbuh dan tumbuh. Aduuhh mak aiii, sakit. Asalnya sebab berpeluh dimuka, muka jadi gatal gatal dan menyakitkan. Cari punya cari solusi, ari nekad. Terai bedak nyonya ni. Yess, bedak nyonya ni ari pakai as mask dan juga tak lupa tips sebelum ni tepung dan limau. Memang kerap dan rajin buat dua tips ni.
Alhamdulillahh, getting better. Plussss, kulit jadi makin pelolesss. Heyyyy, rasa nk lompat bintang tau bila skin dah sihat and paling best jerawat makin malu nak tumbuh! Okeyyhh tak nak banyak cerita. Ari nak share tips mudah nih!
Cara-caranya
1. 1/2 sudu kecil bedak nyonya
2. Sedikit air suam (pastikan dalam keadaan suam sedikit ye)
3. Campurkan dengan bedak nyonya. Pastikan tesktur tak terlalu cair untuk disapukan pada kulit. (Bau makin harummmm tau tenang je, hilang stress)
4. Sapukan pada kulit. Pastikan muka dibersihkan terlebih dahulu.
5. Tunggu kering dalam 15 minit atau semalaman.
6. Cuci dan rasakan perbezaan!
*Amalkan setiap hari kalau busy dan malas bebeno, 3 kali seminggu secara bergilir. Mesti kulit muka pun licin!
Sumber : Marina Saringat
The post Tak Sangka Dengan Bedak Nyonya Ni Jerawat Pun Segan Nak Singgah Di Muka appeared first on Petua Ibu.
from Petua Ibu http://ift.tt/2HGj0if
0 comments:
Post a Comment